Rezeki kita berbeza-beza. Ada ibu yang punya rezeki menyusukan anak hingga dua tahun namun ada pula separuh jalan. Tak mengapa, ibu jangan ‘down’.
Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.
Antara faktornya termasuklah:
Stress atau tekanan persekitaran
Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.
Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.
Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.
Ads
Tiada atau bekalan susu ibu rendah
Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.
Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.
Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.
Kurangnya Ilmu
Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.
Ads
Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.
Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.
Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Salah faham terbesar mengenai penyusuan susu ibu adalah ia menyebabkan perubahan fizikal kepada payudara wanita seperti tidak sama rata dan kendur. Walhal, kehamilan itu sendiri adalah faktor utama yang boleh mengubah bentuk payudara anda. Cuba fahami penyebab di sebalik perubahan yang berlaku kepada payudara anda dalam konteks peranannya sebagai salah satu sumber terpenting dalam pemakanan dan tumbesaran bayi anda.
Adakah penyusuan susu ibu punca payudara anda berubah?
Secara amnya, tidak terdapat otot pada payudara. Payudara dihubungkan kepada dada anda oleh jalur nipis yang dipanggil sebagai ligamen Cooper. Semasa hamil, lapisan nipis ini meregang dan darah dipam ke dalam payudara, menjadikan payudara anda lebih berat dan penuh.
Kehadiran susu juga menjadikan tisu payudara lebih penuh dan memperlihatkan payudara anda kelihatan kendur. Lemak dan penghubung tisu boleh berubah beransur-ansur selepas habis fasa penyusuan.
Tidak kira jika anda menyusukan bayi atau tidak, perubahan-perubahan ini masih berlaku. Kesan kehamilan kepada penampilan payudara menjejaskan setiap wanita dengan cara yang berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor.
Antara faktor yang mempengaruhinya termasuklah:
Indeks jisim tubuh
Bilangan kehamilan sebelumnya
Saiz payudara sebelum kehamilan
Umur
Sejarah merokok
Adakah penyusuan susu ibu menyebabkan payudara saya tidak sekata atau berubah bentuk?
Perubahan bentuk biasanya disebabkan oleh payudara terlalu penuh dengan susu. Walau bagaimanapun, setiap payudara adalah berbeza. Jadi, tidak semestinya jika sebelah payudara anda berubah, sebelah yang lain akan ikut berubah.
Semasa hamil, ligamen yang menghubungkan payudara anda dengan dada akan meregang, akhirnya mengecut selepas penyusuan. Ini boleh mengubah kontur garisan payudara dan menyebabkan payudara tidak sama rata. Bagi kebanyakan wanita, payudara tidak sama rata adalah biasa berlaku tanpa mengira kehamilan. Selepas penyusuan, terdapat kebarangkalian sebelah payudara akan kembali kepada saiz asal sementara sebelah lagi kelihatan lebih leper.
Apakah terdapat rawatan untuk payudara berubah bentuk atau tidak sama rata?
Banyak prosedur kecantikan yang ada kini boleh membantu wanita mengembalikan semula penampilan fizikal mereka seperti sebelum hamil, termasuklah memejalkan payudara atau mesoterapi. Jika anda ingin mempertimbangkan prosedur pembedahan, anda perlu merujuk kepada doktor bagi mendapatkan konsultasi tentang pencegahan sebarang kesan yang tidak diingini. Jika anda melihat perubahan pada payudara anda selepas penyusuan, ingatlah bahawa perubahan-perubahan ini adalah semula jadi dan jarang sekali membahayakan kesihatan.
Kehamilan dan penyusuan adalah proses sukar dan meninggalkan kesan kepada tubuh anda, tetapi susu ibu adalah sumber pemakanan paling penting untuk bayi anda dan ia merupakan sumber yang ideal untuk kesihatan dan tumbesaran optima bayi. Ramai wanita yang belajar untuk menyayangi dan menerima tubuh seadanya selepas kehamilan/ penyusuan.
Sumber: Hello Doktor
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah ibu mengalami masalah bengkak susu disebabkan over supply. Tapi, ada juga ibu yang mengalami masalah susu drop tanpa si ibu tahu punca kenapa. Cara pemakanan dijaga dengan baik tetapi masih drop. Mesti ada sebab lain kenapa perkara sebegitu boleh terjadi.
Para ibu tahu tak emosi juga boleh memainkan peranan penghasilan susu badan? Emosi yang terganggu boleh menyebabkan susu badan para ibu drop ataupun tidak dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti untuk anak. Emosi anak juga boleh dipengaruhi oleh susu badan ibu tau.
Menurut Owh Dydiana, susu badan boleh drop disebabkan emosi dan mindset yang tidak dijaga dengan baik. Cerita atau drama yang boleh mengganggu emosi tak perlu ditonton sepanjang fasa penyusuan anak.
“Bila emosi bertukar jadi sedih, jadi stress. Auto hormon oksitosin tak dapat dirembeskan dengan baik, tersangkut.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/young-asian-pregnant-woman-using-tablet-search-pregnancy-information-mom-feeling-happy-smiling-positive-peaceful-while-take-care-her-child-lying-sofa-living-room-home_6139076.htm#query=menonton%20kdrama%20menangis%20melayu&position=10&from_view=search&track=ais
“Hormon oksitosin ni hormon kegembiraan, hormon kasih sayang yang membantu melancarkan pengeluaran susu ibu dengan lebih baik”.
Tambah beliau, hormon oksitosin dirembeskan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kelenjar pitituari. Hormon oksitosin menyebabkan sel- sel otak di sekelilingi alveoli mengecut dan membolehkan sus mengalir melalui saluran susu dan dihisap keluar oleh bayi dengan lancar.
“Tapi kalau ibu tengah sedih, perjalanan darah jadi tak cantik, kita jadi tak selesa, jadi nervous jadi tak senang duduk jadi terpuruk, boleh dropkan hormon oksitosin tau”. kata Owh Dydiana melalui perkongsian di laman Facebooknya.
Nak susu lancar dan tak drop benda pertama kena buat, jaga emosi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan bayi, bila nampak kelibat susu mereka akan nampak teruja. Maklumlah, sejak lahir terbiasa minum susu ibu, tahu bagaimana lazat rasanya, anak kepada pelakon Betty Rahmad ini juga teruja bila nampak susu ibu.
Anak sulung Betty, Ardy Wira yang kini berusia 8 bulan mempunyai sosok tubuh berisi. Comel dan selalu tampil dengan senyuman dan gelak tawa ceria, si kecil rupanya peminat susu ibu dan disusukan sepenuhnya oleh ibunya tanpa susu formula.
Dalam kemaskini Instagram bayi ini, kelihatan video dia teruja melihat susu ibu yang terisi di dalam botol. Seronok dan excited sekali dia bila nampak susu mommy!
Ini saya everytime nampak susu.
Sebelum tanya saya tolong jawab, saya minum susu mommy saya la tu.
Pastu saya minum 4oz-5oz sekali minum. Alhamdulillah burp excuse me!
Jadi, tidak hairanlah Wira mencapai berat 10.3kg semasa berusia 6 bulan. Walau pun berat agak tinggi untuk bayi seusianya, kara doktor ia tidak membimbangkan kerana si kecil ini minum susu ibu.
Tadaaaa! Berat saya at 6months 10.3kg. So siapa teka betol, nah saya bagi kiss untuk aunty? #6monthsold . P/S- Jangan ada yang risau ya, doctor cakap saya ok alhamdulillah. Mommy bagi minum susu ikut time pastu saya minum susu mommy so takpelah saya gendut pun. Doakan saya sihat selalu ok! ❤️
Ardy Wira atau mesra dipanggil Wira dilahirkan pada 19 Januari 2019 ini mempunyai karakter yang ceria. Kerap kali gambar & video ceria bayi ini dimuatkan di dalam akaun media sosial si kecil ini.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.