Selepas anak sulung dijangkiti Covid-19, anak bongsu kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah pula dijangkiti virus tersebut.
Melalui perkongsian Sharifah Shahirah di Instagram, semasa anak sulungnya Allisya dijangkiti virus tersebut dia tidak dapat bersua muka dengan anaknya itu, namun bila anak bongsunya pula yang kena, dia terpaksa menyentuh dan bersama anak bongsunya adeena yang sering menangis kerana inginkan dia sentiasa bersamanya.
“Anak sulong dah settle…anak last lak…kena
“So nak tak nak kena jugak sbb nak mama,” kongsinya.
Dalam perkongsiannya yang lain, penyampai radio yang turut mesra disapa dengan nama Shiera ini juga menyatakan bahawa dengan situasi terkini penularan virus Covid-19, semua perkara perlu berjalan seperti biasa mengikut norma baharu walaupun terpaksa bekerja seperti biasa.
“Pastu mak dia nak jaga camna?
“Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan Adeena supaya cepat sembuh.
Untuk rekod Shiera mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azahari atau Ijoy pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Audrra, Airell, Airra dan Adeena. Shiera juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan yang terdahulu bersama Jatt, Black Dog Bone yang diberi nama Allisya Tahir.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayangilah rahim anda, jangan ambil mudah tanda-tanda ia jatuh! Rahim jatuh adalah igauan ngeri kepada setiap wanita tidak peringkat usia.
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Tropicana, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele). Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
Hakikatnya selepas bersalin, segelintir wanita hanya akan mengalami masalah rahim jatuh peringkat pertama. Oleh itu, mereka perlu lebih prihatin menjaga organ peranakan tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, mengelak sembelit, melakukan senaman lantai pelvis.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina semasa pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
Individu yang pernah hamil dan bersalin. Semakin kerap hamil, semakin tinggi risiko tersebut.
Mereka yang telah putus haid atau menopaus. Hal ini kerana kekurangan hormon estrogen menyebabkan pengecutan dan pengenduran otot pelvis.
Mereka yang menghidapi batuk kronik, sembelit berpanjangan dan selalu mengangkat benda berat.Aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan pada ruang abdomen dan menyumbang kepada rahim jatuh.
PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT SEMASA BERPANTANG ELAK RAHIM JATIH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
Pemakanan yang berkhasiat akan membuatkan proses penyembuhan berjalan dengan lancar dan ini membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim .Dapatkan nutrien daipada makanan seimbang mengikut carta pola pemakanan yang disarankan. Makanan seimbang meliputi kandungan karbohidrat, protein, lemak, fiber (dari buah-buahan dan sayur-sayuran) pada nisbah yang betul. Ini akan membantu proses semula jadi pemulihan otot dan sebagainya, yang berlaku sepanjang hayat.
Air dan serat yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit. Masalah sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada rahim jatuh.
Senaman lantai pelvis yang berterusan untuk menyokong kedudukan rahim yang telah diangkat tadi. Senaman ini boleh dilakukan selepas dua minggu bersalin.
Amalan berbengkung dan bertungku mesti dilakukan dengan betul. Sekiranya ia dilakukan dengan betul, ia akan membantu mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan meletakkan kembali rahim pada kedudukan yang betul. Namun sekiranya ia salah dilakukan, maka ia tidak akan memberi manfaat kepada ibu tersebut, malah boleh menyumbang kepada meningkatnya risiko rahim jatuh.
LANGKAH PENCEGAHAN
Semasa bersalin: Elakkan meneran terlalu awal, sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
Semasa hamil: Lakukan senaman lantai pelvis.
Selepas bersalin: Elakkan dari mengalami sembelit. Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan. Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barang berat dan masalah batuk yang kronik. Buat senaman lantai pelvis setiap hari.
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)
Lakukan kemutan pada otot lantai pelvis – kemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing.
Kekalkan kemutan tersebut selama lima saat, dan rehat lima saat.
Tambahkan kemutan selama 10 saat sekiranya boleh.
Lakukan sebanyak tiga kali sehari, dan setiap kali sebanyak 10 kemutan.
Anda boleh lakukan senaman ini pada bila-bila masa, semasa menonton televisyen atau berehat di atas sofa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fara Hazel yang selamat menimang cahaya mata keduanya petang semalam.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga amat bersyukur kerana dipermudahkan urusan melahirkan bayi lelakinya itu.
Menerusi Insta Storynya, Fara memuat naik gambar bayi keduanya tanpa berkongsi wajahnya kepada umum.
“Alhamdulillah petang semalam Fara selamat melahirkan anak lelaki kedua.
“Terima kasih atas doa semua buat Fara,” tulis Fara ringkas.
Sementara itu, suami Fara, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin juga turut memuat naik beberapa hantaran malah amat bersyukur atas kurnian rezeki menimang cahaya mata lelaki sekali lagi.
“Alhamdulillah syukur Ya Rabb.
“Thanks you everyone for the doa,” kongsinya.
Terdahulu, Fara Hazel yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkongsi mengenai kehamilan keduanya pada Mei lalu yang ketika itu sarat hamil enam bulan.
Fara dan suami turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra yang dilahirkan pada 18 Oktober 2020.
Kering idea nak sarapan apa semasa dalam pantang? Menu ringkas seperti lempeng oat antara yang mengenyangkan dan paling penting sihat untuk ibu berpantang.
Paling menarik resipi pantang yang dikongsikan oleh Suzy Honey ini boleh menambahkan susu badan. Rugi tak cuba.
Sebabkan ia terlalu sedap, lembut, manis dan sesuai sangat untuk ibu berpantang, jadi akak buat lempeng oat versi SuzyHoney untuk rujukan adik sayang akak semua. Jom masuk dapur akak.
Bahan A:
1 1/4 cawan QuakerOat (instant)
1/4 cawan Horlick
1 cawan Susu Segar
1 camca besar Madu
1/4 cawan Kismis
5 biji Buah Kurma (di buang biji dan di siat-siat)
Bahan B
Sedikit minyak (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
2. Perap selama 10-15 minit supaya oat dapat kembang dengan baik dalam cairan susu. Adunan ini biasanya tak pekat sangat. Sederhana saja. Elakkan terlalu pekat, ia buat texture lempeng jadi keras bila dah siap masak. Cair sikit pun okay, bagi memudahkan alih.
3. Panaskan kuali non-stick (kuali biasa kemungkinan melekat kerana adunan lembut). Sendukkan 1 senduk-kecil adunan ke dalam kuali dan ratakan.
4. Agak-agak dalam 30 saat, letakkan sedikit minyak di sekeliling lempeng. Kemudian, angkat tepi-tepi lempeng supaya minyak masuk dibahagian bawah. Ia bagi memudahkan proses kalian nak terbalikkan tu.
5. Untuk mengetahui samada lempeng dah masak boleh balikkan, cuba sendengkan kuali, jika boleh gerak-gerak dalam kuali, baru terbalikkan.
6. Bakar sehingga keemasan dan boleh diangkat untuk dihidangkan. Nyum nyum.
Siap dan sedia untuk dimakan. Sukatan resipi ni boleh hasilkan 6-7 lempeng sebesar tapak tangan tau.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.