Nak Mesin Basuh Tahan Lama & Lancar, Selalulah Cuci Mesin Basuh Ikut Tip Ni!

Share

Mencuci pakaian tanpa henti setiap hari buat mesin basuh kita seakan meninggalkan bau kotoran yang melekat. Apa kata cuti yang masih berbaki ini kita gunakan masa untuk mencuci mesin basuh. Barulah lebih bersih, tahan lama dan terjaga.

Tip mencuci paling mudah yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini mak-mak kena cuba. Mudah!


Cuti-cuti gini eloklah luang masa bersihkan mesin basuh terutamanya yang front loading tu. Kalau kau dah mula bau tak berapa best tu maknanya its time dah.

Cara nak cuci boleh refer gambar atau ikut step berikut:

1. Cuci fasad luaran dia. Lap lah segala habuk hang ada dan kesan lelehan sabun pencuci tu.

2. Cuci tempat letak sabun atau detergent tu. Cabut keluar, cuci bersih. Cuci juga bahagian yang air masuk tu.

3. Cuci bahagian gasket/getah bulat besar tu. Itu bahagian paling penting. Kalau tak terjaga dia akan naik kulat berbintik hitam tu. Selak getah tu dan ambil wet wipes dan lap kuat-kuat. Kalau dah ada kulat, guna mildew remover.

4. Lap juga bahagian kaca penutup tu luar dan dalam sampai bersih berkilat.

Ni ha contoh mildew yang biasa ada pada getah tu.

5. Buka tiub dan buang air baki. Yang ni kalau lama tak buat memang busuk gila air tu. Dah buang pasang balik penutup dia.

6. Buka filter dan pasti kau akan jumpa duit siling dalam tu. Cuci bersih-bersih dan pasang balik.

7. Cuci drum menggunakan baking soda dan cuka. Tuang sekitar setengah cawan atau 100gm baking soda ke dalam drum. Pastu tuang 2 cawan atau 500ml cuka putih/cuka makan tunke dalam tempat sabun/detergent.

Pastu on dan basuh guna air paling panas. Biar dia pusing sampai habis.Dah siap, buka pintu kaca tu dan tarik dan biarkan tempat detergent juga terbuka. Lepas sejam dua baru tutup.

Tips: Tiap kali lepas basuh baju, buka pintu meain basuh tu dan juga bekas detergent tu. Nak bagi udara panas dari wap air tu keluar sepenuhnya dan menghindarkan bau.

Sekian, projek semasa cuti untuk semua.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN