JANGAN SUAP!! Ehhh buat apa tu?? hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula.
Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu-ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu-ibu ini ada yang tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Terkejut dengar pengasuh suap air kotak pada bayi 10 bulan. Nenek yang suap jajan pada cucunya. Bila si ibu menegur ianya seolah menepis hak ibu tersebut untuk memberi makanan berkhasiat pada anak yang di kandungkan 9 bulan dan yang berdepan sakit berjuang untuk melahirkan bayinya.
Bila bayi berdepan masalah kesihatan disebabkan kesilapan pemakanan ini di manakah mereka yang berani suapkan itu? Maka tinggallah si ibu berlinang air mata menatap anak kesayangan terlantar sakit di katil hospital.
Ads
Tidak kurang yang menyaran dan mengajar ibu-ibu baru ini dengan pemakanan bayi yang salah. “Letak lah sedikit garam”. “Letak lah sedikit kiub”. “Letak lah sedikit gula”. Baik pada anak anda tidak bermakna baik untuk anak orang lain. Mahukah anda bertanggungjawab di atas tindakan yang anda buat?
Mohon untuk hormati keputusan ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anaknya sendiri. Tiada yang salah atau berdosa mengajar bayinya makanan yang sihat. Semua ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.
Apa-apa tolong minta izin pada ibu ayah bayi tersebut. Jangan laju untuk suap anak orang ya. Mungkin anak tersebut ada alahan. Bayi itu masih ada ibu ayahnya. Hormatilah hak mereka.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Vaksin Pneumococcal sebenarnya penting untuk anak kecil terutamanya bagi mengelakkan daripada komplikasi jangkitan paru-paru atau jangkitan dalam darah.
Vaksin Pneumococcal untuk baby bawah 2 tahun. Dah ramai ibu bapa yang memahami kepentingan vaksin tambahan ini. Tapi masih ramai yang keliru nak ambil yang mana?
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Kedua-dua jenis vaksin ini adalah vaksin jenis Conjugate, ia adalah vaksin dengan teknologi yang terkini, lebih baik dari vaksin jenis Polysacharide kerana vaksin Conjugate ini mengaktifkan memory T cell manakala vaksin Polysacharide tidak. Jadi vaksin conjugate akan memberi antibodi kekal untuk sepanjang hayat.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal usia 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos 7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos 12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos 24 bulan hingga 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos 24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Untuk pengetahuan anda, vaksin Pneumococcal ini telah dimasukkan sebagai vaksin wajib di kebanyakan negara Eropah, dan disebabkan itu kajian selepas vaksin tersebut dipasarkan dapat dilakukan dengan teliti kerana telah diberikan kepada berjuta-juta kanak-kanak diseluruh dunia.
Jadi nak ambil yang mana? Prevenar lebih mahal, namun memberi perlindungan yang terbaik dari segi jumlah strain Pneumococcal yang dilindungi, manakala Synflorix lebih murah tetapi memberi perlindungan yang hampir sama.
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja. Sebenarnya, bukan itu faktornya, isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan. Jadi suami perlu tahu 5 tanda isteri tak cukup tidur dan kurang rehat.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur;
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.
Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menerangkan lebih lanjut tentang keadaan yang jarang terjadi namun memberikan pelbagai risiko kepada ibu dan bayi sekiranya tidak ditangani dengan baik oleh pasukan perubatan yang pakar.
“ok teran, teran, bagus dah nihh….,, haa teran lagi. pandaii…teran panjang panjangggg…… sikit lagi sikit lagi. haaa okay. Kepala dah keluar dah, ok teran lagi sambungg nak keluarkan bahu pulak ye
sambil membantu untuk mengeluarkan bahu, kepala bayi ditarik perlahan-lahan.*
(kelihatan dahi merecik dengan peluh kebimbangan & riak mukanya gelisah )…..
” eh ketatnyaaaa, takleh keluar bahu nih, panggil doktor cepattt !!!! sekaranggg!!”
Begitulah scene kecemasan yang berlaku di dewan bersalin, apabila misi yang menyambut kelahiran bergegas dan melontarkan suara mereka memanggil doktor oncall.
Okay, jom berbalik pada berita bahu sangkut tadi, ianya berlaku apabila kepala bayi sudah dilahirkan tetapi salah satu bahunya tersangkut pada belakang tulang pubis ibu, sekaligus melambatkan kelahiran badan bayi tersebut.
Jika kejadian bahu sangkut ini terjadi , pertolongan tambahan perlu diberikan oleh penyambut kelahiran untuk melepaskan sangkutan bahu bayi. Walau bagaimanapun dalam kebanyakkan kes, bayi selalunya dilahirkan dengan selamatnya.
Berapakah kekerapan terjadinya kejadian bayi bahu sangkut ketika bersalin? 1 dalam 150 (0.7%) kelahiran normal (vaginal birth)
Kejadian bahu bayi sangkut berlaku dengan tidak dijangka ketika kelahiran dan kebanyakkan masa ianya tidak boleh diramal, bila ianya akan berlaku. Tetapi ada beberapa faktor menyebabkan kejadian bahu bayi sangkut ini mungkin berlaku;
Kejadian bahu bayi sangkut selalunya terjadi pada bayi-bayi yang besar. Walaupun begitu selalunya tiada masalah untuk melahirkan bayi-bayi besar dalam majoriti kesnya yang mana melebihi 4.5 kg. Dalam kebanyakan kes bahu bayi sangkut didapati berat bayinya adalah kurang daripada 4 kg.
Adakah kejadian bahu bayi sangkut boleh dicegah ?
Dalam kebanyakan kes, kejadian bahu bayi sangkut tidak boleh dicegah kerana ianya sukar diramalkan bila ianya akan berlaku.
Walaupun begitu, jika ibu menghidapi kencing manis ketika hamil, anda seharusnya diberikan pilihan untuk bersalin awal (induction of labour) ataupun pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean. Ini dapat mengurangkan risiko terjadinya bahu bayi sangkut ketika bersalin.
Jika anda tidak menghidapi kencing manis, pilihan untuk bersalin awal tidak akan mengurangkan risiko untuk terjadinya kejadian bahu bayi sangkut ini, walaupun bayi anda diramalkan besar. Pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean juga tidak dicadangkan untuk anda.
Apakah yang akan berlaku sekiranya terjadi kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin?
Penyambut kelahiran sudah bersiap sedia sekiranya ada terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan seperti di atas.
Kejadian bahu bayi sangkut adalah KECEMASAN, maka jika ianya berlaku perlu ditangani dengan segera, tanpa berlengah-lengah kerana bahu bayi perlu dilepaskan daripada sangkutan supaya badan bayi dapat dilahirkan dan bayi boleh bernafas secara normal.
Penyambut kelahiran akan meminta tolong dan membunyikan loceng kecemasan supaya beberapa kakitangan terlatih – doktor perbidanan, doktor bayi dan kakitangan perbidanan yang lain berada di tempat kejadian untuk membantu anda.
Ianya berlaku dengan sangat cepat, dan dalam sekelip mata terlalu banyak kakitangan yang diperlukan untuk menangani kecemasan ini berada dalam dewan bersalin. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa takut dan gusar.
Walau bagaimanapun anda diminta terus bertenang kerana doktor perbidanan dan kakitangan perbidanan yang terlibat adalah terlatih dan boleh membantu anda dalam kelahiran yang melibatkan bahu bayi sangkut, dengan cepat dan selamatnya.
Doktor perbidanan/penyambut kelahiran akan:
Selalunya dengan kaedah-kaedah ini bayi dapat dilahirkan dengan selamatnya. Jika bayi tetap tidak dapat dilahirkan,
Apakah yang akan terjadi kepada saya dan bayi saya selepas insiden bahu sangkut semasa kelahiran?
#1: IBU BOLEH MENGALAMI KOYAKAN TERUK
Ibu mungkin mengalami koyakan yang teruk semasa kelahiran sehingga boleh melibatkan lubang dubur. Tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku, kadangkala memerlukan transfusi dan pemindahan darah.
#2: BAYI BOLEH CEDERA SARAF
Untuk bayi pula, 1 daripada 10 bayi ( 10% ) yang mengalami bahu sangkut ketika bersalin mengalami kecederaan pada saraf brachial plexus , menyebabkan sebahagian anggota yang terlibat tidak boleh digerakkan.
Jenis yang biasa terjadi dinamakan Erb’s palsy . Walaupun begitu, kecederaan ini hanyalah sementara dan pergerakkan tangan yang terlibat akan kembali pulih dalam beberapa jam atau hari. Kecederaan kekal sangat jarang berlaku.
Perlu diingatkan , kecederaan pada saraf brachial plexus bukan sahaja berlaku pada kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin normal, ianya juga boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean.
#3: TULANG BAYI PATAH
Kadangkala, kejadian bayi bahu sangkut ini boleh menyebabkan tulang bahu bayi patah. Walaupun begitu, dalam kebanyakkan kes, bayi sembuh seperti sediakala.
#4: MASALAH OTAK BAYI KERANA KURANG OKSIGEN
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil dan pertolongan kecemasan diberikan segera ketika bahu bayi sangkut, bayi mungkin mengalami masalah otak kerana kekurangan oksigen sampai ke otak ketika insiden bahu sangkut itu berlaku.
Bagaimana dengan kelahiran saya yang berikutnya di masa hadapan?
Jika kelahiran kali ini anda mengalami masalah bahu bayi sangkut, risiko untuk ianya berulang kembali adalah sangat tinggi. 1 dalam 10 wanita yang bersalin akan mengalaminya sekali lagi. Maka, doktor perbidanan anda akan berbincang dengan anda dan pasangan anda cara yang terbaik untuk melahirkan bayi anda yang berikutnya.
Anda mungkin memilih untuk bersalin secara normal (vaginal birth), jika ketika kejadian bahu bayi sangkut itu, bahu senang dilepaskan, dan bayi anda sihat dan bebas daripada komplikasi yang lain dan tidak mempunyai faktor-faktor lain. Anda boleh memilih untuk bersalin secara pembedahan caesarean, jika sebaliknya.
Nabila Razali berkongsi pengalaman hampir 'breakdown' ketika proses bersalin, perjalanan menjadi ibu, serta perkembangan anak lelakinya Muhammad yang kini semakin aktif dan bijak.