Setiap kali kalau mama papa keluar beli keperluan rumah, mesti banyak berhabis kan? Maklum sajalah, banyak yang perlu dibeli supaya semuanya lengkap dan dapat memenuhi keperluan seisi keluarga. Namun, harga barangan sekarang semakin mahal dan setiap kali berbelanja pasti memakan kos yang besar. Kalau keluarga besar, lebih banyak modal yang ‘keluar’.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Walaupun begitu, mama papa tetap mahu menyediakan hanya yang terbaik buat anak-anak tersayang kan? Salah satunya adalah dengan memilih tempat untuk berbelanja yang menawarkan pelbagai barangan berkualiti degan jenama yang diyakini serta harga yang berbaloi.
Mahalnya Barang Dapur!
Antara barangan yang selalu dibeli untuk keperluan keluarga adalah barangan dapur. Memandangkan perlu beli stok supaya bekalan di rumah sentiasa cukup, perlu cari pasar raya yang menawarkan harga paling berpatutan.
Barang Bayi Pun Kena Beli
Selain itu, barangan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, tisu basah, pakaian dan sebagainya juga tidak murah. Jadi mama papa perlu bijak berbelanja dan mencari pasar raya yang menjualnya dengan harga berbaloi.
Barang Keperluan Pun Penting Juga
Bukan sekadar bekalan dapur atau barangan anak sahaja, ada masanya kita mencari keperluan yang digunakan seisi keluarga seperti sabun mandi, syampu, ubat gigi dan lain-lain. Juga perlu mencari tempat yang menjualnya dengan harga murah tetapi tetap berkualiti.
Semua masalah mama papa itu boleh diselesaikan dengan cara paling mudah. Macam mana tu? Ayuh, ke Lotus’s! Lotus’s merupakan pilihan terbaik kerana ia menawarkan rangkaian produk berkualiti dengan harga yang murah. Bagi mama papa yang mungkin tak mengenali jenama Lotus’s, ia dahulunya dikenali sebagai Tesco. Nak tahu apa yang bagus tentang Lotus’s?
Sumber foto: www.shutterstock.com
Produk-produk yang dikeluarkan oleh Lotus’s tidak perlu diragui kualitinya. Biarpun dijual dengan harga yang murah, namun kualitinya standing dengan jenama lain yang jauh lebih mahal. Seperti mana yang mama papa tahu, produk Tesco dahulu sememangnya bermutu tinggi. Begitu juga dengan barangan jenama Lotus’s bahkan rangkaian produk ini telah dinaiktarafkan untuk kepuasan pengguna.
Antara produk untuk seisi keluarga yang boleh didapati di Lotus’s adalah;
Ads
Jaga Kebersihan Dalam Fasa Endemik
Biarpun kita sudah beralih ke fasa endemik, tidak boleh ambil ringan soal kebersihan terutamanya jika terpaksa keluar. Sebab itulah, mama papa kena dapatkan Lotus’s Disinfecting Multi-Surface Wipes 40s! Yang bagusnya, tisu pengelap ini dapat membunuh virus yang menyebabkan demam dan serangan selesema. Keberkesanannya menghapuskan sehingga 99.9% virus seperti Koronavirus, Influenza A, H1N1 dan pelbagai jenis bakteria menjadikan ia pilihan terbaik untuk mama papa yang mempunyai anak kecil.
Selain tisu pengelap, kita juga disarankan untuk mengutamakan kebersihan tangan bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19. Dengan itu, pilihlah sabun basuh tangan yang bukan sahaja membersih bahkan mempunyai haruman lembut. Aliv Senses Handwash mempunyai enam pilihan haruman iaitu Cherry Blossom, Sweet Pea, Peony, Wild Rose, Citron dan Ocenia. Tidak terlalu berbuih, tetapi mampu menanggalkan kotoran di tangan dengan berkesan dengan haruman lembut yang menyegarkan. Lebih menjimatkan, anda boleh beli pek isian semula. Kualitinya juga telah diperbaiki untuk memberi kepuasan di hati pengguna!
Bukan saja kebersihan tangan, kita juga perlu menitikberatkan soal kebersihan pakaian. Oleh itu, mama boleh dapatkan cecair pencuci pakaian Dazzling keluaran Lotus’s ini. Murah! Hanya RM18.99 untuk berat 4.1kg dan ia didatangkan dengan harumon duo yang memikat. Juga berkesan untuk menanggalkan kotoran degil dan menjaga kualiti pakaian seisi keluarga.
Si Manja Selesa Dengan Lampin Pakai Buang Berkualiti
Ads
Siapa kata lampin pakai buang tak bergaya? Si manja lebih comel dengan Cute & Care Baby Pants! Dengan variasi saiz (M,L,XL dan XXL), pasti bayi anda lebih selesa. Menggunakan material bermutu tinggi, kualiti lampin pakai buang jenama ini lebih tahan lama dan tak mudah bocor.
Bahkan Lotus’s telah menukar pengeluar bagi lampin pakai buang jenama ini. Kini, bayi kekal ‘kering’ dan kulit juga lebih sihat. Dengan harga mampu milik, harga lampin pakai buang ini hanya RM24.99 untuk jenis pants atau pita pelekat.
Ads
Makanan Sihat Seisi Keluarga
Mama atau papa yang sukakan makanan sihat juga boleh mendapatkan coleslaw jenama Lotus’s ini kerana kualiti dan profil rasanya telah ditambahbaik. Kini, coleslaw keluaran Lotus’s mempunyai keseimbangan rasa manis dan masamnya. Kalau mama papa makan coleslaw, anak-anak boleh makan bijirin dari Lotus’s kerana ia telah diformulasi semula dari segi ramuan untuk rasa yang lebih baik. Memang sedap!
Bukan itu sahaja buat mama yang suka menyediakan makanan untuk keluarga, pasti akan puas hati dengan ayam cincang keluaran Lotus’s ini. Harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik memang berbaloi! Tambahan pula ayam cincang ini telah dinaiktaraf dari segi kualiti dan ia lebih berjus.
Bukan sekadar produk-produk ini sahaja, bahkan Lotus’s akan mengeluarkan lebih banyak barangan di bawah jenamanya bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Yang pasti, setiap produk Lotus’s menjanjikan kualiti terbaik dengan harga berbaloi. Tunggu apa lagi, jom shopping di Lotus’s sekarang!
**Pemberitahuan: Harga mungkin akan berubah dari masa ke semasa
Apabila memilih klinik terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi anak-anak tersayang, ibu bapa pastinya akan mencari tempat yang dapat memberi rasa selamat dan yakin. Salah satu kriteria utama yang menjadi pertimbangan adalah kelayakan dan pengalaman doktor. Ibu ayah mahu memastikan bahawa anak mereka dirawat oleh pakar yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang kesihatan kanak-kanak.
Selain itu, kemudahan yang mesra kanak-kanak, seperti ruang yang selesa dan persekitaran yang ceria, juga penting bagi mengurangkan rasa takut atau cemas anak-anak semasa berkunjung ke klinik.
Tahniah kepada Klinik Hannah yang diasaskan oleh dua doktor berpengalaman, Dr. Atiqah Balqish Hamdan dan Dr. Toh Chi Lung kerana menerima pengiktirafan berprestij sebagai Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma sempena ulang tahun ke-24 Pa&Ma.
Anugerah ini adalah bukti kejayaan dan komitmen Klinik Hannah dalam memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada para pesakit, khususnya ibu dan anak. Klinik yang mula beroperasi pada 1 September 2022 ini, mempunyai visi yang jelas iaitu untuk menawarkan harapan dan memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Dengan pengalaman luas dalam bidang perubatan, Dr. Balqish dan Dr. Toh berkongsi matlamat yang sama iaitu memastikan setiap pesakit mendapat perhatian yang sewajarnya serta rawatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan mereka.
Visi dan Misi Klinik Hannah
Sejak penubuhannya, Klinik Hannah telah menekankan kepentingan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Klinik ini beroperasi dengan penuh dedikasi, memberikan pelbagai rawatan untuk ibu dan anak dengan sentuhan kasih sayang dan profesionalisme. Dr. Balqish dan Dr. Toh percaya bahawa perubatan bukan hanya mengenai ilmu, tetapi juga tentang empati dan hubungan yang baik dengan pesakit.
Dr. Atiqah Balqish Hamdan yang merupakan Pengasas Klinik Hannah
Misi Klinik Hannah adalah untuk menjadi salah satu klinik perubatan yang diyakini di Malaysia, dengan memastikan setiap pesakit, terutama ibu dan anak, mendapat rawatan yang terbaik, selamat, dan berkualiti. Klinik ini kini mempunyai satu cawangan, namun dengan sambutan yang luar biasa dari masyarakat, ia tidak mustahil untuk Klinik Hannah berkembang lebih jauh pada masa depan.
Servis berkualiti ditawarkan untuk memastikan keselesaan pesakit
SERVIS YANG DITAWARKAN
Pemeriksaan kehamilan.
Imbasan ultra bunyi kehamilan dan organ lain.
Pemeriksaan tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
Nebuliser dan sedut kahak.
Pemeriksaan jaundis.
Pemeriksaan kesuburan dan perancang keluarga.
Pembedahan kecil dan cucian luka.
Perubatan am dan rawatan kecemasan.
Cuci telinga.
Rawatan lutut.
Saringan kesihatan.
Pemeriksaan darah.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
Beroperasi 24 jam setiap hari.
Kesemua doktor adalah wanita. Doktor lelaki juga bersedia merawat sekiranya ada permintaan.
Enam orang doktor daripada latar belakang perubatan yang berbeza dan mempunyai pengalaman 8 tahun dan ke atas dalam bidang perubatan.
Kesemua staf yang bertugas mempunyai lulusan perubatan (medical assistant & nursing) dan terlatih.
Suasana klinik yang kondusif dan selesa untuk semua lapisan usia.
Bilik menyusu dan surau disediakan.
Cawangan Klinik Hannah yang beroperasi 24 jam
Komitmen Klinik Hannah untuk Masa Depan
Klinik Hannah terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka demi mencapai misi jangka panjang iaitu menjadi klinik perubatan yang diyakini dan dihormati di Malaysia. Klinik ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambahbaik kemudahan serta teknologi perubatan yang mereka tawarkan, agar dapat memberikan rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang datang.
Dekorasi yang cantik dan menenangkan di Klinik Hannah
Dengan sokongan daripada pelanggan setia dan pengiktirafan seperti Anugerah Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma, Klinik Hannah berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamatnya. Pasukan perubatan di Klinik Hannah berjanji untuk terus memberikan penjagaan yang penuh perhatian dan cemerlang, memastikan setiap ibu dan anak yang mendapatkan rawatan di sana akan berasa dihargai dan diutamakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Prihatin dengan permasalahan pelbagai virus yang menyebabkan pelbagai penyakit ketika ini, ibu bapa perlu meningkatkan aspek kebersihan dan pengambilan makanan berkhasiat supaya anak-anak tidak mudah dijangkiti selesema, batuk dan demam berpanjangan.
Selain selalu mencuci tangan anak dengan bersih atau menggunakan sanitizer, elakkan pergi ke tempat-tempat tumpuan ramai orang bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus.
Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak mesti dibiasakan makan makanan berkhasiat dan tinggi kandungan vitamin C supaya sistem imun badan mereka kuat untuk melawan jangkitan pelbagai kuman dan virus.
Buah-buahan dan sayur-sayuran antara makanan tinggi vitamin. Malah vitamin C antara vitamin yang diperlukan untuk mencegah selesema yang seharusnya dijadikan makanan wajib dalam menu harian anak-anak. Paling utama, rangkaian vitamin khususnya vitamin C dapat meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak kita. Jus Sunkist Pure Oren adalah pilihan yang disarankan bagi memenuhi keperluan vitamin C si kecil.
Oren Tinggi Vitamin C
Sebut saja mengenai vitamin C, kita akan terbayangkan sebiji buah oren. Buah oren sememangnya mengandungi tinggi vitamin C yang baik iaitu sekitar 70mg bagi setiap cawan. Manakala sebiji buah oren pula membekalkan secara purata 53.2mg vitamin C.
Bukan hanya tinggi vitamin C, malah buah oren juga kaya folat, kalium dan juga antioksidan. Bukan hanya buah bahkan kulit buah oren kaya dengan Vitamin A. Buah oren sememangnya cukup baik malah mampu meningkatkan sistem imun dan paling utama dapat melawan jangkitan seperti demam dan selesema. Sumber : www.healthline.com & www.rd.com
Namun bukan hanya buah oren, rangkaian buah-buahan dan sayur-sayuran lain juga memiliki khasiat malah jauh lebih tinggi daripada buah oren.
Pilih Jus Sunkist Oren
Jus Sunkist Pure Oren mengandungi tinggi kandungan vitamins A, C, E malah dihasilkan daripada jus buah oren yang sebenar serta tidak mengandungi sebarang bahan pengawet terlarang. Jadi ia pastinya minuman terbaik bukan hanya untuk anak bahkan seisi keluarga.
Sunkist Pure Pilihan Seisi Keluarga
Selain dijadikan minuman yang sihat untuk anak kerana ia mengandungi nutrisi yang kaya dengan vitamin, Sunkist Pure juga menjadi minuman wajib ada paling berbaloi untuk dimiliki. Setiap botolnya bukan hanya mengandungi lebih enam biji buah oren segar bahkan dihasilkan daripada buah oren terpilih dan terbaik. Malah ia merupakan jus oren terbaik yang mengandungi enam biji buah oren berbanding jus-jus lain di pasaran. Sunkist Pure juga mempunyai perisa gabungan Lemon dan Epal yang pastinya memberikan rasa yang sedap dan menyegarkan.
Gambar hiasan
Hidangan minuman ini bukan hanya mencipta bonding dalam keluarga bahkan ia merupakan pilihan kegemaran sekeluarga. Rasanya yang segar pastinya membuatkan kita merasa puas ketika minum terutama pada waktu cuaca panas.
Bukan sahaja ketika panas, malah Jus Sunkist Pure ini juga sesuai diminum sebagai sarapan pagi bersama sandwic dan sebagainya. Ia menyegarnya malah menjadi penghilang dahaga di kala kehausan.
Bengkel virtual Pa& Ma dengan kerjasama SSPN, E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya yang berlangsung pada 10 April 2021 (Sabtu) lalu berlangsung dengan jayanya.
Dengan kehadiran jumlah peserta seramai 50 orang yang aktif bertanyakan pelbagai soalan, bengkel virtual ini ternyata memberi banyak manfaat bukan hanya kepada peserta, bahkan buat seluruh pengikut Pa&Ma di Facebook.
Terdahulu, bengkel kerjasama Pa&Ma bersama SSPN ini diadakan bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Perkongsian dari panel jemputan, Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini berlangsung dengan baik.
Malah perkongsian menarik daripada beliau yang berkongsi tip untuk menabung paling mudah membuatkan peserta terasa dekat. Para peserta juga tidak putus-putus bertanyakan soalan untuk menyimpan buat anak-anak.
Perkongsian menarik daripada pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid juga tidak kurang hebatnya. Bukan hanya berkongsi cara mereka menyimpan buat dua anak mereka bahkan Raf dan Mawar juga sempat berinteraksi dengan pelbagai soalan dari pengikut Pa&Ma di facebook.
Selepas selesai perkongsian dari dua panel ini, peserta pastinya tidak sabar-sabar untuk mengikut kuiz dan hadiah cabutan bertuah yang sudah semestinya dinantikan oleh semua peserta.
Tujuh peserta bengkel menjadi peserta bertuah kerana berjaya memenangi dua hadiah kuiz dan juga lima hadiah Cabutan Bertuah. Mereka terdiri daripada Pn Sarah Syazwani dan Pn Nor Liza Md Amin yang memenangi Kuiz dan Pn Minang Flora Malindo Nurlin Allan, Nurul Nadia Satar, Hajar Hassan, Nor Suriani Muda serta Nor Liza Md Amin menjadi peserta bertuah kerana memenangi hadiah Cabutan Bertuah.
Hadiah-hadiah menarik seperti baucar penginapan dan percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi sudah semestinya menanti kesemua peserta ini. Tahniah diucapkan!
Peraduan #CABARANRM10 Dilancarkan!
Bukan hanya perkongsian, bahkan Peraduan #CABARANRM10 juga turut dilancarkan pada Sabtu lalu. Peraduan dengan kerjasama SSPN & Pa&Ma ini bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Apa yang perlu anak-anak lakukan adalah, anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukabukubaru
#lovesspn
Jom cepat-cepat sertai peraduan ini bagi memenangi hadiah yang menarik untuk anak-anak kita.
Pilih Simpanan Terbaik Untuk Masa Depan Anak
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus.
Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN-i Plus anda boleh layari website di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.