Betullah anak-anak ni penyeri hidup kita. Ada saja perkara yang mereka lakukan yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Sepanjang tempoh nak membesar ni, mereka suka explore dan belajar banyak perkara. Kalau ada adik-beradik, lebih banyak akalnya!
Sebuah video yang dikongsikan oleh @julianorazreen menunjukkan gelagat tiga beradik yang berebut-rebut nak makan asam jawa. mereka bertiga menyangka bahawa asam jawa itu adalah aiskrim.
“Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata..”
Dek kerana mereka mahu sangat makan asam jawa itu, si ibu pun menyuap setiap seorang anaknya. Yang kelakarnya, sebaik saja merasa asam jawa tersebut si abang dan kakak terus berlari ke dapur kerana tak tahan dengan rasa asam jawa yang masam.
Si bongsu hanya makan sedikit asam jawa tersebut dan mengatakan rasanya sedap. Apabila ditanyakan ibunya sama ada mahu makan lagi atau tidak, dengan pantas dia menggelengkan kepala.
Ads
“Ni bijak sikit ni. Ni budak yang bijak, makan sikit je. Sedap tak?.”
Ramai juga yang berkongsi kisah mereka tersilap mengganggap asam jawa tersebut sebagai sapuan kaya. Berikut komen yang ditinggalkan;
Melihat gelagat tiga beradik ni memang lucu. Memang tinggi harapan mereka nak makan aiskrim rupa-rupanya asam jawa. Mujurlah si bongsu makan sikit saja, tak adalah berlari macam kakak dan abangnya. Video ini telah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan sejak ia dimuatnaik oleh ibu mereka.
Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila melihat kemiskinan menjadi halangan buat seorang pelajar ini melanjutkan pelajaran.
Sebagaimana kisah pelajar cemerlang, Nur Nasuha Mohd Nusi, 12, yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke MRSM (UKKM) kerana keluarganya tidak mempunyai kenderaan mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Asyraf Wajdi mengesahkan sudah meminta Mara untuk menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan yang tinggal di Kampung Lubuk Nibong, Pak Badol, Bachok.
“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.”
“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian. MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini.”
“Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah maklumkan kepada saya tarikh baharu UKKM pada yang mohon ditukar atas pelbagai sebab akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.”
Dalam posting yang berbeza, beliau juga turut memuat naik perbualan telefon Nasuhan dan bapa pelajar itu. Perbualan dari hati itu membuatkan meruntun jiwa bagi yang mendengar.
Dr Asyraf memberi kata-kata semangat kepada pelajar berkenaan dan menitipkan doa untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Beliau juga memberitahu, ilmu sahaja boleh mengubah hidup keluarga dan jangan jadikan kemiskinan dan kepayahan kemiskinan menjadi halangan untuk anak belajar.
Dalam pada itu, Nasuha memberitahu kepada Datuk Dr Asyraf bahawa dia begitu teruja untuk ingin mengikuti peperiksaan berkenaan. adalah untuk mengubah kehidupan keluargannya.
“Kenapa Nasuha nak sangat masuk MRSM…”- Dr Asyraf
“Saya nak tolong mak ayah,..”- Nasuha
Semoga adik Nasuha berjaya dalam peperiksaannya dan dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM.
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak membesar sihat dan ceria di depan mata. Namun, detik yang sepatutnya dipenuhi dengan tawa dan gelak manja si kecil bertukar menjadi kenangan paling menyayat hati apabila bayi yang baru berusia 10 bulan terkorban selepas tergelincir ketika dimandikan pengasuh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan ambulans, selepas menerima rawatan awal di sebuah klinik berhampiran.
Ujar Mohd Hafiz, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan wanita di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan pada pukul 10.42 malam.
“Pengadu dan doktor pakar kecemasan memberikan rawatan pernafasan dan ubat-ubatan ke atas bayi itu kira-kira 22 minit, namun mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda pernafasan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hafiz berkata, ibu bayi itu membuat laporan polis menyatakan menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira pukul 5.40 petang yang memaklumkan anaknya terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pengasuh mahu memandikan bayi tersebut, namun mangsa dikatakan tergelincir lalu jatuh mengiring ke kanan dan mengalami sesak nafas.
“Kita sudah merakam percakapan pengasuh itu bagi membantu siasatan,” katanya lagi.
Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Tiada yang lebih menyakitkan daripada kehilangan anak kecil yang masih belum sempat menyebut “ibu” dengan jelas. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ingatan buat kita semua – bahawa nyawa anak kecil sangat rapuh dan amanah penjagaan mereka bukan satu perkara ringan.
Kepada ibu bapa yang membaca ini, ambillah masa untuk semak semula tempat jagaan anak. Lakukan pemantauan berkala, berbincang dengan pengasuh, dan jangan sesekali abaikan naluri keibubapaan anda.
Anak adalah anugerah, tetapi juga amanah. Lindungilah mereka sebaik mungkin…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga perulah saling melengkapi. Hargai pasangan dan buatkan diri mereka terasa disayangi. Untuk keharmonian rumah tangga, perlu ada kebersamaan antara pasangan.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof di dalam penulisannya, resipi bahagia dalam perkahwinan mudah. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Macam mana tu?
Ikuti perkongsian menarik ini, semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan.
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.