Jika isteri yang melalui proses pembedahan ketika melahirkan anak terasa akan sakitnya, namun suami yang berada disisi turut sama terkesan.
Melihat isteri dibelah perutnya untuk mengeluarkan ketiga-tiga cahaya mata mereka menjadi detik paling menyentuh hati buat pengacara televisyen, Haziq Husni.
Haziq yang dipilih sebagai penerima Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 turut berkongsi detik mengharukan itu. Momen paling bermakna bagi dirinya.
“Saya bertuah sebab dapat masuk dalam operation czer, sebab isteri saya tiga-tiga anak czer.
“Anak pertama tak dapat masuk, alhamdulillah anak nombor dua dan tiga saya dapat masuk dalam labour room. Saya dapat tengok macam mana dia menahan sejuk dan menahan kesakitan untuk melahirkan bayi kami.
“Masa tu saya memang sudah tak fikir apa, memang rasa kasihan sangat dan cuba bayangkan kalau saya ada ditempat isteri.
Ads
“Potong tujuh lapisan perut dan jahit, nak sembuh balik bukanlah senang. Banyak perjalanannya lepas itu.
“Apa yang saya rasa, sayang saya semakin bertambah diketika itu. Mungkin lebih dari 3000 peratus untuk isteri saya,” luahnya.
Berhenti jadi penyampai radio jaga isteri pantang
Haziq yang juga seorang bapa yang ceria turut berkongsi tip buat bapa yang bakal melalui tempoh berpantang dengan isteri.
Ads
Malah Haziq sendiri nekad untuk berhenti menjadi penyampai radio bagi memberi perhatian kepada anak ketiganya bersama isteri selain turut mempunyai perancangan lain diketika itu.
“Rasanya semua isteri harapkan satu perkara sahaja dari suami, isteri ini tak adalah nakkan benda-benda tapi apa yang isteri mahukan suami berada di sisi sepanjang berpantang.
“Waktu itu saya rasa saya kena ada dengan isteri. Masa anak ketiga saya buat keputusan untuk berhenti dari jadi penyampai radio untuk membantu isteri saya berpantang.
“Itulah pengorbanan saya dan saya fikir itulah waktu terbaik untuk saya lebihkan masa dengan anak-anak sebab saya fikir macam mana isteri saya nak handle lagi dua anak dikala dia berpantang.
Ads
Jadi saya rasa itulah satu keputusan dan pengorbanan yang terbaik untuk keluarga saya,” ujar Haziq lagi berkongsi.
Baru sahaja lepas kemas rumah 5 minit, tiba-tiba anak sepahkan balik. Tarik nafas dalam-dalam si mama dan papa tengok rumah bersepah. Bukan tak kemas rumah, bukan pemalas tapi anak-anak yang sedang membesar seronok meneroka dalam rumah.
Mungkin ada mulut yang berkata-kata “sepahnya rumah dia” ataupun “nampak tak buat apa pun itu yang rumah dia asyik bersepah” tapi disebalik rumah yang disepahkan anak-anak itu sebenarnya anak dia sangat bijak. Namun, jika anda mempuyai anak yang sudah mencecah 2 tahun anda perlu mengajar dia selepas sepahkan kena kemaskan rumah. Jangan dibiarkan sikap tersebut sehingga dia dewasa. Untuk lebih penjelasan, kita baca apa kata pakar.
“TAK PANDAI KEMAS RUMAH KEEE???” 😪
Kalau ada yang tanya soalan di atas, tolong “invite” masuk group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? . Baru dia tahu langit tinggi atau rendah 😎
Dulu sebelum saya masuk dalam bidang terapi, saya pun pernah tertanya.
“Macam mana boleh biar je anak conteng dinding?”
“Macam mana boleh terlepas bagi anak main alat solek?”
“Macam mana rumah boleh jadi huru hara?”
“Mak bapak tak pantau anak ke?”
Tapi itulah realitinya, anak seorang pun dah boleh menghuru harakan rumah kita. Tak perlu tunggu anak ramai 😂
Kalau rumah yang ada anak normal pun dah macam itu, apatah lagi rumah yang ada anak istimewa. Saya pernah ada klien yang ada anak autisme cerita yang rumahnya tak ada apa-apa pun, di ruang tamu kosong sehinggakan TV pun tak ada. Mana kan tidak,
Lapik tikar getah rumah pun anak cabut buat main.
Pen sebatang tertinggal dah boleh buat 1 sisi dinding terconteng. ✍🏾
Mak ayah basuh tangan 5 saat, anak dah tabur nasi 1 ruang meja makan. 🍚
Setiap kali beli tv mesti anak pecahkan. 😫
Kabinet dapur yang berat dan tinggi pun boleh roboh dibuatnya, mujur sangat anak sempat selamatkan diri. 🧘♂️
Di pusat terapi saya juga tidak lari dari sepahan anak-anak didik, pernah juga berlaku episod:
1. Anak korek tahi sendiri dan makan. 💩
Ya, makan!
Memang ada isu ini sejak sebelum dapatkan bantuan terapi. Akhirnya, kami minta mak ayah pakaikan baju renang zip belakang badan ataupun sediakan tali pinggang supaya anak tak boleh masuk tangan dalam diaper baru selesai masalah.
2. Anak membuang air besar di diaper, sejurus selesai membuang terus calit semua “hasilnya” di dinding. 😭
Kes ini, memerlukan kehandalan deria baru mak ayah dan Teachers. Saat lepas habis membuang terus kena tukar diaper. Sesaat pun tak boleh lepas!
3. Anak buka zip bean bag yang digunakan semasa terapi. Habis 1 ruang terapi penuh “benda alah” putih itu. 🤯
Sesiapa yang pernah berada di situasi ini pasti tahu keazaban nak kutip “benda alah” putih itu. Azab! Akhirnya, semua bean bag kena jahit di bahagian zip. Bila anak cuba buka zip tak boleh, Teacher yang zip akan tersenyum lebar.
4. Anak obses dengan label barang-barang.
Habis nak berebut semua benda. Sabun basuh pinggan, sabun mandi atau benda yang berlabel kena buka label kalau tak mahu anak bawa dan cium label ke hulu ke hilir.
5. Anak makan semua benda termasuklah bekas bungkusan plastik. Paling suka getah tempe! 😱 Ya MAKAN, bukan tersalah baca ya. Kami terpaksa jauhkan anak ini dari segala benda. Perlu 100% pantauan, tak boleh terlepas walaupun 1 saat.
Ini baru 5 episod, tiap-tiap hari berdepan dengan episod lain-lain. Kadang-kadang terfikir, kami yang baru berdepan berapa jam pun dah macam ini. Macam mana mak ayah di rumah?
Memang tak dapat bayang. Tapi nak buat macam mana, itulah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bila dah jadi mak ayah.
Disebalik rumah yang bersepah, terdapat makhluk kecil yang sedang berusaha mengembangkan otaknya sendiri.
Kena pilih, nak rumah bersepah tapi otak anak berkembang ataupun rumah tak bersepah tapi perkembangan anak terbantut?
Jangan terkejut kalau saya kata terbantut, sebab anak suka buat sepah itu adalah NORMAL bagi anak umur bawah 3 tahun. Paling ekstrim semasa umur 1-2 tahun, fasa dimana anak dah mula aktif kesana sini dan pantang lihat barang terkemas. Waktu ini normal anak RIMAS
– Barang dalam bakul.
– Barang dalam almari.
– Baju terlipat.
– Barang dalam kotak.
– Barang dalam beg.
Normal juga anak MARAH kalau kita kemas, sebab waktu ini anak rasa bila kita mengemas masuk benda dalam bakul, almari, beg atau kotak, barang itu HILANG selama-lamanya. Ada anak yang boleh menangis macam kena dera setiap kali mak ayah mengemas mainan dia 😂
Inilah dipanggil skil “object permanence” masih dalam pembinaan. Biasanya umur 2-3 tahun, skil ini akan mula berkembang dan barulah anak redha bila mak ayah mengemas ataupun dia pun akan mula belajar kemas mainan.
Saya pernah ada kes anak lewat bercakap, mak ayah dengan bangganya beritahu:
“Anak saya baik, tak pernah buat sepah, conteng dinding dan boleh dengar kata cuma masalah bercakap”
Bila dah buat terapi, deria-deria anak sudah “dibangunkan” barulah mak ayah tersebut tahu yang dia tidak lari dari masalah rumah bersepah dan biasanya saya akan pesan awal-awal untuk lakukan persediaan. Bila mak ayah layankan sepahan anak, tiba-tiba semua komponen perkembangan anak meningkat.
Tapi sepah-sepah juga, jangan abaikan keselamatan keselamatan dan kebersihan. ⚠️ Mohon:
1. Elakkan beri anak main tali yang 12 inci ke atas untuk elak anak terjerut. ⛔
2. Untuk anak yang masih masukkan benda dalam mulut, jangan beri anak main mainan yang lebih kecil dari saiz mulutnya. Boleh cuba masukkan dalam ruang silinder bekas tisu tandas. 🚫
3. Belon atau bekas plastik, jangan beri anak main tanpa pantauan. Simpan di tempat yang anak tak boleh capai sebab sudah banyak kes anak tercekik ataupun lemas disebabkan ini. 👶
4. Pisau, cecair pencuci, bahan api atau mudah terbakar mohon sorokkan dari pandangan anak. Letak di kabinet berkunci.
5. Bedak talkum sebenarnya bahaya untuk anak, ramai pakar kanak-kanak tak sarankan anak guna bedak talkum sebab risau habuk-habuk bedak masuk dalam saluran penafasan anak dan boleh buat penafasan tersekat dan risiko kanser paru-paru. ⚠️
6. Jangan beri anak main lidi, kayu panjang, straw ataupun apa-apa yang panjang dan tajam tanpa pantauan. Risiko tercucuk mata atau anak letak. Dulu pernah jiran saya tercucuk anak tekak sebab menyanyi dan buat mikrofon guna lidi. Seriau! 😨
7. Pastikan balkoni atau tingkap sentiasa tertutup jika tidak ada gril. 🏢
Tapi itulah, bila nak cerita bahaya. Anak main selimut pun bahaya. Anak-anak pun panjang akal, ada sahaja projeknya. Maka, jalan terbaik adalah usaha dahulu, tawakal kemudian.
Sebab itu, saya tak pernah judge rumah orang bersepah. Sebab rumah saya pun selalu bersepah! Bila ada orang nak datang, kelam kabut kemas. Bila rumah terkemas, tak ada pula orang nak datang. Masalah mak anak kecil seantero dunia. 😂
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah pendidikan. Seboleh-bolehnya, kita mahu anak selesa dan cepat ‘tangkap’ apa yang mereka pelajari. Ada sesetengah ibu bapa yang mendaftarkan anak ke kelas tambahan bagi memastikan anak muda belajar. Kebanyakan kelas tambahan sekarang diadakan secara atas talian dan kadang-kadang menyebabkan kesukaran untuk anak memahami subjek yang diajarkan kepada mereka. Apabila belajar atas talian sangat penting untuk anak dapat ‘adapt’ manakala ibu bapa pula boleh memantau kemajuan mereka dalam setiap subjek termasuklah bahasa asing.
Bagaimana untuk memantau kemajuan berorientasikan kanak-kanak dan bernilai kepada ibu bapa? Ketua Pegawai Eksekutif Novakid Max Azarov dan Pengarah Pengajian Amy Krolevetskaya berkongsi pengalaman mereka. Ubah pemantauan kemajuan menjadi pembelajaran bersama dan masa berkualiti dengan anak anda Memiliki sikap untuk belajar adalah salah satu elemen pembelajaran sepanjang hayat, konsep yang dapat dilihat dan diterapkan dari perspektif yang berbeza: Profesional, peribadi tetapi juga dalam keluarga. “Belajar bersama anak anda! Proses pembelajaran bersama membantu membina semula model peranan ibu bapa dan anak dan beralih dari cara tradisional Saya memantau kemajuan akademik anda dan menguji anda untuk Kita belajar daripada satu sama lain dan menerokai dunia bersama-sama”, kata Max Azarov, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas untuk platform Novakid ESL dan bapa kepada 3 orang anak. Dengan pendekatan ini, kawalan kemajuan digantikan dengan minat dan sifat ingin tahu dalam kejayaan kanak-kanak dan penglibatan secara langsung dalam proses tersebut. Ibu bapa juga dapat belajar banyak perkara daripada anak-anak mereka.
“Jika ibu bapa dan anak-anak mereka menggabungkan kemahiran mereka, mereka boleh menjadi satu pasukan: menjadi lebih baik, belajar lebih baik dan berseronok. Contohnya pembelajaran bersama adalah ketika ibu bapa bersama anak-anak mencuba permainan digital. Anak-anak secara naluri lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Sebaliknya, ibu bapa mungkin lebih reflektif, dan kadang-kadang juga dapat mengesan beberapa masalah, perangkap, seperti bahaya dalam talian. Mereka perlu menerima bahawa setiap dari mereka mempunyai kelebihan tersendiri di dalam sesuatu perkara’, kata Amy Krolevetskaya, Pengarah Pengajian di Novakid. Sebaliknya, pembelajaran bukan sahaja mengenai pengetahuan sebagai perkara utama, tetapi juga mengenai pendekatan dan format pembelajaran baru. Sekiranya kita bercakap mengenai pembelajaran bahasa asing, maka kurikulum sekolah ibu bapa 20-30 tahun yang lalu sangat berbeza dengan format moden yang tersedia untuk kanak-kanak hari ini – platform digital, program ESL berasaskan permainan dan kaedah yang fokus kepada pertuturan. Belajar untuk belajar semula adalah sisi lain dari pembelajaran bersama. Cipta ruang selamat untuk hubungan: menjadi diri anda sendiri dengan anak anda dan menarik kepada pengalaman dan emosi mereka Sentiasa dekat dengan anak anda semasa mereka belajar menjadikan mereka selesa ketika pembelajaran. Kepercayaan dan komunikasi berterusan adalah komponen yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Tanpa dua asas ini, terdapat risiko salah faham dan halangan dalam komunikasi antara anak dan ibu bapa.
Soalan yang seringkali ditanyakan Apa yang kamu belajar di sekolah pada hari ini? boleh mengelirukan, kerana bagi kanak-kanak itu sendiri, proses pembelajaran adalah lebih penting daripada hasil. Sebaliknya anda tanya jika mereka berminat dengan pelajaran itu, jika mereka menyukai topik itu atau jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya pada masa lapang mereka”, kata Max Azarov. Adalah sangat penting untuk dapat bertanya soalan, menjadi kreatif, dan menarik emosi dan pengalaman. Minat untuk belajar bukan diukur dengan bilangan peraturan yang dipelajari, tetapi dengan rasa ingin tahu dan pandangan penuh minat seorang kanak-kanak. “Kebanyakkan ibu bapa terus kepada soalan yang mereka ingin tahu, tetapi ideanya adalah untuk mengetahui sedikit kehidupan seorang anak, tetapi dalam perspektif yang berbeza. Ia bukan tentang menjadi penyoal siasat, anda perlu berada di sana, untuk mudah didekati. Mencipta ruang untuk hubungan adalah strategi yang baik. Ketahui apa yang anak anda sukai dan cuba masuk ke dunia mereka. Cari aktiviti yang menarik untuk anda berdua dan lakukannya, praktikkannya, bincangkan mengenainya”, tegas Amy Krolevetskaya. Berusaha untuk menjadi pihak ketiga dalam model pembelajaran digital: mengambil bahagian dalam proses dan bersikap proaktif Begitu juga pembelajaran luar talian, e-pembelajaran memerlukan keibubapaan proaktif yang berterusan. Peranan ibu bapa tidak boleh terhad kepada “pemerhatian luar” dan “penilaian keputusan”. Untuk membolehkan ibu bapa mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris, platform ESL Novakid telah membangunkan akaun khusus untuk ibu bapa. Ia adalah ruang untuk komunikasi antara guru, sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa, dan sistem navigasi yang mudah untuk jadual, kandungan kursus, bonus dan langganan. “Komen guru berkenaan perkembangan anak dalam setiap kelas boleh dilihat dalam akaun peribadi, ada juga ruangan chat dengan pihak sokongan sekolah Novakid. Segala cadangan daripada ibu bapa pelajar diambil kira. Kami sangat memerlukan maklum balas dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran”, ulas Max Azarov.
Jom, tonton video ini!
Dalam bahagian “pencapaian”, anda boleh melihat kemajuan anak anda dalam program kursus, mengetahui topik pembelajaran yang seterusnya dan kerja rumah. Perpustakaan ini mengandungi buku mewarna, video dan bahan tambahan untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Novakid menyarankan membuat kerja rumah, bermain permainan pendidikan bersama-sama dengan anak anda. Kongsi pengalaman pembelajaran untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, menghiburkan dan berkesan untuk kedua-duanya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya sentiasa berdoa wabak COVID-19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu,” kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID-19.
Noradilah Rani, 33, berkata selepas kematian suaminya, Mohammad Yusof Haron, 34, pada 17 Mac tahun lalu akibat pendemik COVID-19, tanggungjawab membesarkan enam anak berusia setahun hingga 11 tahun digalas sepenuhnya.
Noradilah yang sebelum ini hanya seorang suri rumah berkata, beliau seperti menerima tamparan hebat apabila suaminya meninggal dunia akibat dijangkiti wabak itu.
Katanya, selain Allahyarham suaminya, beliau bersama empat anaknya, turut dijangkiti wabak itu, namun mereka kembali pulih selepas dikuarantin selama lebih dua minggu.
Berniaga kecil-kecilan sara 6 anak
Beliau kini berniaga ayam gunting dan minuman secara kecil-kecilan di Jalan Antoi, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Jun lalu, juga mahu bangkit bersama semangat baharu bagi membesarkan enam anaknya.
“Walaupun terasa perit kerana kini perlu menjadi nadi keluarga, saya akan terus berusaha meningkatkan pendapatan keluarga dengan sedikit bakat memasak yang dikurniakan Allah.
“Saya tidak menjangka wabak ini akan berlarutan sehingga dah genap setahun (24 Januari) dengan kehidupan kita sudah berubah mengikut norma baharu sepanjang masa.
“Selain berniaga ayam gunting dan minuman secara kecilan, saya juga akan mula menghasilkan biskut dan roti bagi jualan sebagai menambah pendapatan.
“Alhamdulillah, kerajaan Johor ada menyumbang oven dan pembancuh kuih dan roti bagi saya memulakan perniagaan membuat kuih dan roti.
“Saya juga bersyukur kerana permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah diluluskan bagi menambah pendapatan perbelanjaan membesarkan anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi.
Suami pesakit Covid pertama meninggal dunia di Johor
Pada 17 Mac lalu, suami Noradilah, Mohammad Yusof, meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 dan dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bahru.
Mohammad Yusof adalah pesakit COVID-19 pertama meninggal dunia di Johor dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Surau, Kampung Dato’ Hajah Hasanah, di sini.
Sementara itu, Noradilah turut berharap masyarakat patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama pemakaian pelitup muka.
Katanya, sebagai bekas mangsa yang pernah dijangkiti COVID-19 bersama empat anaknya, pengalaman berkenaan mengajarnya erti kesabaran selain memastikan SOP sentiasa dipatuhi.
“Saya masih fobia dengan wabak ini dan cukup menjaga anak-anak supaya tidak keluar rumah tanpa pemantauan atau sesuka hati,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!