Sama seperti ibu bapa lain, Nedim Nazri yang baru menimang cahayamata pertama dengan pelakon Nora Danish turut rasa tersentuh dan sedih melihat keadaan bayi yang menghidap penyakit ekzema krtitikal yang dikongsi di sosial media.
Justeru selepas terbaca posting dikongsi oleh admin Instagram lawak_ker_der, Nedim menulis di bahagian komen memaklumkan sedia untuk menaja kos perubatan bayi tersebut termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
“Salam. Boleh periksakan budak kena ekzema tu. Saya nak sponsor sepenuhnya untuk berjumpa doctor saya di KL. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan. Terima kasih,”tulisnya.
Nedim juga turut meminta netizen memaklumkan hasratnya itu kepada ibu bapa bayi berkenaan kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook.
Menerusi perkongsian di instagram tersebut, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang ayah bernama Danial Rayyan yang meminta rakan-rakan facebooknya mendoakan keadaan bayinya yang berpenyakit ekzema kritikal.
Ads
Danial Rayyan juga memberitahu setiap minggu bayinya perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,” tulisnya.
Ads
Netizen Puji Sikap Nedim
Ramai netizen memuji usaha Nedim serta berbangga dengan niat murninya hendak membantu bayi tersebut. Mereka juga mendoakan Allah permudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Ada yang menangis dalam diam, menahan sakit yang tak mampu diluahkan, sedang ibu dan ayahnya hanya mampu memeluk sambil berdoa agar esok lebih baik daripada hari ini. Itulah realiti yang sedang dilalui oleh sebuah keluarga kecil yang diuji dengan dugaan paling berat dalam hidup mereka.
Tular kisahnya di media sosial pada 20 Disember lalu. Seorang bayi bernama Firas Affan Mohd Fauzi, baru berusia setahun dua bulan, kini berjuang melawan penyakit serius selepas disahkan sebagai bayi hidap Germ Cell Tumor.
Ketumbuhan itu terletak di bahagian belakang mata, satu lokasi yang terlalu sensitif dan berisiko tinggi untuk tubuh sekecil itu.
Penyakit ini bukan sahaja terlalu besar untuk tubuh Firas Affan, malah terlalu berat untuk ditanggung oleh hati ibu bapanya yang saban hari belajar untuk kuat demi anak kecil mereka.
Dalam usaha meringankan beban keluarga ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM500 bermula Januari depan kepada Firas Affan di bawah kategori pesakit kronik terlantar.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Beliau turut memaklumkan bahawa Kad Perak Sejahtera juga telah diluluskan untuk bayi berkenaan sejak Oktober lalu.
Menurut beliau, bantuan ini diharapkan dapat menjadi sokongan tambahan daripada kerajaan negeri bagi mengurangkan sedikit beban kewangan dan emosi yang ditanggung oleh keluarga ini.
Firas Affan dikesan menghidap penyakit tersebut pada Oktober lalu, satu detik yang mengubah sepenuhnya rutin kehidupan sebuah keluarga kecil. Hari-hari biasa yang sebelum ini dipenuhi tawa dan gelak seorang bayi kini bertukar menjadi ulang-alik ke hospital, bau ubat-ubatan, jarum suntikan dan doa yang tidak pernah putus.
Bapanya, Mohd Fauzi Saad, 43, meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri serta orang ramai yang turut membantu selepas kisah anaknya mendapat perhatian media.
“Saya sangat terharu. Tak sangka ramai yang ambil berat selepas kisah anak saya disiarkan. Bantuan ini sedikit sebanyak memberi kami kekuatan,” katanya dalam nada yang cuba ditenangkan walaupun jelas emosi terpendam.
Sebelum ini, ibu Firas Affan, Anis Azwanie Azmi, 29, berkongsi bahawa penyakit anak bongsu daripada empat beradik itu hanya disedari apabila Firas kelihatan sering lesu dan mengalami bengkak pada bahagian muka.
Keadaan tersebut membuatkan mereka segera membawa bayi itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut. Namun, hasil pemeriksaan mengesahkan sesuatu yang paling ditakuti oleh mana-mana ibu bapa anak kecil mereka menghidap ketumbuhan serius.
Setakat ini, Firas Affan telah menjalani dua sesi rawatan kemoterapi. Walaupun rawatan tersebut amat mencabar buat seorang bayi, ibu bapanya tetap tabah menemani setiap prosedur dengan harapan anak mereka akan terus kuat.
Perjalanan rawatan ini masih panjang dan penuh ketidakpastian. Namun, setiap senyuman kecil Firas Affan menjadi sumber kekuatan utama buat ibu dan ayahnya untuk terus bertahan.
Di sebalik angka bantuan, borang permohonan dan prosedur rawatan, terselit sebuah kisah tentang ibu bapa yang belajar untuk kuat setiap hari. Tentang air mata yang ditelan dalam diam, dan tentang harapan yang tetap digenggam walau berkali-kali diuji.
Kerana bagi mereka, selagi Firas Affan masih bernafas dan tersenyum walau sesaat, selagi itulah doa tidak akan pernah berhenti dipanjatkan. Setiap hari adalah perjuangan, dan setiap hari juga adalah harapan.
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka kerana mereka mungkin memikirkan akan bahaya vaksin terhadap kesihatan anak-anak.
Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol.
Ikuti artikel yang dikongsi Hello Doktor ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.
Sebagai ibu bapa, pastikah anda akan fakta akan bahaya vaksin ataupun tidak?
Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit.
Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi.
Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawat kanak-kanak yang tidak divaksin.
Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan.
Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.
Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain.
Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain).
Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit.
Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.
Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit.
Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain.
Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.
Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain.
Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya.
Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak.
Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa yang takut akan bahaya vaksin untuk menolak atau menangguh vaksinasi.
Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketumbuhan tumor pada Ainul Mardiah makin hari makin membesar. Bapanya cuba mendapatkan rawatan alternatif.
Bayi yang yang menderita kanser Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah, 8 bulan menjadi tular di media sejak awal bulan. Pelbagai rawatan diusahakan untuk si kecil ini dan terkini ibu bapanya cuba berusaha untuk mendapatkan daripada pakar di luar negara.
Bapa Ainul, Ahmad Saifuddin sentiasa memberikan perkembangan terkini anaknya. Dalam perkembangan terkini, bapa ini turut cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk Ainul sementara menunggu respons pakar dari luar negara
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
Saifuddin juga tidak menolak rawatan yang boleh menyembuhkan anaknya itu. Kuasa penyembuhan di tangan Allah.
“Kuasa penyembuhan adalah milik Allah. Usaha selagi mampu, tiada siapa pun yang tahu apakah jenis, rupa, kaedah penawar yang Allah mahu berikan dan tunjukkan.
“Mana tahu tiba tiba Allah izinkan sembuh walaupun dengan cuma Air mineral yang ditiupkan Al Fatihah.
“Rahsia Allah, tiada siapa tahu. Kalau Allah tidak berkehendak, tiada satu tangan pun dapat mengubah. Ilmu manusia terbatas, ilmu Allah tiada tandingannya.”
Saifuddin juga tidak memohon doa daripada semua agar Allah membuka jalan mendapatkan penawar untuk anaknya itu.
“Sebab itu Ainul sangat sangat memerlukan doa yang ikhlas dari tuan/puan yang cakna supaya Allah bukakan jalan untuk kami mencari penawarnya.
“Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang prihatin terhadap anak yang hebat ini. Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat tuan/puan semua. Amin!“