Nak Masak Pulut Bagi Sekata & Tak Berkerak Tanpa Perlu Kukus Ada Tekniknya. Pulut Durian Resipi Mudah

Share

Nak masak pulut bagi sekata dan tak berkerak tanpa perlu kukus ada tekniknya. Pulut durian ni resipinya sangat mudah. Memandangkan sekarang banyak durian yang dijual di gerai tepi jalan apa kata anda cuba buat pulut durian ni. Dah tak tahu nak makan apa raya ni boleh lah cuba.

Pulut durian

-Isi durian secukupnya

Bahan Pulut

Bahan bahan:

-Beras pulut – rendam selama 30 minit atau lebih
-2 helai daun pandan
-air secukupnya

Cara masak pulut:

Teknik untuk masak sekata dan tak berkerak tanpa perlu kukus.

Tips:

Sebelum tanak beras pulut, rendam dalam 20-30minit. Kalau lebih dari 30 minit pun okay je. Dah siap rendam cuci bersih-bersih,

Letak air sedikit bagi tenggelam beras pulut dan masak atas api yang perlahan sehingga masak.

Kuah Santan

Bahan bahan:

-1/2 cawan santan kotak
-1 cawan air
-1 sudu kecil garam
-1 helai daun pandan
-1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
– Hirisan gula melaka

Cara cara:

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung.

Boleh agak-agak kepekatan. Siap untuk dihidang, akhir sekali tabur sedikit gula melaka diatas pulut.

Selamat mencuba!

Sumber: SiTi Norbaizura via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN