Naik risau ibu hamil, banyak sangat momokan pelik yang diberitahu kepada mereka. Semua benda serba tak kena, kesannya boleh terjadi pada bayi. Sesetengah nasihat tu, kalau difikirkan secara logik langsung tak masuk dek akal.
Ada beberapa mitos kehamilan yang tidak logik tetapi masih menjadi kerisauan si ibu. Dalam penulisan di laman Facebook, Dr Erna Nadia ada berkongsi tentang hal ini.
MERUNGKAI MITOS YANG ENTAH BILA AKAN HABIS
1. Bila kita buat ujian kehamilan melalui air kencing ( urine pregnancy test) dan kita dapat dua line merah macam gambar kat bawah ni, sudah tentulah jawapannya positif!
Positif maksudnya tahniah, anda sudah hamil!
Di belakang plastik ujian itu sudah diterangkan apa maksud kalau satu line ke, dua line ke.
Rajin rajinlah membaca ya😊
Jika anda dapat dua line tapi satu line tu agak kabur, tolong repeat/ulang ujian kehamilan lagi dua atau tiga minggu. Itu namanya false positive. Ini berlaku kerana level hormone beta HCG anda masih tidak tinggi.
Bila sudah dapat dua line, pergi ke klinik kesihatan atau klinik ibu dan anak yang berdekatan dengan anda untuk daftar kehamilan, orang kita kata buka buku merah.
Scan pertama akan dilakukan bila kandungan melebihi 6-8 minggu. Jika scan awal awal, susah untuk nampak kantung atau nadi bayi.
Ads
Tak perlu pergi ke kecemasan untuk periksa jika anda hamil atau tidak melainkan jika ada pendarahan atau sakit perut yang melampau.
Mengandung bukanlah kes kecemasan. Tolong jangan salah guna bahagian kecemasan hospital. Kalau anda tak mampu membeli ujian kehamilan, tunggu sehingga pagi dan pergi ke klinik kesihatan.
2. Tidak ada istilah boleh tahu jantina bayi dengan meletakkan air kencing ibu dicampur dengan soda bikarbonat.
Air kencing ibu dan bayi adalah berbeza.
Ibu yang kencing, itu air kencing ibulah. Apa kaitan dengan jantina bayi?
Nak tahu jantina bayi, wajib scan.
Ads
Tak ada istilah juga perut lonjong, perut bulat, perut bentuk bunga itu bayi sekian sekian.
Bentuk perut itu bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim.
3. Lagi mengarut bila orang kata jangan makan kicap, nanti anak kau gelap macam kuali.
Anak gelap ka putih ka kuning ka, itu semua bergantung kepada genetik.
Tidak kaitan dengan warna makanan atau minuman yang kita ambil.
Ads
Minum soya 8 gelen sehari pun tak akan buatkan anak anda putih, cuma boleh menyebabkan kulit anda berisiko untuk menjadi sensitif sahaja nanti.
Habis, kalau selalu makan sayur, anak keluar jadi hijau ka?
4. Letak bedak di celah paha bayi tidak menyebabkan kanser.
Janganlah letak bedak dengan banyaknya. Risau terlalu tebal sehingga mengganggu anak untuk buang air kencing dan jangkitan sahaja.
Letak nipis di celah paha sudah mencukupi. Jika ada nappy rash, boleh dapatkan krim di klinik kesihatan untuk pemeriksaan yang betul.
Tak adanya bedak ka deodorant ka yang boleh menyebabkan kanser.
Henti hentikan lah sebar benda yang tak betul tu.
Ok, cukuplah dahulu pagi ni. Nak kena sedut udara segar lepas baca mitos merapu setiap pagi.
Ingat ya, 1. Kalau ujian kehamilan dua garis, anda mengandung. 2. Nak tahu jantina bayi, wajib scan. 3. Warna jenis makanan dan minuman tidak mempengaruhi warna kulit anak anda. 4. Letak bedak di kemaluan bayi tidak menyebabkan kanser.
Nota kaki : Satu mulut ada banyak perisa. Bayangkan mitos yang disampai dari satu mulut ke mulut, entah berapa banyak perisa dicampur aduk dan ditokok tambah✌️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu hamil terutamanya yang sedang hamil pertama kali, akan melakukan kesilapan semasa kehamilan. Walaupun anda sudah bersedia dengan semua aturan makanan atau senaman, anda masih berpotensi untuk melakukan kesilapan.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibu hamil.
Makan dalam kuantiti yang banyak
Makan dalam kuantiti yang banyak kononnya untuk anda dan juga bayi bukanlah idea yang baik. Mempunyai berat badan yang berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Anda cuma perlu untuk mengambil sekurang-kurangnya 300 kalori daripada pengambilan yang normal bagi memastikan kandungan anda membesar dengan baik. Sentiasa amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, telur serta selalu pastikan anda dalam keadaan berhidrasi.
Pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan mahupun sesetengah rawatan kecantikan sebenarnya mampu menyebabkan ketidaknormalan pada bayi anda. Oleh itu, anda seharusnya tidak langsung mengambil sebarang ubat-ubatan semasa sedang hamil. Jika anda masih memerlukan sebarang pengambilan suplemen, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor. Dan jika anda mendapati berlakunya sebarang perubahan yang tidak dijangka pada badan anda, segera kembali berjumpa doktor untuk memeriksa dan menukar ubat-ubatan anda.
Kurang tidur
Kekurangan tidur akan menyebabkan keletihan. Sebagai ibu hamil, anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya untuk menghadapi perubahan hormon dan fizikal pada badan anda. Ini bertujuan menyediakan anda untuk menjalani proses kelahiran kelak. Namun harus diingatkan agar anda tidak terlebih tidur kerana ini hanya akan menyebabkan badan anda terbiasa dengan tabiat buruk ini dan berlarutan sehingga waktu selepas bersalin.
Tidak berbual dengan bayi dalam kandungan
Keletihan sememangnya tidak dapat dielakkan ketika anda sedang hamil. Namun begitu, anda tidak seharusnya mengabaikan bayi dalam kandungan anda. Sebaliknya, belailah perut anda secara lembut dan perlahan-lahan sambil berbual dengan bayi anda. Ini akan membantu anda dan bayi mengeratkan lagu hubungan anda berdua apabila bayi anda sudah lahir kelak.
Tidak makan makanan yang disukai
Sebagai contoh, jika anda seorang yang gemar makanan manis, tidak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang agak banyak akan menyebabkan anda berasa sangat tertekan. Sebenarnya, anda tidak perlu untuk mengelak terus makanan yang anda gemari sebaliknya anda hanya perlu mengurangkannya.
Tidak bersenam
Anda mungkin beranggapan bahawa anda sudah cukup melakukan senaman hanya dengan menaiki tangga di pejabat atau melakukan kerja-kerja rumah. Aktiviti-aktiviti ini adalah bagus untuk kesihatan anda namun ia adalah tidak mencukupi. Anda perlu melakukan senaman yang sebetulnya untuk mengelakkan tekanan, melancarkan perjalanan darah demi menyediakan tubuh badan anda untuk proses kelahiran dan menjamin perkembangan bayi. Berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor anda berkenaan rancangan senaman anda untuk memastikannya selamat untuk dilakukan oleh ibu hamil.
Membuat keputusan terburu-buru
Melahirkan bayi merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga. Oleh itu, fikir masak-masak sebelum memutuskan tempat kelahiran bayi dengan membuat senarai tempat kelahiran terbaik yang mudah untuk anda kunjungi.
Tidak menghadiri kelas berkaitan kehamilan
Jika anda merupakan seorang ibu yang hamil buat pertama kali, sila hadiri kelas-kelas yang mengajar anda berkenaan kehamilan dan kelahiran bayi. Kelas-kelas ini sangat membantu dalam memberi informasi kehamilan, penjagaan serta persiapan untuk bersalin.
Jika anda melakukan mana-mana kesilapan yang dinyatakan ini, jangan tertekan. Anda masih mempunyai masa untuk memperbaikinya sekaligus menyiapkan diri untuk proses kehamilan dan kelahiran yang lebih terjamin kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah memiliki seorang anak lelaki yang berusia setahun, nampaknya Dr Say dan isteri bakal menimang cahaya mata lagi sekali apabila Dr Azura Abas hamil buat kali kedua.
Walaupun jarak kandungan kedua dengan usia anak sulungnya itu tidaklah jauh, tapi Dr Say ada alasan tersendiri. Malah Dr Say juga telah mendapat nasihat pakar sebelum dia dan isteri membuat keputusan untuk berikan Ace adik.
Sebelum ini jika ada yang pernah mengikuti perjalanan kisah Dr Say dan isteri untuk mendapat anak setelah berkahwin beberapa tahun, pastinya masih ingat yang Dr Say pernah mengalami penyakit Teratozoospermia iaitu masalah kesuburan air mani lelaki.
Hinggalah Dr Say berusaha bersungguh-sungguh dengan mengubah rutin hariannya dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Akhirnya pasangan ini bersyukur impian memiliki zuriat sendiri dimakbulkan Allah.
Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak! Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”. Dah dia kalut sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”.
Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH! Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregnancy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang2nya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat.
Menurut Dr Say, sempena Hari Bapa semalam, dia sangat gembira apabila isterinya memberitahu berita gembira mengenai kehamilan itu. Tambahnya, berita tersebut merupakan hadiah paling terbaik buat dirinya. Bercerita mengenai kejutan tersebut, Dr Say berharap dengan kehamilan ini mereka mampu mempunyai peluang mendapatkan zuriat lagi.
Doakan kandungan selamat dilahirkan
Sebab ape doktor cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”. Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi. Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha.
Di samping itu, Dr Say memberitahu bahawa dia tidak pernah bercerita kepada umum bahawa mereka sukar mendapatkan zuriat lagi. Oleh itu, dia berharap semua orang mendoakan kandungan isterinya itu terpelihara dan selamat semuanya.
Sumber: Dr Say Shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi..."- Ibu Koperal Akmal. "Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah… mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya."