Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
Tiada lain yang kita harapkan kecuali mahu melihat anak membesar dengan baik dan sihat. Bagi memastikan anak membesar dan berkembang dengan baik sudah pastilah sebagai ibu ayah kita akan lakukan apa saja kan?
Apa saja yang anak buat mestilah di bawah pemantauan supaya kita boleh mengajar dan memastikan keselamatan mereka juga. Pelakon cantik, Raja Ilya, gemar berkongsi tentang anaknya melalui media sosial.
Si comel Talita kini sudah berusia lapan bulan dan sangat comel. Dia juga bayi yang bijak dan berani mencuba sesuatu yang baharu.
Terbaharu, Raja Ilya berkongsi video Talita yang sedang membuat percubaan untuk turun dari stroller. Memang lucu! Memang nampak usaha keras Talita, maklumlah nak melalui celah-celah stroller bukanlah mudah.
“Inilah yang berlaku bila anak perempuan saya yang umurnya lapan bulan merasakan dirinya 2 tahun. Nak turun sendiri, nak diri sendiri, nak makan sendiri.”
Antara komen warganet;
Tambahnya lagi, anaknya itu berdikari cepat sangat. Seloroh Raja Ilya, kalau macam tu apa kata lampin pun tukar sendiri kerana ia akan lebih memudahkan hidupnya.
Bagus bila Raja Ilya memberi kebebasan kepada bayinya tetapi pada masa yang sama memantau keselamatan Talita. Sangat penting beri kepercayaan pada anak untuk dia berkembang dengan baik, tapi perlulah sentiasa di bawah pemantauan orang dewasa.
Setiap kali perkhabaran baru mengenai buah hati rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah di kongsikan pastinya ramai nak tahu dan teruja melihatnya.
Bukan apa daripada seorang bayi yang diuji dengan penyakit yang jarang berlaku dan kini semakin sihat, ia sesuatu yang sangat mengembirakan buat semua yang pernah mendoakan si kecil ini.
Kini selepas lapan bulan menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) untuk membuang ketumbuhan di mulut, cinta hati rakyat Malaysia ini dah mencecah berat badan sebanyak 6.2 kilogram (kg).
Perkara tersebut dikongsi oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di laman Instagram dengan memuat naik sekeping Ainul Mardhiah.
Menurut Ahmad Safiuddin, pakar nutrisi di UK turut berpesan jangan dibiarkan berat badan Ainul naik mendadak sebaliknya secara perlahan tetapi konsisten.
“Even dietitian ketika di UK dulu pun pesan jangan bagi Ainul naik berat badan secara mendadak sebab bila berlaku perkara seperti itu..
“…Ainul akan susah nak belajar meniarap dan sebagainya disebabkan berat badannya yang ketara. Lagipun, Ainul jangan membesar laju sangat nanti mama & walid rindu,” tulisnya.
Rata-rata netizen tidak terlepas memuji dan menitipkan doa supaya Ainul terus membesar dengan sihat.
Kami sayang Ainul
Sumber: Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa seronok bila dengar kawan kita dapat baby. Tetapi sebelum anda melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir, ketahui apa perkara yang ‘jangan’ dibuat waktu melawat.
“Jom pegi tengok Aisya baru bersalin. Tak sabar nak tengok baby dia,” ajak Wani kepada teman-teman ofis.
Sekarang banyak sangat kes yang kita baca tentang keadaan bayi baru lahir yang mudah dijangkiti kuman sehingga ada yang hampir maut.
Apabila diperiksa dan disiasat, doktor mendapati bayi tersebut dijangkiti kuman daripada orang yang melawatnya dalam keadaan tidak sihat.
Jadi, kalau ada yang rancang hendak melawat bayi baru lahir, pastikan pantang larang berikut anda patuhi. Takkan pula kawan anda yang baru bersalin hendak menegur, nanti dikata biadap dan tidak sopan pula.
1. Sebelum datang bagitahu dulu
Janganlah anda main redah sahaja datang ke rumah orang baru bersalin. Maklum sahaja keadaan ibu baru bersalin yang masih belum kuat dan agak kelam kabut menguruskan bayi baru lahir.
Tiba-tiba ada kawan yang datang tanpa memberitahu tentu sahaja dia tidak bersedia. Sekurang-kurannya bila anda memberitahu untuk datang, dapatlah dia memberitahu bila hari dan waktu yang sesuai. Takut nanti kalau main redah sahaja, tiba-tiba kawan anda tiada di rumah kerana pergi ke klinik atau hospital.
2. Pilih waktu melawat yang sesuai
Sebaiknya pilihlah waktu yang bersesuaian untuk melawat ibu berpantang. Jangan pula anda datang waktu pagi sangat sebab biasanya waktu ini ibu dan bayi agak sibuk menguruskan diri mereka.
Jangan juga datang waktu petang dan hampir senja. Ibu berpantang kena makan dan mandi awal sebelum waktu maghrib. Bahkan elakkan sama sekali daripada datang melawat pada waktu malam. Orang tua-tua sangat pantang datang melawat ibu bersalin pada waktu malam. Lagipun waktu malam ibu dan bayi nak berehat dan tidur.
3. Yang tak sihat tak perlu datang
Sebelum datang melawat bayi baru lahir, periksa dulu keadaan kesihatan anda. Kalau ada selesema, batuk walaupun sikit-sikit lebih baik anda tak payah datang melawat. Anda hanya akan menyebarkan virus tersebut kepada bayi yang masih tidak kuat lagi sistem imun badannya. Tunggu anda sihat baru datang melawat.
4. Jangan melawat terlalu awal
Janganlah disebabkan terlalu excited hendak melawat kawan yang baru bersalin maka anda datang sehari selepas dia baru keluar dari hospital. Bagilah ibu bersalin masa untuk menyesuaikan diri dahulu. Selain itu ibu lepas bersalin juga masih lemah dan tidak kuat lagi untuk menerima tetamu.
5. Jaga mulut
Biasanya kalau sudah datang beramai-ramai, macam-macam yang akan keluar daripada mulut masing-masing. Jagalah apa yang hendak dituturkan. Anda perlu menjaga hati ibu baru bersalin yang agak sensitif.
Contohnya, “Eh, kenapa kecik sangat anak kau ni. Tak kuat nyusu ke?” atau “Kenapa tak pakai bengkung betul-betul, patutlah tak kurus-kurus lagi.” Ia hanya akan menyakitkan hati ibu berpantang dan membuatkan dia bertambah stres.
6. Minta kebenaran untuk dukung bayi
Ada yang jenis suka hati sahaja mendukung bayi baru lahir yang dikunjungi. Bukan tak boleh tapi sebaiknya minta kebenaran daripada ibunya. Mana tahu, bayi tersebut meragam waktu malam dan baru hendak tidur, tiba-tiba kita yang datang mengganggu pula tidurnya.
7. Bawa buah tangan
Adab melawat orang sakit atau baru bersalin, sebaiknya bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Memanglah ibu bersalin tersebut tak meminta tapi apa salahnya bersedekah. Kalau tak sempat beli hadiah untuk bayi, boleh juga sedekahkan duit sahaja.
8. Jangan cium bayi
9. Cuci tangan
Sebelum menyentuh atau mencuit pipi bayi yang gebu, elok anda bersihkan dahulu tangan dengan sabun antiseptik. Kadang kala tanpa kita sedar, tangan menjadi agen penyebar kuman. Tak pasal-pasal bayi yang bersih dan suci itu terkena kuman tanpa sengaja.
10. Tak payah memandai-mandai
Mungkin anda sudah berpengalaman mempunyai beberapa orang anak. Jadi, kalau datang melawat kawan yang baru pertama kali bergelar ibu, tak perlulah memberikan bermacam pantang-larang atau tip kecuali diminta. Mungkin setiap orang ada cara masing-masing yang tidak sama. Jadi jangan banding-bandingkan cara berpantang anda dengan kawan yang baru bersalin.
11. Jangan lama sangat
Semoga kita tak menjadi ejen penyebar kuman dan virus yang boleh memberi risiko buruk kepada kesihatan bayi yang baru lahir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.