Anak-anak kita yang semakin membesar macam-macam ragamnya. Ada yang memilih susu berperisa, tak kurang juga yang mahu minum susu segar. Macam-macam citarasa. Namun pastikan susu sesuai dan menjadi kesukaan jadi pilihan anak kita. Biar mereka memilih asalkan sesuai dan berkhasiat!
Lambakan susu di pasaran dengan harga yang agak tinggi membuatkan ibubapa terpaksa lebih bijak dalam memilih susu yang sesuai dan berkualiti untuk anak mereka.
Dalam membuat pilihan, apa mak ayah perlu utamakan?
Tentukan susu terbaik untuk anak
Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan kesihatan anak dan mahukan anak terus membesar dengan baik, ibu bapa pastinya mahukan susu yang sesuai untuk membantu menyokong perkembangan anak mereka. Jadi pilihlah susu dengan khasiat terbaik dan periksa setiap kelebihan kandungannya berbanding dengan susu lain.
Pilih susu yang mengandungi DHA Inilah yang perlu dicari oleh ibubapa.
Pilih kandungan susu tanpa gula tambahan
Ketika memilih susu untuk anak pastikan periksa kandungan bahannya dan pilih susu tanpa sebarang gula tambahan. Gula tambahan
Jadi pastikan setiap kali membeli susu, anda periksa label pada pek susu dan pastikan tiada sukrosa dan tiada tambahan laktosa dan gula lain-lain. Ini penting!
Ads
Pilih susu tepung lebih jimat
Mahu lebih jimat, ada baiknya anda memilih untuk memberikan anak anda susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sebagai solusi terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan wang yang banyak setiap bulan .
Bagi yang rasa pembelian susu tepung rumusan yang berkualiti untuk anak harus mengeluarkan kos yang tinggi anda silap kerana anda sebenarnya boleh mendapatkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berkualiti dengan harga yang berpatutan & semestinya memenuhi kemampuan poket anda.
Susu tanpa gula tambahan terbaik
Tidak perlu diragui lagi, susu tepung rumusan kanak-kanak, Anmum Essential adalah susu yang disyorkan untuk semua ibu bapa. Mana tidaknya, bukan hanya terdiri daripada susu tepung berkualiti tinggi dari New Zealand bahkan diyakini tanpa gula tambahan*.
Semasa anak anda sedang membesar, otaknya berkembang pesat dan penting untuk mengawal pengambilan gula anak-anak kerana kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman bergula yang lebih tinggi dikaitkan dengan skor kecerdasan yang lebih rendah. Ini mungkin akan membawa kesan kepada perkembangan kognitif anak.
Ads
Susu tanpa gula tambahan*, Anmum Essential adalah satu-satunya jenama di antara jenama utama susu tepung rumusan kanak-kanak yang tidak mengandungi sebarang gula tambahan tersembunyi, tiada sukrosa dan tiada laktosa tambahan dan gula lain-lain.
Malah Anmum™ ESSENTIAL juga turut dirumus secara saintifik dengan Gangliosida dan DHA. Juga mengandungi MFGM, Prebiotik (Inulin) dan 15 nutrien penting yang sememangnya cukup baik untuk membantu menyokong keperluan harian anak-anak kita.
Selain daripada gula, ibu perlu memperkenalkan nutrien yang penting untuk menyokong perkembangan otak, dan Gangliosida adalah sama pentingnya dengan DHA. Kajian menunjukkan bahawa Gangliosida menggalakkan hubungan sel-sel otak 3,4 yang berkesan serta penting untuk ingatan dan pembelajaran anak.
Pilih susu kesukaan anak anda
Jika anak pada usia satu hingga tiga tahun didahulukan, apa kata anda beri pilihan untuk anak yang sedikit besar dalam anggaran usia empat hingga tujuh tahun akan susu pilihan mereka. Semua ini bagi menggalakkan anak pada usia ini untuk minum susu setiap hari.
Anak pada usia ini amat memerlukan susu, selain daripada sumber kalsium yang baik, ia juga merupakan sumber bagi gangliosida yang bantu menyokong hubungan sel-sel otak serta perkembangan otak mereka dengan baik. Jadi ibu dan bapa perlu pastikan anak minum susu setiap hari.
Ads
Namun pastikan susu pilihan mereka terdiri daripada susu tanpa gula tambahan atau gula tersembunyi. Pengambilan gula berlebihan buat anak lebih teruja untuk mengambil makanan atau minuman yang lebih manis. Apa jua pilihan anak, pastikan susu tepung pilihan mereka tanpa gula tambahan. Periksa label setiap kali membeli.
Rujukan:
1. Lauritzen et al. (2016). Nutrients. 8(1), 6.
Cohen et al. (2018). Am J Prev Med. 54(6), 727-735
Guillermo et al. (2015). Food Nutr Res. 59, 25765.
Palmano et al. (2015). Nutrients. 7, 3891–3913.
*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau bawa si manja bersiar-siar, letih juga kalau nak didukung setiap masa. Kalau salah cara kita dukung anak, boleh menyebabkan mama papa sakit belakang dan beri kesan pada tulang anak. Kalau sekejap mungkin kita boleh bertahan, tapi katalah terpaksa dukung anak lama-lama lenguh juga jadinya.
Sebab itulah kebanyakan mama papa memilih untuk menggunakan stroller. Namun bukan semua anak suka duduk di dalam stroller kerana tidak selesa dan meletihkan.
Bagi mengelak anak merasa rimas, mama papa perlu bijak untuk ‘tackle’ mereka untuk lebih tenang dan tidak tantrum setiap kali duduk di dalam stroller. Ada beberapa cara yang boleh mama papa lakukan. Antaranya ialah:
1. Pastikan ada ruang secukupnya untuk anak
Kadang-kadang anak merasa rimas kerana terlalu banyak ‘aksesori’ yang diletakkan di dalam stroller. Mungkin kerana mama papa tak mahu anak bosan, semua mainan atau anak patung disusun dalam stroller sehingga tiada ruang yang cukup untuk anak.
Bukan sahaja mainan tetapi botol air atau benda lain yang diletakkan dalam stroller akan ‘makan ruang’ dan menyebabkan ruang jadi terhad untuk anak bergerak. Sebenarnya bila ruang sempit, ia membuatkan anak rasa kurang selesa dan mulalah mengamuk tak mahu duduk dalam stroller.
2. Ada mainan atau barang kegemaran anak
Tak perlu banyak pun, cukuplah satu atau dua saja mainan dan barang kegemaran anak diletakkan dalam stroller. Kalau boleh pilihlah yang saiznya tak terlalu besar bagi memudahkan anak bermain dan tidak merasa rimas.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Setiap anak ada minat mereka sendiri jadi tak perlu terlalu banyak barang untuk ‘menemani’ anak di dalam stroller. Pilihlah yang anak betul-betul suka dan membuatkan dia merasa selamat.
3. Pilih yang selamat dan selesa, MOVON paling best!
Jenama stroller dan car seat terbaik untuk dimiliki! MOVON merupakan jenama stroller premium dengan konsep Rent-To-Own, sangat memudahkan! Sebagai mama papa sudah tentu kita mahukan yang terbaik, jadi dengan konsep ini MOVON membantu setiap parents di Malaysia untuk memiliki stroller tanpa perlu membebankan mama papa.
Pilihlah antara MOVON TravelMate, MOVON StrollMate atau MOVON MoveMate yang pastinya sangat mudah dikendalikan dan sesuai untuk anak tersayang. Kalau nak diceritakan kelebihan produk MOVON, pasti mama papa akan kagum dan tiada rasa ragu-ragu untuk segera mendapatkannya!
Antara kelebihan MOVON TravelMate adalah ia merupakan stroller paling nipis ni Malaysia (19sm), mempunyai paras ketinggian yang sesuai dibawa bersiar-siar atau ketika duduk di meja makan, kanopi kalis air yang boleh dilaras, dilengkapi dengan sistem serapan hentakan tahap SUV serta banyak lagi.
Sementara itu, MOVON StrollMate pula merupakan stroller terbaik yang mempunyai reka bentuk kulit telur pada bahagian belakang untuk melindungi tulang belakang bayi, mempunyai 4 posisi berbaring boleh laras dari 98° sehingga 175°. Lebih baik kerana model ini mempunyai tempat duduk boleh balik menghadap ke hadapan mahupun ke arah mama papa! Banyak lagi kelebihan lain untuk model ini, memang hebat!
Bukan sahaja stroller, bahkan MOVON juga disukai kerana kualiti car seat keluaran jenama ini. MOVON MoveMate direka untuk memberi perlindungan dan memastikan keselamatan anak dari bayi sehingga usia 12 tahun.
Sememangnya produk ini diyakini selamat kerana telah mendapat kelulusan ECE R129 serta sijil MIROS. Mempunyai 4 lapisan perlindungan untuk mengurangkan impak hentakan dan berkesan untuk menyerap getaran. Diperbuat dari material berkualiti serta banyak lagi kelebihan yang lain.
Boleh Dimiliki, Cepat Grab Sempena Merdeka!
Tak boleh lepaskan peluang ni, kalau mama papa memang merancang untuk dapatkan produk MOVON ayuh grab pada bulan September ni! Sempena Boom-Tastic 66th Merdeka Deals, mama papa boleh dapatkan stroller mahupun carseat dengan harga RM1 sahaja!* Yuran pemprosesan sebanyak RM250 pun dikecualikan. Jika beli dengan harga penuh, anda boleh memilih untuk membawa pulang rebat tunai sehingga RM1000 ataupun LOCKIN Smart Lock bernilai RM2400.
Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan produk MOVON melalui Pelan Jagaan Pakar. Direka khas untuk mengekalkan kualiti produk di tahap optimum, pakar-pakar MOVON menyediakan perkhidmatan profesional untuk menjaga, membersihkan, dan melindungi produk berharga anda.
Temui kegembiraan promosi Beli 1 Percuma 1—dapatkan dua baucar perkhidmatan pakar dengan hanya RM80. Menguatkuasakan peranan ibu bapa dengan nilai yang tiada tandingan!
*Promosi tertakhluk pada terma dan syarat
Banyak lagi promosi menarik dari MOVON, untuk maklumat lanjut mama papa boleh layari Facebook https://www.facebook.com/MOVONMalaysia/ atau segera ke butik mereka di MOVON Gallery, Lot 5.64.00 Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam, setiap hari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu cara untuk berseronok dengan si manja adalah dengan bermain bersama mereka. Rancanglah aktiviti menarik untuk menguatkan bonding antara ibu ayah dan anak. Bukan saja ikatan kasih sayang lebih kuat, ia juga membantu pembentukan emosi yang stabil dan anak kurang tantrum.
Bawalah anak bermian di luar rumah supaya mereka boleh belajar banyak perkara baru. Anak-anak yang sering didedahkan dengan dunia luar juga lebih yakin dan berani. Mereka juga berpengetahuan luas dan sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai perkara baru.
Ajar Anak Jaga Kebersihan
Apabila sudah bermain di luar, sudah tentu anak-anak akan berpeluh dan ini membuatkan mereka merasa rimas. Bagi menjamin keselesaan si manja, ajarkan mereka untuk menjaga kebersihan. Salah satunya adalah dengan menggalakkan anak untuk mandi.
Pilihlah produk berkualiti dan diyakini untuk memastikan anak kekal bersih dan harum sentiasa. Dengan menggunakakan produk keluaran Johnson’s ® Baby, sudah tentu anak lebih selesa. Bukan saja bersih, tapi bau badan pun lebih wangi!
Johnson’s ® Baby Anjur Peraduan
Bagi menggalakkan anak-anak untuk menjaga kebersihan diri, Johnson’s & Johnson’s telah menganjurkan sebuah peraduan yang menarik dan comel yang bermula dari 15 Mei – 30 Jun 2022 yang lalu. Dengan menggunakan menggunakan filter AR Johnson’s Playdays x Didi & Friends, ibu ayah diminta untuk berkongsi momen istimewa ketika bermain dengan si manja di luar rumah.
Macam Mana Peraduan Berlangsung?
Ternyata ramai ibu ayah yang teruja dengan peraduan ini. Penyertaan yang dihantar sangat banyak sejak ia dianjurkan dan kini pemenangnya telah pun diketahui. Tahniah kepada anda semua yang telah memenangi peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Jom, saksikan video pemenang utama peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Berikut adalah senarai pemenang peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak selesa betul kalau kulit kering! Mulalah rasa tak selesa dan paling teruk, kita akan mula menggaru kerana tak dapat menahan rasa gatal. Untuk kesan sementara, memang lega kerana rasa gatal hilang, tapi sebenarnya ia merosakkan kulit.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Kulit menjadi gatal mungkin disebabkan cuaca panas bercampur peluh. Apabila kita menggaru kulit kering, ia akan menyebabkan iritasi dan keadaan kulit bertambah teruk. Kulit menjadi kemerah-merahan dan lebih teruk lagi mungkin menyebabkan luka dan berparut.
Sebenarnya ada beberapa cara yang lebih baik untuk membantu mengurangkan rasa gatal pada kulit tanpa perlu digaru secara keterlaluan. Lebih kasihan jika anak-anak yang kegatalan dan menggaru sehingga terluka kan?
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tak kisahlah sama ada mama atau anak-anak yang mengalami kegatalan pada kulit, ini beberapa tip untuk mengurangkan rasa tak selesa itu;
Guna kain basah atau pek ais
Salah satu cara paling mudah dan terpantas untuk membantu mengurangkan rasa gatal adalah dengan menggunakan kain basah atau pek ais dan dilekapkan pada kawasan kulit yang bermasalah.
Letakkan selama 5-10 minit untuk kelegaan pantas. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit terasa gatal.
Bancuhan oat
Tahukah mama, sebenarnya oat juga boleh membantu untuk mengurangkan rasa gatal. Ambil satu cawan oat dan dicampurkan dengan sedikit air. Pastikan teksturnya menjadi seperti skrub dan disapukan pada kulit yang kegatalan.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tutupkan dengan kain lebih kurang 30 minit sebelum dibilas bersih.
Lemon dan cuka epal
Rendamkan seketika kapas di dalam perahan jus lemon dan disapu lembut pada kulit bermasalah. Biarkan kering sebelum dibilas bersih. Boleh dilakukan dua kali sehari.
Begitu juga dengan cuka epal, bolehlah basahkan kapas dan dilap lembut pada bahagian yang gatal. Mungkin akan terasa sedikit pedih sekiranya kawasan itu telah digaru terlebih dahulu, jadi perlahan-lahan gosokkan sebelum dibilas.
Paling mudah, gunakan produk AVEENO®!
Buat apa nak bersusah-payah sekiranya boleh gunakan produk AVEENO® kan? Khas untuk mama, pilihlah AVEENO® SKIN RELIEF MOISTURIZING LOTION manakala untuk si manja pula gunakan AVEENO® BABY SOOTHING RELIEF MOISTURE CREAM!
Ia dikuasakan dengan Triple Oat Complex dan terbukti secara klinikal untuk membantu melegakan kegatalan dan kekeringan terutamanya untuk kulit kering. Paling best, ia berkesan seawal 60 saat selepas dioleskan pada kulit! Penggunaan produk ini dapat memberi kelegaan kepada kulit kering dan gatal dari penggunaan kali pertama.
Mudah serap dan memberi kelembapan berpanjangan sehingga 72 jam untuk memastikan kulit lebih sihat. Lebih bagus lagi, botol produk AVEENO® diperbuat daripada 30 peratus plastik yang boleh dikitar semula selepas penggunaan dengan tujuan untuk melindungi planet. Hebat kan?
Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.