Susu ibu adalah susu yang terbaik di dalam dunia. Kadang-kadang kita tak dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak seperti membuat sendiri milk booster.
Namun ada juga yang mempercayai dengan mengamalkan supplement boleh memekatkan susu ibu dan mampu membuatkan susu ibu lebih berkualtiti.
Menerusi soal jawab di instagram Puan Noorfazila, ada ibu yang bertanya tentang pengambilan supplement untuk penghasilan susu yang baik.
Puan, ada tak supplement untuk pekatkan susu.. dan kasi susu lebih berkualtiti?
“Tak ada satu pun supplement yang mampu pekatkan susu ibu, perlu faham..nampak pekat tak bermakna kandungan lemak dalam susu meningkat”
Jika makan supplement atau makanan tertentu susu nampak pekat ia hanya kesan dari vitamin B [RIBOFLAVIN] yang terkandung dalam makanan atau supplement tersebut.
Nak pekatkan susu ibu kena susukan anak dengan lekapan yang betul dan jarak penyusuan yang kerap.
Jika anak tak bersama, pam lebih kerap. Jangan biarkan breast terbiar dan tak dikeluarkan susu. Lagi kerap susu dikeluarkan lagi Allah pekatkan susu yang terhasil.
Berkenaan kualiti sebenarnya puan, Allah SWT dah cipta susu ibu terbaik untuk anak ikut keperluannya. Yang penting tugas puan jagalah makanan untuk kesihatan badan puan. Makan makanan berkhasiat supaya puan kekal sihat.
Buah nanas terutamanya bahagian empulur kaya dengan nutrisi. Sangat bagus jika anak-anak tak sihat makan empulur buah nanas.
Kandungan nutrisi yang tinggi menarik perhatian para pengkaji untuk mengkaji khasiat yang terkandung dalam buah nanas. Buah nanas diklasifikasikan sebagai ‘functional food’ iaitu makanan yang berpotensi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi beberapa khasiat yang tersembunyi dalam buah nanas. Yang menariknya ia sangat bagus untuk kesihatan anak-anak!
Empulur nanas keras yang kita selalu buang itu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ini sejenis enzim yang ada pada buah nanas. Dan paling banyak di bahagian tengah nanas yang keras itu.
Kadang bila kita makan nanas, rasa lidas dan gatal di bahagian lidah bukan? Ini kerana kandungan bromelain tersebut.
Bromelain boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nanas. Inilah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan buah nanas.
Pun begitu, bromelain ini tinggi jugak khasiatnya. Takkanlah sebab rasa gatal lidah kita terus tak nak makan buah nanas.
Nanas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita wajib kita ajar anak-anak untuk cuba makan.
Nanas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016 mengatakan yang buah nanas mampu mengurangkan simptom radang pada sinus. Resdunglah maksudnya.
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya suka beli nanas bagi anak makan setiap hari.
Nanas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nanas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nanas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.
Setiap orang pengalaman bersalinnya berbeza. Begitu juga bagi seorang ibu. Jika pernah bersalin sebelum ini pun pasti akan merasai pengalaman lain bila melahirkan anak yang seterusnya.
Sakit memang sakit tapi demi anak kesakitan itu dihadapi dengan penuh reda walaupun hakikatnya kita rasa tak mampu nak hadap.
Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu, Nur Atikah Ibrahim yang melalui saat melahirkan anak dengan penuh debaran sehinggalah dapat memeluk anak dan terpaksa melalui dua cara.
TAK SANGKA BAWAH JAHIT ATAS PUN JAHIT
Ini plan manusia…
Last appointment dengan KK, 10/12/19….lepas tu sepatutnya kena terus admit hospital.
Hari kejadian, Plan Allah
Hari check kat KK 10/12/19, tiba-tiba BP tinggi.. 3 ke 4 kali check memang tinggi… 17+ lebih… Terus kena tahan ke Bentong…tapi di Bentong tak ada pakar, terus naik ambulan ke Temerloh… Kata doktor, kita stabilkan BP puan….lps tu kita discharge…. Saya pun setuju..
Sampai di Temerloh macam biasa check dan terus ke bilik LB. Malam pertama, tiba-tiba muntah teruk. Lepas dari tu datang doktor, katanya kandungan saya dah matang. Kita kena paksa bersalin. Sebab BP saya masih lagi tinggi 12+…dan nadi laju 1++ lebih….
11/12…Pagi doktor suruh makan nasi bagi tenaga. Sebab lepas pukul 11 pagi tak boleh makan. Sebab nak masuk ubat air paksa beranak. Lepas doktor masukkan ubat tak rasa sangat sakit. Bukaan baru 4cm. Jadinya doktor lajukan dos… Bila dah lajukan sakit makin kerap dan doktor dah pecahkan air ketuban. Masa ni jantung baby ok sangat… Stabil dan stress… Doktor bagi tahu, dalam tempoh 8 jam… Baby kena keluar. Lepas 8 jam baby tak keluar.. Sakit jangan cakap laj… Memang sakit. Sampai la malam.. Dari jam 11 pagi sampai malam dalam pukul 10 malam. Tak keluar lagi baby.. Dah puas meneran… Kepala baby dah nampk kat pintu rahim.. Dah push tak keluar juga…Allah.. Masa tu Allah je tau, terkenang apa lagi dosa yang aku buat. Dari beranak pegang kaki. Terus angkat kaki, alat bantuan sokongan kaki… Lepas tu doktor kata nak vacum. Saya pun ok je. Janji baby keluar..
12/12/19
Masa kata nak vacum doktor kata, kena serentak. Ibu perlu meneran doktor akan vakum kepala. Saya pun bekerjasama dengan doktor. tapi tak lepas juga. Bukan sekali… Tapi 3 kali buat. Akhir sekali doktor ambil keputusan czer sebab baby dah lama sangat kat dalam. Tapi jantung baby masih ok dan tak stres langsung. Masa tu dah jam 12 lebih tengah malam.. Bersamaan 12/12/19….
Suami dipanggil untuk tandatangan borang untuk persetujuan czer. Masa masuk bilik OT sekali lagi doktor suruh cuba teran tapi tak boleh keluar juga walaupun kepala dah nampak. Datang ketua pakar ambil keputusan untuk czer kerana degupan jantung baby makin drop.
Kira-kira jam 12.50 selamat lahirkan baby. Saya sedar doktor tengah jahit bahagian bawah sebab tadi dah digunting untuk bersalin normal dan ta lepas juga. Masa tu baby dah di bawa ke NICU untuk diberikan bantuan oksigen terlebih dahulu.
13/12/19
Doktor datang pakar jelaskan kenapa baby ta keluar walaupun dah nampk kepala kat pintu rahim. Rupanya baby saya mendongak. Jadinya memang tak akan boleh keluar normal. Lega bila dapat penerangan doktor.
14/12/19
Saya baru tengok baby. Baby on oxygen dan tiub susu dan on antibiotik. Cuma ada kesan bengkak kerana vakum tapi tak melibatkan tulang kepala atau otak..Namun saya masih tak boleh susukan baby.
Keesokkannya say dah boleh keluar dan sepanjang tempoh itu terpaksa datang ke hospital untuk melawat baby.
20/12/19
Baby dah boleh keluar. Sepanjang tempoh baby di hospital terpaksa sewa hotel bajet buat sementara waktu keran nak berulang dari rumah jauh. Namun syukur walaupun banyak habis untuk sewa hotel tapi bil dapat bil hospital tak sampai RM400 pun kena bayar. Alhamdulillah!
Inilah pengalaman pertama saya bersalin. Dua-dua rasa. Sakit di bahagian bawah dan bahagian czer. Cuma saya tak rasa dijahit hidup-hidup
Moga anakku Wan Muhammad Hartih Syafi bin Wan Muhammad Fikri dapat membesar menjadi anak soleh dan penyejuk hati ibu ayah.
P/s: kepada mummy yang bakal melahirkn secara czer atau normal. Kena positif. Banyakkan sedekah… InsyaAllah.. Semuanya ok…
Sumber: Nur Atikah Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus ingat bahawa emosi si isteri mula tidak stabil, mudah marah dan bertukar menjadi cerewet.
Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan anda, suaminya. Jadi, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang tanda anda menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat anda.
Panduan yang dinyatakan ini boleh anda guna pakai semasa di dalam bilik bersalin bagi membantu isteri bersalin dengan mudah dan lancar.
1. Beri makan dan minum
Galakkan isteri minum dan makan (jika doktor masih membenarkan) bagi membolehkannya mempunyai tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
2. Urutan muka
Urutan di muka akan membuatkan isteri berasa lebih relaks. Semasa isteri mengalami kontraksi, usap muka dan leher isteri dengan air ataupun tuala lembap.
3. Urutan belakang badan
Urut belakang isteri perlahan-lahan atau jika dia mahukan urutan yang lebih kuat, anda perlu mengikut permintaan isteri.
4. Tuam bahagian belakang
Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah tubuh isteri dengan menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam ataupun botol berisi air suam.
5. Beri kata perangsang
Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.