Nak Kurangkan Bayi Meragam, Cuba Buat Aktiviti Rangsangan Ini Di Rumah

Share

Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia  juga dapat membantu bayi kurang meragam.

Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.

Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.

TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN

Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.

AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM

Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai  (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.

15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA

MESSY COLOURS

KAD IMBASAN HITAM PUTIH

BERBUAL DENGAN BAYI

BERCERITA

STORY TELLING

BELON BUIH UNTUK FOKUS

SENTUHAN BOLA SENSORI

PENGENALAN KEPADA PRETEND PLAY

TOUCH AND FEEL SAYUR DAN BUAH

BERENANG

RANGSANGAN SENTUHAN PADA KAKI

RANGSANGAN SENTUHAN DENGAN MERASA BIJIAN BERAS

RANGSANGAN MENGGUNAKAN CERMIN

LATIHAN MERANGKAK

Sumber: Puan Nur Anis Syazwani Azhar

IKLAN