Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Ads
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
Ads
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
Ads
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
Sekian lama menantikan cahaya mata kedua, akhirnya pada tanggal 12 Februari lalu, pasangan pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Sejak si comel Lyla Amina dilahirkan, Instagram kedua pasangan ini sering diterjah dengan wajah-wajah Lyla Amina yang saling tak tumpah seperti kakaknya, Lara Alana.
Namun bukan hanya Lyla yang semakin menjadi perhatian para pengikut Awal dan Scha, kini gelagat anak sulung mereka, Lara Alana juga amat mencuit hati.
Bergelar kakak kini, gelagat dan aksi Lara sememangnya mencuit hati. Terbaru menerusi Instagramnya, Awal turut berkongsi sebuah videonya yang terpaksa membahagikan kasih sayang pada kedua anaknya.
Namun bukan cara Awal yang menarik perhatian wargamaya sebaliknya gelagat Lara yang cemburu dengan adiknya mula menjadi perhatian ramai.
“How about me” tanya Lara kepada ayahnya bila mana Awal sedang mengagah adiknya.
Rupanya sepanjang mengagah Lyla, kakak Lara memerhatikan dari jauh dan mula cemburu pada adiknya.
Namun bijaknya Lara, dia tidak merajuk atau menangis tetapi sekadar bertanya kepada ayahnya.
Namun sebaik disapa oleh Awal, wajah masam Lara kembali tersenyum manis dan ceria. Bijaknya kakak Lara!
Dalam pada itu, video perkongsian Awal kini semakin jelas menampakkan wajah Lyla yang sama seperti kakaknya. Malah seakan serupa. Comel seperti kakaknya ketika waktu kecil.
Rata-rata warganet turut menyatakan hal yang sama. Sebijik kakak Lara!
” Sebijik Kakak Lara.
” How about me”, comelnya. You still no 1 Lara sayang!
Terbaru, Scha dan Awal kini muncul dalam satu program realiti terbaru Schawal Baby Boom yang bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 30 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Menariknya kisah kelahiran si comel Lyla Amina turut dikongsikan secara eksklusif kepada umum menerusi program ini. Jangan lupa menonton!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan persendirian yang diwajibkan bermula 1 Januari lalu seolah ‘diam’ seketika buat masa ini dan ramai rakyat tertanya-tanya adakah akta ini diteruskan atau tak?
Bagi menjawab persoalan ini, seperti yang dilaporkan Bernama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.
Keluarkan notis peringatan
Beliau berkata setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lalu.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ ini termasuk dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh lain oleh pihak kementerian.
“Ia tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya.
Katanya, statistik pada 2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemalangan berlaku membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.
“Kemalangan berkenaan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur 15 tahun berdasarkan sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman,” katanya.
Tak bermakna kerajaan diam, rakyat buat tak endah
Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan masyarakat terutama pengguna jalan raya tidak bersikap sambil lewa terhadap isu ini.
“CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Langkah baharu itu juga susulan statistik membimbangkan iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.
Bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Rata-rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas mencuci. Tambahan pula, penggunaan lampin pakai buang adalah lebih mudah dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa terutama ketika di luar rumah.
Walau bagaimanapun, bukan semua lampin pakai buang sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai memakai lampin jenama A, tidak semestinya bayi B juga sesuai dengan lampin jenama A. Perlu ada ‘try and error’ dalam memilih lampin pakai buang. Jadi, di sini, tidak semestinya sesuatu jenis lampin itu sesuai dengan setiap bayi.
Bagi membantu ibu bapa memilih lampin yang betul, anda disarankan untuk melakukan perbandingan antara jenama yang ingin dicuba dahulu. Salah satu caranya adalah dengan mencuba pek percubaan lampin atau membeli lampin dalam pek kecil. Pek percubaan lampin selalunya boleh didapati secara percuma jika ada pengeluaran suatu produk baru oleh sesetengah syarikat lampin pakai buang.
Apa yang perlu dicari dalam memilih lampin pakai buang?
Ciri-ciri yang perlu ada dalam memilih lampin pakai buang terbaik untuk bayi adalah:
Pilih saiz yang betul
Jangan memilih lampin yang terlalu ketat atau terlalu besar dengan tubuh bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz dan kebesaran bayi. Lampin pakai buang kini tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz newborn, saiz kecil hingga saiz besar. Terdapat dua jenis lampin pakai buang iaitu lampin yang berpelekat dan lampin seluar. Lazimnya, lampin seluar diberikan kepada bayi yang sedang aktif, supaya mudah untuknya bergerak dan meneroka persekitaran.
Kering
Kriteria utama dalam memilih lampin pakai buang. Penting bagi anda untuk mencari lampin yang mempunyai lapisan cepat kering dan mempunyai ciri-ciri perlindungan untuk mengelakkan kebocoran. Lazimnya, anak kecil yang aktif akan mengalami masalah kebocoran di celah paha jika lampin yang digunakan tidak sesuai. Justeru itu, ibu bapa perlu mencari lampin yang mempunyai lapisan dalaman yang dapat menyerap dan mengunci cecair supaya kulit bayi kekal kering. Cari juga lampin yang mempunyai lapisan luar beraliran udara bagi membolehkan kulit bayi bernafas. Lampin yang cepat basah boleh menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
Mudah dipakai
Ada ibu bapa yang mengambil masa yang lama bagi memakaikan anak mereka lampin. Justeru itu, pilihlah lampin yang senang dipakai mengikut keaktifan bayi anda. Jika si manja anda masih kecil, adalah lebih sesuai jika dipakaikan lampin berpelekat namun jika si manja sudah mula aktif, carilah lampin seluar yang mudah disarungkan. Namun, jangan cari yang mudah tertanggal.
Harga
Tidak semua lampin yang mahal sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, cubalah teknik ‘try and error’ bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan bayi anda. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum anda memilih lampin terbaik untuk si manja.
Waktu bekerja Jumaat bulan Ramadan sehingga 12.30 tengah hari - Sultan Pahang. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan berakhir lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.