Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kehadiran anak untuk melengkapkan keluarga. Namun perlu diketahui untuk memastikan semua pada tahap yang baik, 5 faktor ini perlu ditahap yang baik sebelum hamil atau menambah bilangan anak.

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

Prof Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Obstetrik dan Ginekologi  dan Penyelaras Unit Perancangan Keluarga PPUKM yang  ditemui dalam forum pakar bertajuk “Sex Sense For Married Millenials-Intimacy, Family & Health” yang dianjurkan oleh Durex Malaysia baru-baru ini telah mengupas mengenai faktor-faktor yang perlu difikirkan oleh setiap pasangan sebelum memilih untuk memulakan sebuah keluarga.

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

#1 Keupayaan dalam konteks fizikal

Keupayaan dalam konteks fizikal perlu dinilai sebelum mengambil keputusan memulakan keluarga. Dalam perkara ini, ia mengambil kira tentang kesihatan kedua-dua bakal ibu dan papa. Terutama sekali bagi ibu, perlu sihat.

“Selalu saya nasihatkan kalau ibu mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya kena pastikan doktor mesti maklumkan kepada dia dia ok atau tidak untuk mengandung. Kalau tidak, memang tidak boleh. Ada kes di mana buah pinggang rosak, barulah jumpa doktor. Dan ini sudah terlalu lambat,” kata beliau.

 

#2 Keupayaan ekonomi

Keupayaan yang kedua ialah keupayaan ekonomi. Walau pun wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang. Maka keupayaan ekonomi amat penting.

#3 Kesediaan emosi

“Kesediaan emosi atau emotional readiness ialah seringkali jarang disebut dalam merancang keluarga.

IKLAN

“Perkara ini banyak bergantung kepada ibu. Misalnya yang pasangan yang mengandung setiap tahun sedangkan si ibu tiada kesediaan emosi, ini akan menyebabkan si ibu terbeban dengan pelbagai perkara.”

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

#4 Keluangan masa

“Anda perlu ada masa untuk keluarga. Tidak boleh semua kena jarak jauh sahaja. Contohnya sudah 7 tahun kahwin tetapi masih jarak jauh. Suami isteri mesti tinggal sekali.”

Prof Dr Harlina juga mengulas tentang faktor keluangan masa dalam membina sebuah. Setiap pasangan mesti memastikan masa yang boleh diperuntukkan kepada keluarga mencukupi.

Khususnya bagi pasangan yang mempunyai jarak jauh, perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnnya. Perlu ada solusi segera kerana suami isteri perlu tinggal bersama-sama untuk memastikan salah satu pihak tidak terbeban.

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

IKLAN

#5 Sokongan sosial

Yang kelima pula ialah sokongan sosial.

KALAU WANITA SIHAT, SEMUA METHOD MERANCANG KELUARGA BOLEH DIGUNA

Bila ada kelima-lima ini barulah kita boleh mulakan sebuah keluarga. Dan sekiranya belum bersedia, perlu ada satu kaedah yang efektif untuk menjarakkan kehamilan. Sekiranya wanita itu sihat, tiada apa-apa masalah kesihatan, semua method perancang keluarga boleh diguna pakai.

Bagi pasangan yang belum ada anak misalnya, dan tidak mahu memakan pil perancang keluarga boleh cuba kaedah perancangan keluarga lelaki (seperti kondom). Banyak cara perancangan yang ada, cuma nak atau tidak sahaja.

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

GUNA KAEDAH YANG SUDAH TERBUKTI CARA SAINTIFIK

IKLAN

Prof Dr Harlina juga menasihatkan, pasangan berkahwin yang mahu menjarakkan kehamilan perlu menggunakan kaedah yang terbukti secara saintifik.

“Jangan menggunakan kaedah yang tiada bukti keberkesanan kerana ia mungkin tidak cekap untuk menjarakkan kehamilan dan mungkin boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lain.”

Nak Tambah Anak, 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu. Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu, Sangat Mustahak!

WANITA YANG BELUM ADA ANAK TIADA HALANGAN AMBIL PIL PERANCANG

“Tiada halangan bagi wanita berkahwin yang masih belum mengandung tapi ingin mengambil pil perancang.

“Banyak mitos yang tidak betul berlegar di mana mengatakan bila dah makan pil, nanti bila nak mengandung tak boleh mengandung. Semua itu kena tanya pendapat doktor terlebih dahulu.

“Pada pandangan saya, kalau pasangan ini sudah betul-betul belum bersedia, cuba dapatkan kaedah yang bersesuaian. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan maklumat. Itu yang paling penting sekali,” jelas beliau.

Artikel berkaitan: [ Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil & Bukan ‘Termengandung’ Tanpa Sengaja! Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga]

[Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan]

[Merancang Keluarga Perlu Kalau Memudaratkan Isteri, Para Suami Perlu Faham! Ikuti Pengalaman Doktor Ini]

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI