Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Shila Amzah dan Ubai yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Menerusi satu perkongsian video, Ubai dan Shila berkongsi kisah gembira itu kepada pengikut setia mereka di Instagram.
Membuka tahun 2024 dengan khabar gembira, Ubai turut berkongsi cerita pelbagai kenangan pahit dan manis yang ditempuhnya termasuklah kehilangan adik dan ibu yang tercinta sebelum berkongsi kisah kehamilan itu.
“2024 ini kami buka dengan satu perkhabaran. Ada sebab kenapa kami baru bagitahu sekarang, untuk pastikan kandungan smooth (betul-betul kuat).
“Terima kasih yang terus mendoakan kami, semoga kandungan ini selamat dan dipermudahkan segalanya,” katanya.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan Ubai dan Shila, turut dikongsikan reaksi daripada rakan-rakan yang menerima perkhabaran gembira itu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan yang baik-baik buat Shila sepanjang kehamilan ini.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Hidup berumah tangga bukan semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kala diuji dengan kekurangan wang untuk menguruskan kelengkapan anak-anak.
Kisah sedih yang dikongsikan seorang ibu, Rita Ariffin yang pernah menjual cincin perkahwinan semata-mata mahu membayar bil hospital ketika melahirkan anak pertama menyentuh hati ramai.
Walaupun sedih, tak mengapa asalkan segala urusan untuk anak ketika bersalin menjadi lancar. Itulah pengorbanan suami isteri dalam berumahtangga.
“Kisahnya cincin kahwin kami dijual sebab nak discaj keluar hospital lepas bersalin anak sulung.
“Masa tu memang susah sangat-sangat. Nasib la ada cincin kawin tak seberapa ni,” tulisnya menerusi satu perkongsian di facebook.
Namun tanpa diduga kejutan dari suami bila mana cincin yang dijual itu kini digantikan semula. Satu kegembiraan seorang isteri.
“And hari ni suami ganti balik cincin kahwin. Surprise kan saya dengan cincin yang sama,” tulisnya berkongsi.
Sekeping gambar dengan ucapan paling manis turut dikongsikan sebagai kenangan. Setiap kesusahahan hari ini menjadi kenangan paling terindah di masa hadapan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Kredit: Rita Arifin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kita berkongsi hidup dengan seseorang, setiap kelebihan dan kekurangannya perlulah kita hargai. Terima seadanya supaya kita sentiasa bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Ingatlah, kita juga manusia yang ada kekhilafan. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan.
Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
Siapa sangka, dapur yang kecil itulah jadi tempat cinta kembali menyala. Alif Muhaimin, pemenang Hero Remaja 2017/2018 yang kini dah bergelar suami dan ayah, memang tak lokek bercerita tentang sisi paling real dalam rumahtangga dia bersama isteri tersayang, Nur Fatin Alissa.
Pasangan ni selamat diijabkabulkan Jun 2023 dan kini bahagia dengan kehadiran putera sulung mereka yang diberi nama Muhammad Adryan.
Bila ditanya tentang hubungan suami isteri, jawapan Alif ringkas tapi ‘ngam’ masuk dalam hati. Bunyinya macam klise, tapi cuba bayang situasi ni – dua insan, satu dapur, satu resipi kek batik, dengan dua gaya kerja yang berbeza.
“Alif jenis dah biasa kerja seorang, kalau kerja 2 jam boleh siap dalam sejam Alif akan siapkan dalam sejam walaupun penat gila. Bila buat kek batik ni, Alif suka ada struktur. Pada mulanya Alissa ni dia suka buat santai.
Benda boleh santai, kenapa nak rushing kan. Jadi, Alif banyak bebel awal tu tapi tu kisah waktu kami bertunang. Sekarang ni bila dah kahwin, okay sangat chemistry kami.”
Alif jenis yang on-the-dot, suka rancang dan siap cepat. Alissa pula lebih relax, ikut rentak mood. Tapi bila mereka bersatu di dapur, walau pada awalnya ada juga sesi tarik muka dan silent treatment, akhirnya mereka belajar untuk ‘blend’ macam adunan kek yang kena kacau rata baru sedap.
Alif tak rasa janggal pun tolong potong bahan, susun pinggan, atau gaul biskut Marie. Baginya, waktu-waktu tu lah yang paling indah sebab dalam kekecohan tepung berterbangan dan sudu hilang entah ke mana, mereka berdua belajar untuk faham satu sama lain, gelak sama-sama, dan kadang tu terdiam lama sebab tengah buat ‘eye contact’ tiba-tiba… alahai manisnya!
“Baru-baru ni kami macam hilang ‘spark’ sikitlah, romantik tu kurang sikit tapi bila kami buat semula bisnes kek batik ni, tambah dengan dia yang banyak tolong Alif, buat Alif rasa terharu.
Bila kami buat sama-sama dan beri orang rasa terutamanya mak kami, dapat pula feedback kata sedap, tulah yang buat kami terharu dan semakin jatuh cinta.”
Paling sweet, Alif akui pernah rasa hubungan mereka hilang spark. Tapi siapa sangka, ‘spark’ tu datang balik bukan dari candle light dinner atau percutian mewah – tapi dari dapur sendiri, sambil kupas bawang dan rasa topping coklat cair.
Bukan sekadar moment sweet je ya, tapi dari dapur tu juga lahirnya satu lagi bab baru dalam hidup mereka iaitu bisnes kek batik! Bila duduk berdua bincang tentang strategi bisnes sambil potong lapisan biskut dan letak topping coklat, semangat kerja pasangan ni jadi lain macam.
Alif sendiri kata, perbincangan tentang bisnes kek batik buat mereka rasa lebih hidup, lebih dekat, dan lebih teruja nak kejar impian bersama-sama.
“Dari respon yang baik tulah yang buat kami berbincang untuk tambah kek batik strawberi, asalnya cuma ada kek batik indulgence saja.”
Bila dapat feedback positif dari keluarga, mereka rasa dihargai. Dari situ muncul dua signature mereka – kek batik indulgence dan kek batik strawberi yang buat orang repeat order!
Bisnes ni bukan sekadar sumber rezeki tambahan, tapi jadi jalan untuk Alif terus berkembang, tak hanya bergantung kepada kerjaya sebagai pelakon dan model. Sebaliknya, dia nak cipta sesuatu yang boleh diwariskan… sesuatu yang dibina bersama isteri, dari dapur kecil yang penuh rasa sayang.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...