Proses kehamilan menjadi detik terindah bagi semua ibu. Biarpun penuh onak dan duri selama sembilan bulan, pelbagai ragam namun itulah detik paling membahagiakan wanita.
Pempengaruh media sosial, Syamimi yang cukup disenangi dengan aura positifnya di Tik Tok tidak terkecuali melalui detik indah ketika mengandungkan anaknya, Malik empat tahun yang lalu.
Berkongsi kisah kehamilannya dalam satu sesi bersama Pa&Ma, jelas ibu yang sentiasa dengan aura positif ini ia adalah perjalanan yang paling membahagiakan.
Walaupun diketika itu hidupnya tidak senang seperti orang lain, namun dia melalui detik kehamilannya dengan baik.
Kongsi Syamimi lagi, ketika mengandungkan Malik, dia ketika itu tidak bekerja malah suami juga menjadi pemandu e-hailing yang membuatkan segala keinginan agak terbatas.
Malah akui Syamimi lagi, disebabkan kekangan kewangan waktu itu, dia memadamkan hasratnya untuk melakukan imbasan bayi sekaligus tidak pernah mengetahui jantina bayi di dalam kandungannya.
“Sebenarnya saya tak tahu apa jantina anak saya sebab masa tu pendapatan kami hanya bergantung kepada suami sebab saya tak bekerja. Suami pula bawa Food Panda.
Ads
“Jadi nak scan 6D atau 4D tu memang kami tak mampu.
“Pergi ke Klinik Kesihatan mengharapkan saya boleh nampak jantina anak saya waktu itu tapi tak boleh nampak.
“Masa dalam operation theatre tu doktor tanya nak tengok anak ke, jadi waktu itulah baru saya tengok anak saya,” kongsi Mimi bercerita.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dek kerana tidak tahu jantina anak, dia dan suami membeli peralatan bayi berwarna putih sahaja.
Ads
“Waktu itu saya beli warna selamat, putih atau krim sahaja,” katanya lagi.
Malik bagi kekuatan masa hamil
Ketika ditanya momen sewaktu hamil, Syamimi berkongsi kisahnya ketika mahu mengambil gambar bayi yang sedang bergerak dalam perut.
“Bila saya nak ambil gambar perut tengah bergerak dia terus akan diam. Jadi setiap kali nak ambil gambar mesti tak jadi.
Ads
“Tapi bila saya duduk santai, relaks atau tengah mengaji ke barulah dia bergerak.
“Tapi yang paling ketara sekali kalau saya sedih, saya boleh rasa dalam perut seolah-olah Malik cakap pada saya, “Mama jangan sedih. Mama you have to be strong”.
“Jadi saya rasa waktu itu kekuatan Malik datang dari saya dan dalam masa yang sama, saya pun bagi kekuatan itu pada dia juga dalam perut. Itulah momen yang paling saya tak boleh lupakan,” ceritanya lagi.
Syamimi yang diundang bersama sesi video Pa&Ma turut sama ditemani suami dan anak kesayangannya, Malik.
Sebagai bakal ayah mesti teruja bila tahu isteri anda sedang mengandung apatah lagi kalau ia adalah kandungan anak pertama.
Tapi di sebalik kegembiraan tersebut apakah yang patut dibuat oleh bakal ayah untuk sama-sama melalui fasa kehamilan yang dilalui oleh bakal ibu?
Adakah sekadar rasa bergembira dan seronok kerana bakal mendapat cahayamata? Ada suami yang tak terfikir apa sepatutnya dia lakukan untuk membantu isteri yang kadangkala melalui fasa ‘teruk’ di awal kehamilan.
Untuk pengetahuan, isteri anda yang baru disahkan mengandung kemungkinan akan mengalami alahan teruk, perubahan hormon dan emosi yang tak dijangka.
Ketika fasa ini, suami kena faham dan beri sokongan kepada isteri. Jangan label isteri mengada-ngada atau lembik. Kalau tak tahu nak tolong apa, kehadiran anda di sisinya dah cukup buat isteri rasa kuat.
Perkongsian daripada seorang suami yang juga ayah, Encik Sharafuddin mengenap apa yang patut dibuat oleh suami ketika melalui fasa kehamilan isteri patut dijadikan panduan.
TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL
Kehadiran suami sepanjang isteri mengandung sangat penting
1. Jangan pulang kerja terlalu malam
2. Jangan merokok. Nikotin sangat buruk untuk janin dan isteri.
3. Jangan menonton TV terlalu banyak.
4. Berilah perhatian ekstra pada isteri. Ketika berada di luar, telefon atau hantar whatsapp untuk sebagai tanda prihatin kepada isteri.
5. Bantulah isteri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga.
6. Jangan kerap tinggalkan isteri sendirian tanpa ada teman. Isteri hamil cenderung menjadi lebih sensitif dan mudah stress.
7. Jangan mengucapkan hal yang sensitif mengenai berat isteri yang bertambah akibat kehamilan. Tetapi mulalah belikan isteri baju hamil yang cantik-cantik
8. Ketika memandu kereta bersama isteri, jangan laju-laju atau sebaiknya sangatlah perlahan jika melalui bonggol jalan.
9. Jangan biarkan isteri anda pergi ke klinik sendirian. Pergilah bersamanya untuk check up bulanan atau mingguan.
10. Pada waktu melahirkan, jangan tinggalkan isteri sendirian. Ambillah peluang ini melihat sendiri kelahiran anak anda, disamping dapat beri sokongan moral kepada isteri.
Kalau dia sihat dia takkan minta tolong urutkan pinggang. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat.
Dia…. isteri tuan yg hebat. Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut tapi dia tetap buat. Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan. Dia adalah isteri tuan. Amanah dari Allah buat tuan.
Jadi suami-suami kalau si isteri kata nak cari supplemen tambahan untuk bagi tenaga,
– untuk hilangkan rasa alahan
– untuk mengelakkan HB rendah
– untuk elak sembelit
– untuk ikhtiar mudah bersalin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meransang bayi dalam kandungan memang bermanfaat untuk perkembanganya. Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan kepada ibu hamil lain.
Puan Syakila Amarudzi, 22 tahun,yang muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 6bertajuk Rangsang Bayi Dalam Rahim yang ke udara pada 16 April 2019 berkongsi tentang beberapa cara yang digunakan olehnya untuk merangsang bayi sulungnya, Muhammad Eusoff Alfie ketika dalam kandungan.
PERKEMBANGAN OTAK & BONDING DENGAN ANAK
“Sebab utama saya melakukan rangsangan kepada bayi ialah untuk memastikan perkembangan otak dan mata anak berkembang dengan baik. Saya pasti semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Kedua, saya nak cipta bonding dengan anak oleh kerana semasa tempoh kehamilan, saya berjauhan dengan suami kerana masih belajar,” kata ibu muda ini.
Selepas lahir, Eusoff ceria dan aktif.
TEKNIK FLASHLIGHT, MUZIK & AYAT AL-QURAN
Mengulas mengenai teknik yang digunakan,Syakila menggunakan teknik flashlight untuk merangsang penglihatan bayinya. Dia juga turut membaca buku cerita dengan intonasi yang menarik.
“Saya juga turut mendengar muzik yang mempunyai tenaga positif serta memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran. Saya juga turut berinteraksi dengan bayi sambil merangsang pergerakan bayi,” kata ibu yang berkelulusan Ijazah Pendidikan Matematik ini.
WHERE’S MY BOY?
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ibu ini ialah apabila dia berhadapan situasi genting dalam peperiksaan. “Saya lupa dan hampir “blank” ketika menjawab final sedangkan saya sudah study kesemua topik. Mungkin anak saya serap apa yang saya study?”
Antara momen yang paling menyentuh hati Syakila ialah apabila di kecil dalam kandungan memberikan respons. “Yang menyentuh hati saya, apabila saya down,saya akan ulang soalan dan dia akan memberi tindak balas seperti menendang seolah-olah tahu apa yang saya sedang rasai.”
Selain daripada rangsangan-rangsangan ini, si kecil dalam kandungan juga mendapat rangsangan lain apabila ibu ini terlibat dengan kelas taekwondo sepanjang kehamilan.
Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangsangan yang diberikan ibu ini kepada bayinya serta tips daripada pakar, tonton siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma 16 April 2019, 9 malam ini di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lagi, pasangan instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.
Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja yang dilakukan bakal ibu ini untuk anak kecilnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
Paling menarik pastinya kesungguhan dan kegigihan Maryam menyiapkan pakaian buat bayinya itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul empat pagi.
Menerusi Instagram, Durian Kimchi, rata-rata pengikut kedua pasangan ini memuji usaha dan kegigihan Maryam yang bakal melahirkan bayi perempuannya tidak lama lagi.
“Pukul 4 pagi masih lagi menjahit topi untuk bakal anak perempuan kami.
“Bertuahnya anak perempuan bapak ni, dapat omma suka menjahit,” tulis Ryzal di kapsyennya.
Video yang direkodkan jam empat pagi itu bukti kegigihan Maryam buat bayi sulungnya kelak. Bukan hanya topi bahkan Maryam turut menyiapkan sarung kaki dan juga sarung tangan yang cukup comel.
Malah menerusi Instagramnya, Maryam turut menyatakan ia merupakan hadiah dan tanda kenangannya buat anak sulung tersayang mereka.
“First present for my baby as a mother❤.
“Buat sendiri lagi meaningful, 25 weeks 6 days D -99days,” tulis Maryam lagi.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @duriankimchi & @maryamyunrrr
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.