Susu ibu adalah susu yang terbaik di dalam dunia. Kadang-kadang kita tak dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak seperti membuat sendiri milk booster.
Namun ada juga yang mempercayai dengan mengamalkan supplement boleh memekatkan susu ibu dan mampu membuatkan susu ibu lebih berkualtiti.
Menerusi soal jawab di instagram Puan Noorfazila, ada ibu yang bertanya tentang pengambilan supplement untuk penghasilan susu yang baik.
Puan, ada tak supplement untuk pekatkan susu.. dan kasi susu lebih berkualtiti?
“Tak ada satu pun supplement yang mampu pekatkan susu ibu, perlu faham..nampak pekat tak bermakna kandungan lemak dalam susu meningkat”
Jika makan supplement atau makanan tertentu susu nampak pekat ia hanya kesan dari vitamin B [RIBOFLAVIN] yang terkandung dalam makanan atau supplement tersebut.
Nak pekatkan susu ibu kena susukan anak dengan lekapan yang betul dan jarak penyusuan yang kerap.
Jika anak tak bersama, pam lebih kerap. Jangan biarkan breast terbiar dan tak dikeluarkan susu. Lagi kerap susu dikeluarkan lagi Allah pekatkan susu yang terhasil.
Berkenaan kualiti sebenarnya puan, Allah SWT dah cipta susu ibu terbaik untuk anak ikut keperluannya. Yang penting tugas puan jagalah makanan untuk kesihatan badan puan. Makan makanan berkhasiat supaya puan kekal sihat.
Prihatin dengan mangsa banjir, kali ini pelakon dan usahawan Wawa Zainal meredah banjir pula membantu mangsa banjir biarpun masih belum habis berpantang.
Wawa yang difahamkan baru sahaja 24 hari berpantang tampil berkongsikan video di Instagram memaparkan dirinya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Puchong pada Jumaat lalu.
Menurut kata Wawa, dia sayu hati melihat keadaan saudara kita yang dilanda banjir dan ingin turut sama membantu meringankan beban mereka.
“Ya Allah sayunya hati tengok keadaan saudara kita yang di landa banjir.
“Semoga engkau berikan mereka kekuatan ya Rabb. Tak kuat tengok perabot-perabot habis. Dari pagi sampai ke petang sempat pergi beberapa lokasi je. InsyaAllah kalau ada tempat yang perlukan bantuan DM Wawa ya,” tulisnya berkongsi.
Wawa berkata dia turun padang bagi menyelami perasaan mangsa banjir, malah suaminya, Aeril Zafrel turut merestuinya.
“Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir.
“Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang. Malah, suami juga merestui tindakan saya,” katanya.
Menurut kata Wawa, dapat melihat sendiri keadaan lokasi yang terlibat banjir yang sangat teruk dengan harta benda yang rosak membuatkan hatinya merasa amat simpati.
“Saya tengok sendiri keadaan rumah penduduk kampung. Mereka memang memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan lampin bayi.
“Kalau soal bantuan makanan, mereka sebenarnya sudah banyak menerima bantuan. Saya ada juga beri sumbangan dalam bentuk makanan, tetapi sekarang mereka lebih memerlukan tilam dan bantal,” ujarnya.
Wargamaya risau masih berpantang
Pun begitu, usaha murni Wawa itu sudah semestinya menarik perhatian wargamaya yang turut bimbang dengan kesihatan dirinya yang kini masih lagi berpantang.
Jika sebelum ini Wawa tampil berkasut tumit tinggi selepas seminggu melahirkan anak keempatnya, kali ini kerisauan wargamaya semakin bertambah bila mana Wawa mula meredah banjir.
Malah ada yang meminta Wawa memakai kasut yang sesuai dan dipermudahkan urusannya sepanjang membantu mangsa banjir.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak tahu, “morning sickness” ataupun alahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan gigi mereka?
Hal ini dikongsikan oleh Dr Mohd Khairul Izwan, doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsi mengenai hal ini. Jom ikuti perkongsian beliau.
Morning sickness biasanya berlaku di peringkat awal kehamilan bagi kebanyakan wanita yang mengandung, menyebabkan mereka sering mengalami muntah-muntah.
Muntah ini turut mengandungi asid yang berasal daripada perut, dan boleh menghakis permukaan gigi dalam jangka waktu yang panjang.
Kesan daripada hakisan ini boleh menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis dan meningkatkan risiko untuk gigi menjadi ngilu dan mudah rosak.
Kita mungkin tidak dapat menghalang morning sickness ataupun perasaan untuk muntah tersebut daripada berlaku, tetapi kita boleh mencegah kerosakan gigi daripada terjadi.
Tips untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi ketika hamil adalah:
✅ Segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas anda muntah. Ini penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.
✅ Elakkan daripada memberus gigi selepas anda muntah. Ini boleh menyebabkan hakisan gigi menjadi lebih teruk. Tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas anda muntah atau selepas 30 minit selepas anda makan/minum sesuatu yang masam baru berus gigi ya
untuk mencegah hakisan gigi daripada berlaku.
✅ Berus gigi dengan teknik yang betul menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida penting untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat, seterusnya mencegah hakisan serta kerosakan gigi daripada mudah berlaku.
✅ Kawal pengambilan makanan manis dan tinggi gula walaupun anda mengidam. Jika anda banyak makan makanan yang manis, maka anda juga perlulah rajin memberus gigi anda ya.
✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan gigi paling baik dilakukan ketika di peringkat awal (3 bulan pertama) kehamilan, manakala rawatan pergigian pula paling disarankan untuk dibuat ketika trimester kedua (bulan ke-4 sehingga ke-6) kehamilan.
Sememangnya wanita yang mengandung berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perubahan dari segi fizikal, emosi serta mental. Namun untuk memastikan perubahan-perubahan ini tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan termasuk kesihatan gigi anda, maka anda haruslah sentiasa menjalani rutin serta gaya hidup yang sihat.
Dan sebagai seorang suami yang prihatin, sentiasalah memantau perkembangan isteri anda dan bawa mereka ke klinik pergigian untuk pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan gigi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kesihatan gigi yang baik bukan sahaja penting untuk ibu mengandung, malah turut dapat mempengaruhi kesihatan bayi di dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pada Khamis yang lalu, 18 Jun jam 5.20 petang, Pelakon Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suami kepada Mia yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam posting tersebut juga, Izham turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat isterinya itu.
“Salam…Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (Khamis, 18 Jun).
“Terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya ringkas
Jika sebelum ini, Mia Ahmad dan pasangan berkongsi mengenai jantina cahaya mata kedua mereka itu, namun dalam satu entri terbaru pelakon tersebut ada memuat naik sebuah video yang memaparkan gender anak keduanya, iaitu seorang bayi perempuan.
Dengan kapsyen yang cukup ringkas, Mia mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi dengan kurniaanNYA dan mengalu-alukan kepulangan cahaya mata yang baru dilahirkan itu.
“Subahanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar… Welcome home babygirl,” tulisnya.
Mengintai ke ruangan komen Instagram milik Mia Ahmad, ramai rakan-rakan artis dan juga peminat yang berkongsi kegembiraan tersebut. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan Mia dan anak yang baru dilahirkan.
Lebih kurang seminggu lebih sebelum bersalin, Mia ada memuat naik beberapa gambar dan juga video majlis Baby Shower yang dianjurkan oleh famili JDT, iaitu rakan-rakan sepasukan suami serta isteri masing-masing.
Memilih tema berwarna putih dan hitam, pelbagai aktiviti menarik turut diselitkan sepanjang majlis berlangsung.
“Selain dari bersyukur dengan kejayaan Malaysia dan frontliners, tersangatlah bersyukur punya suami dan teman-teman that I can call my family here in JB yang sangat caring dan pemurah.
“Ya Allah, I couldn’t ask for more. Thank you so much for throwing me a baby shower. What a beautiful loving way to welcome the baby.
“Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Allahumaamin” tulisnya.
Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan anak sulung, Safy Issa pada 28 September 2018.
Tahniah dengan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga Mia dan Izham. Semoga dengan kehadiran si kecil ini melengkapkan lagi kehidupan keluarga selebriti ini.
Sumber: IG Mia Ahmad & Twitter Izham Tarmizi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.