Siapa sangka, dapur yang kecil itulah jadi tempat cinta kembali menyala. Alif Muhaimin, pemenang Hero Remaja 2017/2018 yang kini dah bergelar suami dan ayah, memang tak lokek bercerita tentang sisi paling real dalam rumahtangga dia bersama isteri tersayang, Nur Fatin Alissa.
Pasangan ni selamat diijabkabulkan Jun 2023 dan kini bahagia dengan kehadiran putera sulung mereka yang diberi nama Muhammad Adryan.
Dua Gaya, Satu Irama Cinta
Bila ditanya tentang hubungan suami isteri, jawapan Alif ringkas tapi ‘ngam’ masuk dalam hati. Bunyinya macam klise, tapi cuba bayang situasi ni – dua insan, satu dapur, satu resipi kek batik, dengan dua gaya kerja yang berbeza.
“Alif jenis dah biasa kerja seorang, kalau kerja 2 jam boleh siap dalam sejam Alif akan siapkan dalam sejam walaupun penat gila. Bila buat kek batik ni, Alif suka ada struktur. Pada mulanya Alissa ni dia suka buat santai.
Benda boleh santai, kenapa nak rushing kan. Jadi, Alif banyak bebel awal tu tapi tu kisah waktu kami bertunang. Sekarang ni bila dah kahwin, okay sangat chemistry kami.”
Alif jenis yang on-the-dot, suka rancang dan siap cepat. Alissa pula lebih relax, ikut rentak mood. Tapi bila mereka bersatu di dapur, walau pada awalnya ada juga sesi tarik muka dan silent treatment, akhirnya mereka belajar untuk ‘blend’ macam adunan kek yang kena kacau rata baru sedap.
Ads
Spark yang Hilang, Jumpa Semula di Antara Senduk dan Cawan Sukatan
Alif tak rasa janggal pun tolong potong bahan, susun pinggan, atau gaul biskut Marie. Baginya, waktu-waktu tu lah yang paling indah sebab dalam kekecohan tepung berterbangan dan sudu hilang entah ke mana, mereka berdua belajar untuk faham satu sama lain, gelak sama-sama, dan kadang tu terdiam lama sebab tengah buat ‘eye contact’ tiba-tiba… alahai manisnya!
“Baru-baru ni kami macam hilang ‘spark’ sikitlah, romantik tu kurang sikit tapi bila kami buat semula bisnes kek batik ni, tambah dengan dia yang banyak tolong Alif, buat Alif rasa terharu.
Bila kami buat sama-sama dan beri orang rasa terutamanya mak kami, dapat pula feedback kata sedap, tulah yang buat kami terharu dan semakin jatuh cinta.”
Paling sweet, Alif akui pernah rasa hubungan mereka hilang spark. Tapi siapa sangka, ‘spark’ tu datang balik bukan dari candle light dinner atau percutian mewah – tapi dari dapur sendiri, sambil kupas bawang dan rasa topping coklat cair.
Ads
Dari Resipi Cinta ke Resipi Kejayaan
Bukan sekadar moment sweet je ya, tapi dari dapur tu juga lahirnya satu lagi bab baru dalam hidup mereka iaitu bisnes kek batik! Bila duduk berdua bincang tentang strategi bisnes sambil potong lapisan biskut dan letak topping coklat, semangat kerja pasangan ni jadi lain macam.
Ads
Alif sendiri kata, perbincangan tentang bisnes kek batik buat mereka rasa lebih hidup, lebih dekat, dan lebih teruja nak kejar impian bersama-sama.
“Dari respon yang baik tulah yang buat kami berbincang untuk tambah kek batik strawberi, asalnya cuma ada kek batik indulgence saja.”
Bila dapat feedback positif dari keluarga, mereka rasa dihargai. Dari situ muncul dua signature mereka – kek batik indulgence dan kek batik strawberi yang buat orang repeat order!
Cinta Yang Diuji, Cinta Yang Dimasak Rapi
Bisnes ni bukan sekadar sumber rezeki tambahan, tapi jadi jalan untuk Alif terus berkembang, tak hanya bergantung kepada kerjaya sebagai pelakon dan model. Sebaliknya, dia nak cipta sesuatu yang boleh diwariskan… sesuatu yang dibina bersama isteri, dari dapur kecil yang penuh rasa sayang.
Bulan Ramadan sering kali menjadi masa ibu bapa memberi penekanan kepada anak-anak tentang kewajipan berpuasa. Namun, ada satu persoalan yang sering timbul, mengapa sesetengah ibu bapa begitu tegas memaksa anak-anak berpuasa tetapi dalam masa yang sama kurang menitikberatkan solat?
Dalam Islam, kedua-duanya adalah rukun Islam yang wajib. Namun, dari segi keutamaan, solat sebenarnya lebih utama kerana ia adalah tiang agama. Rasulullah SAW bersabda:
“Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya.” (HR At-Tirmidzi)
Puasa hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh, berakal, dan mampu melakukannya. Manakala solat sudah diwajibkan sejak seseorang itu mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk), sekitar usia tujuh tahun. Nabi SAW bersabda:
“Perintahkan anak-anakmu untuk solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lembut jika perlu) apabila mereka meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.” (HR Abu Dawud)
Jadi, jika ibu bapa lebih fokus pada puasa tetapi mengabaikan solat, itu satu kesilapan besar dalam mendidik anak-anak mengenai kewajipan agama.
Faktor Tradisi – Puasa sering dijadikan ukuran kepatuhan seseorang kepada agama dalam masyarakat. Anak-anak yang berjaya berpuasa penuh dianggap lebih “baik” berbanding yang tidak.
Faktor Sosial – Ramai ibu bapa bimbang dengan tanggapan masyarakat jika anak mereka tidak berpuasa. Sebaliknya, solat adalah perkara yang lebih peribadi dan tidak mudah diperhatikan oleh orang lain.
Faktor Pemahaman – Ada ibu bapa yang kurang memahami keutamaan ibadah dalam Islam. Mereka mungkin menganggap puasa lebih penting kerana ia hanya berlaku setahun sekali, sedangkan solat lima kali sehari dianggap “rutin biasa”.
Mulakan Dengan Solat – Sebelum meminta anak-anak berpuasa penuh, pastikan mereka sudah biasa dengan solat. Ajarkan mereka kepentingan solat sejak kecil dan jadikan ia sebagai amalan harian.
Jangan Paksa, Tapi Bimbing – Puasa boleh dimulakan secara bertahap. Jika anak masih kecil, biarkan mereka berlatih puasa separuh hari terlebih dahulu. Tetapi solat tidak boleh ada kompromi kerana ia wajib sejak usia tujuh tahun.
Jadilah Contoh Terbaik – Anak-anak lebih cenderung meniru perbuatan ibu bapa. Jika kita sendiri solat dengan konsisten dan menunjukkan kecintaan kepada ibadah, anak-anak juga akan terdorong untuk mengikutinya.
Terangkan Hikmah Kedua-duanya – Jangan hanya berkata “kena buat sebab wajib”, sebaliknya terangkan hikmah di sebalik solat dan puasa. Contohnya, solat menjaga hubungan kita dengan Allah setiap hari, manakala puasa melatih kesabaran dan keikhlasan.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina ini mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini dua alasan yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Lepas itu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Kesimpulannya ibu bapa perlu mengubah mindset bahawa puasa lebih utama daripada solat. Keduanya penting, tetapi solat adalah keutamaan utama dalam Islam.
Janganlah kita hanya bangga apabila anak boleh berpuasa penuh tetapi membiarkan mereka meninggalkan solat. Pendidikan agama haruslah seimbang supaya anak-anak membesar dengan kefahaman Islam yang betul.
Siapa je tak kenal Shukri Yahya, pelakon lelaki dengan aura tenang dan senyum menggoda tu? Dah lapan tahun dia jadi suami kepada wanita pilihan hatinya, Tya Adnan yang bukan saja cantik luar dalam, tapi juga semakin hari makin sejuk mata memandang.
Dari awal kahwin sampai sekarang, pasangan ni memang jarang sangat ada kontroversi besar. Lowkey, tapi aura mereka kuat!
Baru-baru ni, Tya Adnan buat ramai warganet terpukau bila melihat Tya yang tampak begitu anggun dalam persalinan serba hitam. Aura ibu beranak dua ini, classy dan penuh kelembutan.
Selain itu, perkongsian Shukri di media sosialnya juga mencuri perhatian ramai apabila dia mengatakan ‘tulang belakangnya’ tak boleh ditinggal ketika mereka berdua ke previu filem Balas.
Ramai yang puji kecantikan Tya yang makin terserlah walau wajah dah tertutup. Komen netizen pun semua jenis manis-manis belaka, macam: “Subhanallah cantiknya awak, Tya.” dan “Please Shukri, jaga isteri elok-elok.”
Bila isteri pilih untuk tutup aurat dengan lebih sempurna, itu satu pengorbanan besar dan satu langkah spiritual yang bukan semua mampu buat. Jadi tak hairanlah bila ramai yang “pesan” kat Shukri—jaga amanah ni baik-baik.
Komen-komen yang masuk semua penuh ‘kasih sayang’ untuk pasangan ni. Tapi dalam lembut, terselit juga teguran halus untuk Shukri. Antara yang mencuit perhatian:
“Cantik isteri awak. Tapi cantik dia bukan untuk dikongsi mata semua orang.” “Please jaga hati, mata, dan segala-galanya untuk yang satu ni je.”
Ramai nampaknya doakan Shukri terus setia dan kekal istiqamah dalam jadi suami yang bukan sekadar penyayang, tapi juga pelindung dan pembimbing. Power betul kuasa netizen Malaysia ni—bila mereka sayang, mereka jadi bodyguard maya.
Walaupun bukan kali pertama pasangan ni jadi perhatian, imej baharu Tya macam satu “wake-up call” untuk semua pasangan suami isteri. Bila isteri dah ‘naik level’ dalam hal menutup aurat, suami pun kenalah naik sama dari segi tanggungjawab. Bukan mudah, tapi bila dua-dua usaha, inshaAllah rumahtangga akan makin kukuh.
Lapan tahun berkahwin, dua cahaya mata, dan sekarang sama-sama bergerak ke arah kehidupan yang lebih diredhai. Shukri dan Tya bagi inspirasi pada ramai pasangan muda—yang penting, saling jaga, saling bimbing. Dan kalau boleh, biar cinta tu makin lama makin manis, bukan makin tawar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.