Bila mana anda melawat ibu yang baru bersalin, adalah lebih baik anda bercakap tentang perkara yang positif sahaja. Ini kerana emosi ibu yang sedang berpantang agak rapuh dan mudah terganggu. Terutama sekali apabila melibatkan dirinya dan anaknya yang dikandung 9 bulan.
Atau lebih baik anda menangguhkan dahulu keinginan untuk melawat dan berikan si ibu masa untuk pulih daripada proses melahirkan. Jika anda merancang untuk melawat juga, elak daripada mengajukan soalan-soalan seperti ini.
Anda kelihatan letih!
Sebagai ibu baru, siapa sahaja yang tidak mengalami masalah tidak cukup tidur malam? Setiap ibu baru tentunya sedar akan rutin baru mereka itu membuatkan wajah mereka kelihatan lesu, jadi, anda tidak perlu menegurnya tentang lingkaran gelap bawah mata dan bengkak mata pada wajahnya. Kata-kata anda, walaupun dinyatakan secara simpati, hanya akan mengguris perasaan ibu sahaja.
Bila anda boleh masuk semula bekerja?
IKLAN
Ibu baru bersalin ingin selalu dekat dengan bayinya. Jadi, ibu akan sering berasa bimbang untuk kembali semua bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh. Oleh itu, jangan tambahkan tekanan kepada ibu baru dengan menanyakan soalan tersebut.
Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata seperti berikut jika ibu sudah kembali bekerja, seperti “Adakah kerja anda lebih penting daripada bayi anda?” atau “Bagaimana anda boleh meninggalkan bayi anda yang masih kecil di pusat jagaan harian bayi?” Kata-kata ini boleh mengurangkan keyakinan ibu baru dan menambahkan kerungsingannya tentang kerja dan anak.
Selain itu, jika seseorang ibu itu memutuskan untuk berhenti kerja bagi menjaga bayi sepenuhnya di rumah, jangan sesekali anda meluahkan pendapat bahawa keputusannya untuk berhenti bagi membesarkan bayi adalah keputusan yang salah.
IKLAN
Bayi anda tidak kelihatan seperti anda!
Kebanyakan ibu berkongsi bahawa ramai yang mengatakan wajah bayi mereka kelihatan seperti bapa atau tidak mewarisi wajah ibunya. Walaupun anda hanya berjenaka, namun sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang perlu diungkapkan. Anda perlu faham bahawa ibu yang bersusah payah mengalami proses kelahiran yang menyakitkan untuk melahirkan bayi. Jadi, kebanyakan ibu pasti akan terasa jika menerima jenaka yang tidak sensitif seperti itu. Begitu juga, jika anda menyatakan bayi yang dilahirkan tidak kelihatan seperti si bapa, itu juga adalah tidak patut. Mengapa tidak jika anda hanya mengatakan “Comelnya bayi anda!
Anda perlu memberikan bayi susu badan
IKLAN
Semua orang tahu bahaya penyusuan susu ibu adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, bukan semua ibu boleh menyusukan bayi dengan susu badan mereka sendiri. Oleh itu, jika ibu baru tidak mempunyai pilihan untuk menyusukan bayi mereka, tetapi terpaksa memberikan bayi susu formula, janganlah menghakimi ibu tersebut kerana ia hanya akan membuatkannya rasa lebih bersalah.
Sebagai tambahan, jangan pula anda bertanyakan ibu berapa lama dia berhasrat untuk menyusukan bayinya. Meskipun kebanyakan pakar menyarankan ibu baru untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya enam bulan pertama, namun ada ibu yang akan menyusukan bayi lebih pendek atau lebih panjang berbanding yang disarankan. Jadi ianya tiada kaitan dengan anda. Itu adalah tubuhnya, bayinya dan itu juga pilihannya. Jadi, simpan pendapat anda untuk diri anda sahaja.
Bercakap mengenai berat badan ibu baru
Jangan katakan sesuatu tentang berat badan ibu! Ini adalah sesuatu yang sensitif. Kata-kata ini akan hanya membuatkan ibu bertambah kecewa dan malu.
Lahir cukup bulan, sihat dan tiada apa-apa komplikasi tapi siapa sangka Allah Maha Mengetahui segalanya. Seminggu selepas kelahiran, berlaku perkara yang tak dijangka sama sekali.
Bagi ibu ini, Nor Fitriah Elias pengalaman yang berlaku pada anak ketiganya benar-benar membuatkannya kuat kerana secara tiba-tiba anak mengalami sawan dan sehingga kini masih menunggu keputusan pakar apa yang sebenarnya berlaku.
Rahman dilahirkan secara normal, pada 9/3/2021..jam 1.01am..tanpa sebarang komplikasi, G6PD dan keseluruhannya adalah normal. Malah kelahirannya sangat dipermudahkan. 12 minit sahaja dalam labour room. Berat lahir adalah 3.44 kilogram. Lahir cukup bulan pada 39 minggu. Hari ke-8 warded sebabkan jaundice, 1 hari sahaja.
Hari ke-9 dia balik dari hospital, malam tu secara tiba-tiba dia macam menggigil, mula-mula dia menjerit kuat, lepas tu, mulut biru, kami pelik dan tanya pada klnik keesokkan harinya, dan klinik tak tahu. Katanya mungkin kesejukan, masa tu memang sejuk, sebab dia macam menggigil, malam tu ada jadi lg dan masih benda yang sama berlaku pada Rahman sebab sejuk, mungkin juga salah describe kat doktor kat KK.
Lepas tu dah lama tak berlaku, sampailah 20/5/2021. Rahman malam tu macam asyik luak susu, lepas tu dia macam asyik merengek, cek suhu badan 36.2°c macam tu, memang tak ada demam. Masa tu kami ada kat rumah mak, saya baru lepas cabut kuku sebabkan cagu, jadi sebab anak asyik langgar kakai stay sekejap kat rumah mak. Pukul 5 pagi tiba-tiba Rahman menjerit kuat dan sama kejadian. Disebabkan dalam gelap gelita kami cuma tenangkan Rahman, lepas tu dia tidur sampai 8.30pagi dan dia minta susu. Dia tidur, lepas tu 9.30 pagi kejadian yang sama berlaku, dia akan mula menjerit dahulu, kemudian mata ke atas, mulut berbuih, kaki tangan kejang dan tersentak-sentak.
Lepas kejadian 9.30pagi.. masa tu mak saya ada dan tengok, dia cakap anak hang ni sawan kak, bawak pergi klnik atau hospital, saya ingat sawan tak serius, sejujurnya memang tak tahu. Saya bawa ke klinik untuk periksa Rahman dan tengok keadaan dia. Saya ingat mungkin KK akan bagi ubat ke atau ajar apa nak buat ke, tak sangka terus ke emergency dan kami ke hospital naik ambulans, terpinga-pinga masa tu, tak tahu apa benda.
Sampai kat hospital, Rahman terus dibawa ke zon separa kritikal untuk pantauan, masa tu doktor cakap kena warded terus yer, seriously terkejut, apa pun tak bawa. Lepas tu dah masuk ward tak sampai 1 jam admit Rahman kena serang lagi sekali dalam waad, petang tu pakar rounding dan cakap kena buat CT scan. Kalau tak jumpa punca nak ambil air tulang belakang, disebabkan dia tak ada demam langsung doktor suspek dia mungkin ada darah beku kat otak atau dapat jangkitan kuman pada selaput otak.
Lepas buat CT scan, doktor cakap tak ada nampak darah beku, jadi usaha mencari punca kena teruskan dengan ambil air tulang belakang Rahman, tapi perlukan persetujuan kami sebagai ibu bapa. Jadi bincang dengan suami, kami decided setuju, selepas ujian dijalankan, makan masa beberapa hari untuk tahu keputusan.
Masa 24/5/2021, Rahman kena serang 2x dalam wad, depan specialist, jadi specialist tengok keadaan dia, buat keputusan untuk mula antibiotics selama 14 hari.
Masa 25/5/2021, keputusan penuh dah keluar, tanpa tiada jangkitan kuman pada selaput otak rahman, jadi antibiotics diberhentikan, pakar diognos dia ada epilepsy masa tu,
26/5/2021 Rahman allowed discharge.
27-28hb dia nampak aktif je, sihat.. tapi tiba-tiba masa 29/5/2021 Rahman secara tiba-tiba, diserang 3x kat rumah, lepas tu terus dibawa ke hospital, dan admit again. Masa 29/5 tu dia kena serang banyak kali, sampai 30hb total kena serang 8x, kejadian dia sama sahaja, memang dia diserang semasa tidur, Baru tidur, mamai nak tidur, pakar tengok keadaan dia kerap sangat kena serang, jadi hasil perbincangan beberapa orang pakar paediatrik, dan Neuro, jadi Rahman kena buat EEG TEST secepatnya, masa 1/6/2021, kami ke HKL buat eeg test, hasil keputusan memang menunjuk ada beberapa focal, wave electricity dalam otak Rahman tak normal.
Rahman allowed discharge masa 1/6/2021 lepas buat EEG TEST, balik rumah continue ubat baru dan Rahman nampak sihat sahaja, masa 6/6/2021 Rahman merengek malam tu, dia macam tak nak tidur, instinct seorang ibu, dah prepared barang ke hospital, masa 7/6/2021, Rahman diserang 3x kat rumah, tanya doktor dia cakap kena bawa ke hospital, jadi bawa ke hospital, masa kat kecemasan Rahman kena serang lagi dan keesokan harinya kena serang lagi, pakar decide untuk percepatkan buat MRI. Alhamdulillah terus dapat tarikh dan masa 11/6 MRI dibuat di Hospital Selayang.
Tapi keputusan penuh belum lagi keluar, EEG TEST dan MRI, akan keluar dan specialist akan buat review dalam 2 minggu lagi. Ok, nak bagitahu semua ibu-ibu apa itu sawan.
Sawan tu, berlaku apabila mata ke atas, mulut kebiruan/berbuih, kaki tangan kejang dan tersentak-sentak, dan pesakit tidak sedarkan diri, biasanya lepas sawan pesakit akan tidur.
Apa nak buat bila anak atau nampak orang sawan
Pastikan persekitaran selamat dan jauh dari bahaya yang membolehkan pesakit terjatuh atau bahayakan dia la senang cakap,
Lepas tu mengiringkan dia. Jangan letak apa-apa dalam mulut ye. Takt tersedak atau tercekik. Tengok masa, berapa lama terjadi, kalau kejadian berlaku dan pesakit tidak sedarkan diri lebih dari 5 minit kena bawa ke hospital secepatnya.
Kalau kurang dari 5 minit pun kalau kejadian tu adalah pertama kali bawa ke hospital. Lepas tu sekiranya berlaku berulang kali dalam 1 hari pun kena bawa ke hospital. Kalau anak ada epilepsy macam Rahman sekiranya berlaku dengan cara yang lain pula kena bawa ke hospital.
Untuk makluman semua, Sawan ada banyak jenis ye, ada yang jenis tak sedarkan diri, ada yang kaki sahaja menyentak-nyentak, sebenarnya ada banyak sangat pattern sawan, boleh google, macam-macam jenis ada. Ada yang tak terkawal, boleh berlaku SEHINGGA 2 jam..
Apa sebab sawan berlaku
Kebiasaan SAWAN berlaku disebabkan demam, dan biasa tiada kesan sampingan, tapi sekiranya tak ada demam itu yang sangat membimbangkan. Banyak sebab ye berlakunya sawan, jatuh ke, ada darah beku, jangkitan kuman, jenis darah, keturunan, dan banyak lagi sebab, jenis epilepsy juga banyak.
Apa bahayanya sawan ni??
Ok sawan ni kalau kerap sangat berlaku boleh mnyebabkan tumbesaran kanak-kanak terganggu atau terbantut, ada yang dah 3 tahun baru boleh berjalan, ada yamg dah 8 -9 tahun hanya boleh sebut 1-2 patah perkataan sahaja, dan banyak lagi effect dia, dan sawan jugak boleh menyebabkan kematian ye. Yang mana air liur yang keluar semasa sawan tu, boleh menyebabkan saluran pernafasan tertutup. Jadi sawan ni sangatlah bahaya. Nampak macam tak ada apa kan..
Walaupun effect sawan ni boleh mnyebabkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak istimewa/OKU, tapi ramai juga kanak-kanak yang hidup normal macam anak yang lain cuma hidup mereka sedikit terganggu bila kena serang.
Banyak benda yang kena jaga, kanak-kanak yang ada epilepsy ni, kena jaga betul-betul, dari segi emosi dia, mereka tak boleh terlalu stress mereka tak boleh terlalu sedih, penat, ada yang sebab pemakanan juga. Bila dah tahu jenis epilepsy dia, in Sha Allah akan ada penerangan dari pakar. Apa yang boleh dan tak boleh
**Saya ada beri 2 video untuk ibu semua tengok. Ni jenis sawan Rahman. Setakat ni sama je kejadian.
Semoga bermanfaat dan anda dapat sesuatu dari PERKONGSIAN ini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Sebelum ini bayi lelaki kepada pelakon Nazrief Nazri disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun Nazrief memberitahu dia dan isteri alhamdulillah tidak dijangkiti wabak berkenaan.
Namun pasangan ini diuji pula lagi sekali sehingga Nazrief berkongsi di instagramnya memohon orang ramai agar mendoakan anak sulungnya, Noah diberi kesembuhan segera daripada demam panas yang dialaminya.
Nazrief memberitahu, Noah masih mengalami demam panas sejak lima hari yang lalu dan kini telah dimasukkan ke hospital.
“Minta maaf kepada sahabat handai, client, rakan perniagaan dan sesiapa sahaja yang ada WhatsApp atau hubungi saya dua tiga hari ini.
“Anak lelaki saya mengalami demam panas sejak 29 September dan semalam dia terpaksa dimasukkan ke wad disebabkan demam yang tidak surut-surut.
“Minggu yang amat sukar bagi saya dan juga isteri. Tolong doakan bayi kami cepat sembuh,” tulisnya.
Sementara itu, dalam postingnya beberapa hari lalu, Nazrief ada menyatakan sepatutnya 30 September hari last kami Home Surveillance Order.
Dan Baby Noah pun alhamdulilah takde tunjuk simptom yang ketara. Tapi sejak 29 September Noah demam suhu 37.6, kami risau dan now kami dkt CAC tengah tunggu keputusan samada Noah perlu admit ataupun tidak.
Cuma minta semua yang membaca posting ini mendoakan bayi cepat sihat. Sumpah tak kuat!
Nazrief dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan yang mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu.
Kredit: IG Nazrief Nazri
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!