Nak Putus Susu, Janji Bawa Mateen Tengok Shark. Tapi Ameera Tak Sampai Hati, Akhirnya Kalah Juga…

Share

Bukan mudah seseorang ibu mahu bercerai susu dengan anak. Apatah lagi selepas sekian lama menjadi ‘sumber minuman’ kepada anak, sampai waktu untuk menghentikannya memang tak sampai hati. Begitu juga situasi yang dialami oleh pengacara jelita, Ameer Zaini. Mengakui proses bercerai susu adalah normal dilakukan para ibu, dia turut berkongsi tip terbaik dalam fasa bercerai susu.

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, salah satu kaedah untuk memujuk anak daripada rajin ‘melekap’ adalah dengan memberi ganjaran.

Menurut Ameera, dia pernah terbaca info jika mahu memujuk anak untuk wean off, harus ada perjanjian antara kedua-dua belah pihak. Ibu harus beri ganjaran jika anak memberikan kerjasama. Memandangkan anaknya itu sukakan haiwan laut, Meera berjanji untuk membawa Mateen melihat ikan jerung. Pada awalnya Mateen bersetuju, tetapi Meera jadi tak sampai hati bila anaknya mula mengigau ketika tidur.

Katanya tak sampai hati bila lihat Mateen terjaga setiap malam pada waktu kebiasaannya dia menyusu. Kemudian seperti memujuk dirinya, dia tidak minta susu tapi mahu tengok jerung. Naluri seorang ibu, Meera merasakan anaknya seperti mengingatkan diri sendiri, mahu susu Mommy tapi nanti tak boleh tengok shark. Melihatkan keadaan anaknya itu, Meera jadi tak sampai hati. Sudahnya, kalah juga.

Banyak mendapat sokongan, rata-rata pengikutnya turut berkongsi cara mereka menceraikan susu badan daripada anak-anak.

Pa&Ma doakan yang baik-baik untuk Ameera dan Mateen. Good luck to the both of you!

 

Sumber: Ameera Zaini

IKLAN