Selebriti Indonesia yang cukup dikenali, Aurel Hermansyah yang kini dikhabarkan menghitung hari untuk bersalin anak keduanya bersama suami, Atta Halilintar.
Namun kongsi Atta, disaat hampir melahirkan, isteri kesayangannya itu mula mengidam dna menginginkan sesuatu yang pelik.
Kongsi Atta lagi, Aurel pernah meminta untuk mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu.
“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam. Cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi, dia boleh juga kena selsema.
Ads
“Akhirnya saya terpaksa layankan sahaja dengan menaiki basikal eletrik,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Atta lagi, ketika ulang tahun kelahiran, isterinya juga pernah berhajat untuk bercuti ke Jepun. Segala persiapan ketika itu sudah pun dibuat.
Ads
Pun begitu, Aurel bagaimanapun membatalkan hasrat kerana tidak mahu berasa penat ketika bercuti.
“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia. Saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu dengan alasan penat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Aurel dan Atta mendirikan rumahtangga pada 4 April 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Hanna Nur Atta.
Dah masuk fasa trimester ketiga kehamilan, Fasha Sandha juga seperti ibu hamil lain membeli barangan untuk dirinya secara atas talian.
Dalam satu posting yang dibuat oleh Fasha beberapa hari yang lalu, dia meluahkan rasa kesal terhadap peniaga dalam talian yang seolah-olah menipu pelanggan.
Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia turut menjadi mangsa baru-baru ini apabila membeli bantal tidur materniti yang tidak seperti digambarkan oleh iklan penjual.
Namun pelakon dan isteri kepada Aidil Aziz ini menyatakan sudah memaafkan penjual online tersebut.
Dia juga turut bertanya jika ada penjual lain yang menjual bantal tersebut untuk menghubunginya. Jadi pada penjual atas talian yang ada bantal materniti berkualiti bolehlah DM Fasha Sandha. Dapat pembeli macam Fasha mesti lagi laris bantal yang dijual.
Untuk makluman, Fasha yang merupakan ibu kepada Putra Rayfal,7 dan Putri Raysha Jemyma, 6 pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rizal Ashram Ramli.
Untuk Perkahwinan kali ini, Fasha pernah keguguran sebelum ini kemudian hamil lagi. Fasha dijangka akan bersalin tidak lama lagi dan anak yang bakal dilahirkan nanti dikhabarkan anak perempuan.
Semoga semuanya dipermudahkan buat pelakon Fasha Sandha yang sedang sarat hamil.
Saya sedang hamil enam bulan. Ada yang menyarankan saya beberapa petua untuk elakkan jaundis pada bayi baru lahir. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut tentang prolong jaundice dan amalan yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengelakkan masalah ini terjadi kepada bayinya yang bakal lahir nanti?
Jawapan:
Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembanganya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6P, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Doktor Pakar Kanak-kanak, DEMC Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pedih ulu hati ketika hamil dialami oleh lebih daripada separuh wanita mengandung. Hal ini berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga ketika hamil. Keadaan ini juga dikenali sebagai pencernaan asid yang merupakan kerengsaan atau sensasi terbakar di esofagus yang disebabkan oleh kandungan perut yang refluks (naik) dari perut.
Berdasarkan kajian mengenai Heartburn in pregnancy, pedih ulu hati adalah simptom gastrousus yang paling biasa pada wanita hamil, dengan sebanyak 17 peratus (%) hingga 45% insiden berlaku semasa kehamilan.
Dalam beberapa kajian, kelaziman keadaan pedih ulu hati telah meningkat daripada 22% pada trimester pertama hingga 39% pada trimester kedua, dan sehingga antara 60% dan 72% pada trimester ketiga.
Apa Itu Pedih Ulu Hati?
Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh asid perut yang masuk ke dalam kerongkong (esofagus) apabila otot yang melingkari (sfinkter) bahagian bawah esofagus tidak tertutup sepenuhnya selepas makanan masuk ke dalam perut. Kebiasaannya, sfinkter tersebut akan tertutup dan asid serta isi kandungan perut tidak berpatah kembali atau refluks ke dalam esofagus.
Ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala, ia boleh naik sehingga ke tekak. Pedih ulu hati ialah keadaan yang biasa berlaku dan ia bukan satu keadaan yang serius. Jenis dan gaya pemakanan boleh menyebabkan asid refluks.
Punca Pedih Ulu Hati semasa Hamil
Keadaan pedih ulu hati yang berlaku semasa kehamilan mungkin berlaku akibat perubahan hormon, yang boleh menjejaskan otot saluran pencernaan dan penerimaan makanan. Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon kerana dalam keadaan biasa, sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus. Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.
Di samping itu, rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan perut menjadi penuh dan seterusnya menolak asid perut ke atas. Walaupun ia jarang berlaku, batu hempedu juga boleh menyebabkan pedih ulu hati selama kehamilan.
Apakah yang Memburukkan Keadaan Ini?
Makanan pedas, berminyak dan berlemak diketahui sebagai penyebab kepada keadaan pedih ulu hati juga berkemungkinan membawa masalah kepada wanita hamil. Makanan yang tidak dicerna dengan baik atau bergerak dengan cepat semasa mengandung. Jadi, makan hidangan besar atau makan secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko untuk pedih ulu hati. Selain itu, makan sebelum tidur juga boleh mendorong kepada keadaan ini. Merokok boleh menyebabkan pedih ulu hati lebih parah dan ia merupakan satu lagi sebab untuk anda hentikan tabiat ini, terutamanya semasa mengandung.
Ini tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad untuk mencegah ulu hati ketika hamil.
TIP MENCEGAH PEDIH ULU HATI SEMASA HAMIL
Selain penting untuk kesihatan dan kesihatan anak anda, air membantu membasuh semua asid tambahan daripada makanan yang kekal di saluran penghadaman. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga akan membantu melancarkan penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Semasa hamil, perut kekurangan ruang untuk berkembang. Memastikan perut sentiasa sibuk sepanjang hari dengan pengambilan makanan dalam kuantiti kecil adalah penting. Elakkan makan lewat petang, dan lebih memburukkan lagi adalah jangan berbaring selepas makan.
Ini kerana apabila anda berbaring atau melakukan aktiviti yang memerlukan anda membongkok selepas makan, anda membuka laluan aliran, mewujudkan potensi asid membiak. Oleh itu, pastikan anda duduk atau bergerak sedikit selepas makan.
Jangan tambahkan tekanan pada kawasan yang sudah kekejangan. Jadi elakkan memakai pakaian ketat dan pilih pakaian hamil yang lebih selesa bagi mengelakkan anda berasa terbakar.
Selain itu, pakaian longgar tidak akan menyekat pinggang dan diafragma. Manakala pakaian ketat di sekeliling pinggang boleh mengganggu perut anda, yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Kenal pasti makanan yang mendorong kepada pedih ulu hati anda dan buangnya dari diet anda. Walaupun tiada makanan yang dilarang secara umum, pencetus pedih ulu hati biasanya termasuk makanan berasid, seperti buah sitrus dan tomato, makanan berminyak atau goreng, makanan pedas, coklat, kopi dan minuman berkarbonat, serta alkohol.
Untuk mengelakkan pedih ulu hati pada waktu malam, elakkan pengambilan apa-apa makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Kedudukan tidur dengan meninggikan kepala katil dan meletakkan sesuatu di bawah kaki. Jika anda tidak tidur mengiring ke kiri, asid perut sukar bergerak untuk mencapai ke esofagus.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!