Keletah anak-anak selalunya membuatkan kita rasa gembira. Tambah pula bila mereka mula bercerita tentang apa cita-cita dan impian mereka bila dewasa kelak.
Apa sahaja impian mereka kita sebagai ibu bapa pastinya akan menyokong minat mereka, siapa tahu impian waktu kecil bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Menjadi Perdana Menteri wanita pertama di negara ini merupakan cita-cita anak personaliti televisyen, Marion Caunter yang baru sahaja menyambut ulangtahun ketujuhnya semalam.
Menurut Marion, anak keduanya, Lana Rose bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri wanita pertama di negara ini.
“Kalau anda bertanyakan kepadanya, apa yang dia ingin jadi apabila besar nanti, dia akan beritahu anda, dia akan menjadi perdana menteri wanita pertama di Malaysia selain memiliki perniagaan kedai telefon, pengedar kereta dan bakeri.
“You go girl! Segala-galanya mampu dicapai, tiada yang mustahil sayangku,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Marion lagi, sebagai ibu bapa, dia sentiasa memberikan galakan atas apa yang mahu dicapainya dalam hidup.
“Mommy dan daddy akan sentiasa menyokong apa jua yang awak mahu lakukan dalam hidup. Saya sayang awak sangat. Happy birthday,” tulisnya yang turut berkongsi sekeping foto anaknya itu.
Dalam pada itu, mengimbau detik mengandungkan anaknya itu, dedah Marion, Lana sepatutnya lahir pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya iaitu pada 5 November.
“Awak sepatutnya lahir pada ulang tahun kelahiran saya, namun, anda keluar lebih awal beberapa hari. Awak sentiasa buat saya terhibur,” katanya.
Dalam hantaran yang lain, Marion turut memuat naik beberapa keping gambar sambutan harijadi untuk Lana yang berlangsung di salah sebuah studio baking.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah. Tak sangka dari sekadar makan setahun sekali di restoran mahal, kini bergelar isteri kepada seorang bergelar Datuk dan usahawan jenama terkenal.
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen apabila secara terbuka berkongsi ‘tip cari suami kaya’ di TikTok . Lebih manis berkongsi pertemuan dengan suaminya, bertemu jodohnya, Datuk Lokman Teh.
Menurut Atikah, sebelum berkahwin, dia biasanya akan mengumpul duit dan makan di restoran mewah setahun sekali. Sikap jimatnya itu, akhirnya memberi kebahagiaan buat dirinya apabila bertemu jodoh di restauran mewah itu.
Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum bernikah dia sering kumpul duit untuk makan di restoran mahal setahun sekali.
“Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.”
“Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.”
Atikah berkongsi tip itu selepas memberi respon salah seorang komen netizen yang ingin mencari lelaki kaya dengan menikmati hidangan mewah.
Tidak hanya itu, pelakon filem Lupakan Cinta itu juga berkata selain di restoran mahal, orang ramai juga boleh cuba pergi ke tempat main golf.
Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.
Sebelum ini, Atikah berkongsi video memaparkan dia dan suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan harga melebihi RM800.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata suka dengan perkongsian telus pelakon itu. Malah ada yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia.
Sebak dan gembira melihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika kunjungan ke taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Sepanjang pertemuan itu, dapat dilihat kemesraan Khaleeda dengan Bella. Terpancar wajah keibuannya dan pelukan itu pastinya memberi momen bermakna buat Bella.
Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya. Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.
“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.
Pasangan berkenaan turut mencemar duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Kehilangan yang paling meninggalkan kesan. Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka.
Menurut perkongsian menerusi @amirul_n4fis di laman Threads, suri hati hidupnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah. Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” katanya berkongsi.
Malah menurut kata @amirul_n4fis lagi, pemergian bidadari hidupnya itu amat mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan atau mengadu sedang sakit sebelum ini kepadanya.
Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah arwah isterinya dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa isterinya mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.
Dalam pada itu, @amirul_n4fis memaklumkan mereka sekeluarga sempat meluangkan masa bersama dengan pergi bercuti dan baru sahaja beberapa hari yang lalu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar arwah sedang memegang bayinya di tepi pantai.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah plan macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah yang ada dan Faleeq tetap akan papa jaga. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Nanti hari-hari datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” ujar @amirul_n4fis.
Coretan @amirul_n4fis di laman Threads ternyata meruntun hati namun mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...