Bengkel virtual Pa& Ma dengan kerjasama SSPN, E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya yang berlangsung pada 10 April 2021 (Sabtu) lalu berlangsung dengan jayanya.
Dengan kehadiran jumlah peserta seramai 50 orang yang aktif bertanyakan pelbagai soalan, bengkel virtual ini ternyata memberi banyak manfaat bukan hanya kepada peserta, bahkan buat seluruh pengikut Pa&Ma di Facebook.
Terdahulu, bengkel kerjasama Pa&Ma bersama SSPN ini diadakan bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Perkongsian dari panel jemputan, Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini berlangsung dengan baik.
Malah perkongsian menarik daripada beliau yang berkongsi tip untuk menabung paling mudah membuatkan peserta terasa dekat. Para peserta juga tidak putus-putus bertanyakan soalan untuk menyimpan buat anak-anak.
Perkongsian menarik daripada pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid juga tidak kurang hebatnya. Bukan hanya berkongsi cara mereka menyimpan buat dua anak mereka bahkan Raf dan Mawar juga sempat berinteraksi dengan pelbagai soalan dari pengikut Pa&Ma di facebook.
Selepas selesai perkongsian dari dua panel ini, peserta pastinya tidak sabar-sabar untuk mengikut kuiz dan hadiah cabutan bertuah yang sudah semestinya dinantikan oleh semua peserta.
Ads
Tujuh peserta bengkel menjadi peserta bertuah kerana berjaya memenangi dua hadiah kuiz dan juga lima hadiah Cabutan Bertuah. Mereka terdiri daripada Pn Sarah Syazwani dan Pn Nor Liza Md Amin yang memenangi Kuiz dan Pn Minang Flora Malindo Nurlin Allan, Nurul Nadia Satar, Hajar Hassan, Nor Suriani Muda serta Nor Liza Md Amin menjadi peserta bertuah kerana memenangi hadiah Cabutan Bertuah.
Hadiah-hadiah menarik seperti baucar penginapan dan percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi sudah semestinya menanti kesemua peserta ini. Tahniah diucapkan!
Peraduan #CABARANRM10 Dilancarkan!
Bukan hanya perkongsian, bahkan Peraduan #CABARANRM10 juga turut dilancarkan pada Sabtu lalu. Peraduan dengan kerjasama SSPN & Pa&Ma ini bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Ads
Apa yang perlu anak-anak lakukan adalah, anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukabukubaru
#lovesspn
Ads
Jom cepat-cepat sertai peraduan ini bagi memenangi hadiah yang menarik untuk anak-anak kita.
Pilih Simpanan Terbaik Untuk Masa Depan Anak
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus.
Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN-i Plus anda boleh layari website di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sayangkan anak, mengutamakan kepentingan anak terutamanya bab keselamatan harus didahulukan walau dalam apa cara sekali pun.
Atas dasar itulah, Joie, salah sebuah jenama peralatan bayi terkemuka yang diedarkan oleh SNS Products Sdn Bhd, menganjurkan majlis “Look Back Longer: Friends & Family Gettogether”, bagi meraikan semua ibu bapa disamping memberi kesedaran penggunaan carseat hadap belakang.
Majlis yang berlangsung cukup meriah pada 16 Mac lalu di Kids
Nation, 163 Retail Park, Mont Kiara ini tambah gamat dan meriah dengan kehadiran selebriti tanah air bersama anak-anak mereka yang turut sama menyokong kempen ini.
Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis termasuklah Issey, Fiza Frizzy, Dayana Roza, Ayie Floor 88 dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga Dr Malar Santhi yang turut sama berkongsi pendapat sebagai panel jemputan.
Kempen “Look Back Longer” adalah sebahagian daripada usaha berterusan dari Joie Malaysia selaku pengeluar jenama kerusi keselamatan popular dan diyakini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan penumpang kanak-kanak disamping menggalakkan ibu bapa untuk terus meletakkan anak-anak mereka dalam kedudukan menghadap belakang selama mungkin.
Di samping itu, bersempena dengan Kempen “Look Back Longer”, Joie turut menampilkan rangkaian car seat hadap belakang terpilihnya yang cukup berkualiti agar terus melindungi anak-anak disamping mengekalkan konsep penggunaan menghadap belakang selama mungkin.
Terdahulu, kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan car seat secara menghadap
belakang memberi perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak sekiranya berlaku hentakan kerana car seat akan menyerap hentaman dan ianya melindungi kepala, leher dan tulang belakang kanak-kanak sehingga 73% lebih berbanding forward facing.
Bukan itu sahaja bahkan pakar dan doktor juga turut mengesyorkan agar kanak-kanak berada dalam kedudukan menghadap belakang sehingga sekurang-kurangnya 4 tahun. Jadi buatlah keputusan yang tepat untuk anak anda. Pilih konsep penggunaan menghadap belakang selama mungkin bersama Joie.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Josiah Hogan dan isteri tercinta, Nurul Hidayu Mohamed Nordin yang baru sahaja menimang cahaya mata mata keempat mereka pada hari Selasa yang lalu.
Nurul Hidayu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Josiah ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran itu dipermudahkan, namun sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.
“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya.
Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.
“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” katanya.
Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4. Ini adalah perkahwinan kedua pelakon terbabit.
Pada perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.
Selamat berpantang diucapkan untuk Nurul Hidayu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang solehah.
Klinik yang berpengalaman dan mempunyai pelbagai kepakaran dapat memberikan penyelesaian yang menyeluruh untuk masalah kesihatan, menjimatkan masa dan usaha dalam mencari rawatan di tempat berbeza. Dengan memilih klinik yang tepat, kita juga dapat memastikan rawatan yang berterusan dan pemantauan kesihatan yang lebih baik untuk semua peringkat usia. Selain itu, klinik terbaik biasanya menawarkan perkhidmatan yang mesra keluarga, di mana pesakit merasa lebih selesa dan dihargai.
Pilihlah klinik yang menyediakan kemudahan dan teknologi terkini, memastikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan. Klinik yang dipercayai akan memberi lebih ketenangan minda kepada keluarga, dengan pendekatan yang empatik dan profesional dalam setiap rawatan yang diberikan, sekaligus meningkatkan kualiti hidup setiap ahli keluarga.
Tahniah! Klinik MyFamily baru-baru ini dianugerahkan sebagai Klinik Keluarga Pilihan Pa&Ma sempena Jenama Pilihan 2024.
Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna bagi klinik ini yang telah memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan holistik sejak penubuhannya pada tahun 2017. Klinik MyFamily telah diasaskan oleh En. Mohd Hafiz Ahmad Zainudin dan Pn. Suraya Sulaiman Khan, dengan visi untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang mesra keluarga, dengan fokus utama kepada kesejahteraan wanita, kanak-kanak, serta keluarga secara keseluruhan.
Keadaan yang selesa dan mesra kanak-kanak di Klinik MyFamily
Dengan 12 cawangan di seluruh Malaysia, Klinik MyFamily terus berkembang pesat dan memperkukuh kedudukannya sebagai pilihan utama bagi keluarga yang mencari perkhidmatan kesihatan yang profesional dan penuh empati.
Perkhidmatan Holistik untuk Keluarga
Klinik MyFamily menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan yang disesuaikan dengan keperluan keluarga moden. Dari perkhidmatan perubatan umum, penjagaan wanita, hingga keperluan kesihatan kanak-kanak, klinik ini memastikan setiap ahli keluarga menerima penjagaan yang berkualiti.
Ujian imbasan bunyi, antara servis yang ditawarkan di sini
Klinik ini juga menyediakan servis imbasan ultra bunyi untuk pemantauan kehamilan, konsultasi kesuburan untuk pasangan yang merancang keluarga, serta pengurusan penurunan berat badan yang disesuaikan dengan individu. Pemeriksaan antenatal dan pemantauan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak juga merupakan sebahagian daripada komitmen klinik ini untuk memastikan perkembangan yang sihat bagi setiap anak.
Barisan doktor berpengalaman yang sedia membantu pesakit di Klinik MyFamily
Kelebihan Rawatan di Klinik MyFamily:
Perkhidmatan perubatan umum untuk seluruh keluarga.
Perkhidmatan khas untuk wanita seperti pemeriksaan kesihatan, sokongan kesuburan, dan penjagaan antenatal dan postnatal yang dikendalikan oleh doktor wanita.
Program pengurusan berat badan secara selamat dan berkesan.
Persekitaran yang mesra dan selesa oleh pasukan profesional wanita yang berdedikasi, memastikan pengalaman yang empatik dan holistik bagi setiap pesakit.
Klinik MyFamily memberikan pendekatan yang lebih mesra dan empatik kepada setiap pesakit, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang mencari perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan berfokuskan kesejahteraan. Dengan keselesaan, profesionalisme dengan perkhidmatan yang pelbagai, Klinik MyFamily telah membuktikan ia tempat yang terbaik untuk memastikan kesihatan dan kebahagiaan setiap keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.