Getirnya melalui saat cemas walau pun hanya 20 minit. Bagaikan hampir gugur jantung ibu tatkala anak kecil masih bayi terperangkap di dalam kereta.
Dalam kejadian yang berlaku di Kudat ini, seorang ibu berhadapan situasi cemas apabila si kecil menekan tombol pintu semasa enjin kereta dipanaskan.
Gambar hiasan
Ibu hendak panaskan enjin kereta
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian 8.30 pagi itu, ibu kanak-kanak berkenaan dikatakan sedang memanaskan enjin kereta Perodua Kancil di rumahnya.
Anak masuk kereta & tertekan tombol kunci
Ads
Bagaimanapun tidak disangka-sangka sebaik keluar dari kereta berkenaan, tanpa disedari anaknya masuk dalam kereta lalu bermain dengan kunci kereta dan tertekan tombol kunci pintu.
Pujuk tak berjaya, ibu hubungi bomba
Ibu yang kemudiannya menyedari si kecil terkunci dalam kereta mula memujuk anaknya untuk menarik tombol kunci berkenaan. Selepas gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta hampir 20 minit, ibu ini kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ads
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.46 pagi dan menghantar enam anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Gambar hiasan
Tingkap kereta bertutup & pintu berkunci
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa terperangkap dalam kenderaan dalam keadaan tingkap bertutup dan pintu berkunci.
Ads
Pintu diumpil kerana hampir 20 minit terperangkap
“Pasukan bomba bertindak mengumpil pintu kereta menggunakan peralatan khas memandangkan ia sudah berlaku hampir 20 minit sebelum berjaya membawa mangsa keluar,” katanya Ishak. Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan dalam keadaan stabil dan operasi berkenaan ditamatkan pada jam 8.56 pagi.
Kenapa ujian RTK-AG kejap negatif, kejap positif. Mana satu keputusan yang betul ni? Kebelakangan ini ramai yang mengadu kit ujian antigen (RTK-AG) yang mereka buat tidak memberikan keputusan yang tepat.
“Haritu buat ujian RTK negatif, tapi hari ni buat PCR positif pulak. Eh, main tipu nampak!”
Sudahlah kita berdebar menunggu keputusan ujian kendiri disebabkan kontak rapat atau tiba-tiba bergejala, tetapi bila buat keputusan macam tak meyakinkan. Mulakan terfikir sama ada kita yang salah buat ujian atau kit ujian antigen dah ‘pening’.
Memandangkan varian Omicron semakin mengganas dan kes Covid-19 juga semakin meningkat ke angka yang membimbangkan, jadi eloklah kiranya kita memahami betul-betul kaedah sebenar untuk melakukan ujian kendiri.
Penjelasan daripada Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya wajar diberikan liputan kepada masyarakat supaya masing-masing lebih memahami bagaimana keputusan ujian kendiri dapat memberikan keputusan yang tepat.
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) : * Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu. * Buat ujian apabila bergejala * Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Kalau ibu ada persoalan tentang pelbagai komplikasi popular waktu mengandung dan apa patut buat dan tak patut buat pada baby baru lahir jangan lepaskan peluang mendengar penjelasan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya bila anak balik dari sekolah dan berkongsi dengan kita apa yang dia belajar. Dari satu sudut lain, rasa lega juga kerana kita tahu anak faham apa yang dia belajar di sekolah. Seronok dengar apa yang nak dia kongsikan.
Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang ayah di Tiktok mendapat perhatian warganet apabila anaknya bercerita semula tentang perkara yang dibelajarnya di sekolah.
Dengan lancar adik tersebut menerangkan tentang subjek Bahasa Melayu berkaitan kata seru. Lancar sekali, siap beri contoh. Memang seronok dengar dia bercerita!
Dengan bersahaja dia menerangkan sambil berjalan dan direkod ayahnya.
“Second subject BM. BM belajar kata seru. Kata seru ni macam luahkan emosi. Maksudnya macam Wah, Amboi, Eh, Oh, Hai.”
Oh, tu kata seru? Cuba bagi contoh dia macam mana?”.
“Wah untuk kagum macam.. Wah, cantiknya baju kamu. Kalau amboi macam nak usik orang atau kagum macam Amboi, cantiknya kasut. Eh dengan Oh pula untuk rasa kecewa dengan terkejut. Eh, awalnya awak ke sekolah hari ni. Eh, awak rupanya yang ambil buku saya. Hai tu macam Hai, nama saya Mika. Lepas tu, tanda seru ni wajib ada koma.”
“Bukan tanda seru?”.
“Tanda seru tu wajib ada akhir ayat.”
Warganet yang menonton video mereka ternyata kagum dengan kebijaksanaan kanak-kanak lelaki ini.
Kata ntylh_, “Pandainya awak Mika, ni fokus 100% dlm kelas.”
CikAssss pula meninggalkan komen “KAGUM nya..IQ tggi ank ni.. alhamdulilllah.. tahniah ayah ibu dn guru nya.”
hun pula berkata, “Pandainya dia boleh ingat 😭 kalau aku bunyi loceng terus hilang apa yang dah belajar 😭.”
Menurut My Kebun Batu Gajah Pula, “Tetiba rasa pandai dan jadi faham apa yg cikgu kecil ni ajar.”
alif_bosku pula berkata, “Hebat cikgu yg mengajar budak ni. Nak tahu mcm mana cara guru tu ajar murid sampai murid boleh ingat apa yg guru ajar. Wow.”
Jom, tonton video ini;
Bukan saja kanak-kanak comel ini fokus dan menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas tetapi cara gurunya mengajar juga sangat kreatif sehingga meninggalkan kesan pada anak muridnya.
Semoga awak terus membesar menjadi anak yang bijak dan membanggakan kedua orang tua ya, Mika!