Seperti pakai kanta lekap berwarna biru. Itu keistimewaan dua beradik dari Kampung Chenerai, Mukim Siong, Baling, Kedah sejak kecil apabila memiliki mata berwarna biru yang cantik se­perti memakai kanta lekap.

Pergi mana-mana semua orang perhatikan

Menerusi laporan Kosmo, Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12, dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan ia diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51.

Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai

Menurut Mohamad Safwan, sejak kecil mereka sentiasa menjadi perhatian dan orang ramai sering memperhatikan matanya sekiranya dia keluar ke kedai dan bandar.

“Mata saya dan kakak jadi perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar. Kami tidak tolak dan biasanya akan bergambar dengan mereka.

“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak kecil lagi yang mana ibu dan bapa sering nasihat supaya sentiasa merendah diri dan baik dengan semua orang,” katanya.

Katanya, dia juga gembira ke­rana semua rakan di sekolah dan kampung ini serta guru sangat baik dan tidak pernah membezakannya dengan orang lain.

Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai

Mewarisi mata seperti ayah 

IKLAN

Ibu mereka, Eshah Md. Hassan, 44, berkata, hanya anak kelima dan keenam iaitu Umi Aqilah dan Mohamad Safwan dilahirkan dengan sepasang mata berwarna biru.

“Dua beradik ini mewarisi mata suami saya yang juga memiliki sepasang mata berwarna biru sejak dilahirkan, manakala empat lagi anak kami mempu­nyai warna mata normal seperti kebanyakan orang.

“Saya pernah ditegur seorang peniaga kerana memakaikan anak yang masih kecil dengan kanta lekap kerana ia boleh me­rosakkan mata,” katanya.

Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai

Tiada masalah penglihatan

Menurutnya, dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan mereka dapat melihat serta membaca seperti biasa.

IKLAN

“Cuma, Umi Aqilah mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dan kini belajar di Sekolah Menengah Sungai Layar (Pendidikan Khas), manakala Mohamad Safwan tiada sebarang masalah kesihatan,” ujarnya.

Tambahnya, warna anak mata suaminya sama seperti Mohamad Safwan berbanding Umi Aqilah yang nampak lebih jernih warna birunya.

Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai

Genetik nenek moyang 

Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Aishah Ismail, 75, berkata, Ahmad Zailani merupakan anak kedua daripada empat beradik dan hanya dia seorang sahaja bermata biru.

IKLAN

“Mereka tiga beranak yang mendapat mata biru ini berkemungkinan daripada keturunan moyangnya iaitu nenek saya dan nenek saudara saya yang juga bermata biru tetapi mata mereka tidak sejernih atau biru seperti anak dan dua cucu saya ini.

“Mata saya dan ibu saya juga ada sedikit warna biru tetapi tidak ketara seperti mereka bertiga,” ujarnya yang mempunyai 14 orang cucu dengan dua orang sahaja yang bermata biru.

Kredit: Kosmo Online

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI