Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Ini doa yang suami isteri boleh amalkan untuk elakkan pertelingkahan berlaku hanya disebabkan hal remeh akibat kehadiran ‘orang ketiga’.
Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang dikongsi ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
AMALKAN DOA HEBAT INI!
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Ads
Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.
Ads
Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.
Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.
DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac lalu untuk menyekat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara telah menyebabkan perubahan drastik dalam kehidupan seharian, perniagaan dan ekonomi kita.
Di Malaysia pula pelbagai peringkat PKP telah dilaksanakan dan kini rakyat Malaysia berada dalam pemulihan atau dikenali sebagai PKPP bagi memastikan negara kita dapat memutuskan rantaian COVID-19.
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekaligus memaksa kita untuk hidup dalam normal yang baharu (new normal) antaranya penjarakan sosial, pembelian secara dalam talian, pembayaran secara debit/kredit/dalam talian, memakai pelitup muka, sentiasa mengamalkan kebersihan diri, mengurangkan aktiviti luar seperti majlis kenduri, keramaian dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentu sekali anda berasa was-was untuk keluar ke tempat awam kerana bimbang dengan penyebaran virus COVID-19 yang masih belum hilang. Sudah tentu ramai ibu bapa lebih selesa memilih untuk melakukan pembelian dan aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Jika anda sedang mencari platform untuk membeli-belah dan beriadah dalam masa yang sama, apa kata cuba sertai Wellness Fair secara maya yang bakal diadakan bulan ini.
Terpanggil untuk menjayakan normal baharu, buat pertama kalinya dalam Malaysia Virtual Wellness & Healthy Living Fair #myweellfair diadakan secara dalam dalam talian selama tiga hari iaitu bermula pada 24 sehingga 26 Julai 2020 . Pengunjung berpeluang untuk melihat lebih daripada 70 jenama dipamerkan dalam satu tempat. Antara aktiviti menarik yang anda boleh sertai seperti demo makanan selebriti, webinars oleh pakar kesihatan, cabutan bertuah dan jualan kilat potongan diskaun sehingga 80% dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik aktiviti seperti mencari harta karun secara maya turut diadakan dan beberapa cabutan bertuah turut dijalankan pada hari tersebut. Memang teruja habis nak sertai pencarian harta karun secara dalam talian kan?
Selain itu, anda hanya perlu duduk di rumah untuk merasai pengalaman seperti realiti menerusi teknologi 3D 360 secara maya dan anda boleh berbelanja apa-apa sahaja dan di mana jua selama tiga hari tersebut. Jadi tak perlu pun bersusah payah dalam keadaan sekarang untuk keluar bersiap-siap ke pusat membeli-belah atau kedai dan perlu membawa anak kecil bersama. Boleh #DudukRumah #StayAtHome je dan selesa membeli-belah.
Bagi yang berminat, anda boleh daftar sekarang di https://mywellfair.com/register/pre-registration/ . Jangan lepaskan peluang kerana pameran ini akan berlangsung di tiga platform utama iaitu laman web rasmi www.mywellfair.com, Facebook rasmi Fb.com/mywellfair dan saluran YouTube #mywellfair selama 3 hari sahaja. Rasai pengalaman mengunjungi pameran secara virtual sambal membeli-belah barangan pilihan anda hanya dengan duduk di rumah sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.
► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).
► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
“Ya Rabbku, berilah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa.” (Al-Quran, Ali Imran: 38).
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.