Sama seperti ibu bapa lain, Nedim Nazri yang baru menimang cahayamata pertama dengan pelakon Nora Danish turut rasa tersentuh dan sedih melihat keadaan bayi yang menghidap penyakit ekzema krtitikal yang dikongsi di sosial media.
Justeru selepas terbaca posting dikongsi oleh admin Instagram lawak_ker_der, Nedim menulis di bahagian komen memaklumkan sedia untuk menaja kos perubatan bayi tersebut termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
“Salam. Boleh periksakan budak kena ekzema tu. Saya nak sponsor sepenuhnya untuk berjumpa doctor saya di KL. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan. Terima kasih,”tulisnya.
Nedim juga turut meminta netizen memaklumkan hasratnya itu kepada ibu bapa bayi berkenaan kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook.
Menerusi perkongsian di instagram tersebut, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang ayah bernama Danial Rayyan yang meminta rakan-rakan facebooknya mendoakan keadaan bayinya yang berpenyakit ekzema kritikal.
Ads
Danial Rayyan juga memberitahu setiap minggu bayinya perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,” tulisnya.
Ads
Netizen Puji Sikap Nedim
Ramai netizen memuji usaha Nedim serta berbangga dengan niat murninya hendak membantu bayi tersebut. Mereka juga mendoakan Allah permudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Umur anak 9 tahun tapi masih pakai ubat gigi stawberry ehhh. Ibu bapa, tolong tukar ubat gigi anak-anak kepada ubat gigi dewasa bila anak dah start tumbuh gigi kekal.
Menurut Doktor Gigi, Dr Izaza Mohd Zan, ramai ibu bapa lakukan kesilapan ini dan tak perasan sebenarnya gigi geraham anak dah mula keluar sekitar usia 6 tahun.
“Bila start tumbuh gigi kekal doktor?”
Ermm, tak tau lah tu gigi geraham pertama yang ramai anak-anak rosak tu dah tumbuh masa umur anak-anak 6 tahun!
Sebab tu Dr Izaza bagitau post lepas, ramai anak-anak dah kena buat root canal.
Sebab gigi geraham pertama tu dah rosak teruk. Ramai sangat parents tak perasaan gigi geraham dah tumbuh sebab, gigi geraham dia magic, tumbuh je tapi gigi susu tak kena cabut. Tiba-tiba je ada gigi kat belakang sekali dalam mulut anak tu.
Tahu-tahu bila anak dah umur 12 tahun ngadu gigi dia sakit, pastu keluar nanah. Tu lah ceritanya, gigi geraham terpaksa dicabut atau rawatan akar sebab dah tak boleh nak selamatkan dengan tampalan biasa.
Sayang anak, bawa anak jumpa doktor gigi ye secara berkala.
Satu hal yang semakin menjadi tabiat di kalangan ibu selepas berpantang adalah mempersiapkan stok yang cukup banyak untuk kembali bekerja. Mempersiapkan stok untuk anak itu tidak salah tetapi janganlah berlebih-lebihan sehingga memudaratkan diri. Tidak perlulah 24 jam dengan rutin mengepam demi mendapatkan stok anak.
Hal inilah yang dijelaskan oleh Dr Nurhaya Yacob daripada Nurhaya Lactation Center. Katanya bersederhanalah dalam segala hal. Tidak perlu makan dalam jumlah yang banyak demi mendapatkan susu yang meriah. Begitu juga dengan keupayaan dan penggunaan tenaga lain demi kelansungan susu yang berlipat ganda. Tidak perlu!
JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN 1. Jangan berlebihan apabila makan walaupun penyusuan bikin ibu kerap lapar. Kalau ada yang rasa suku suku separuh tak masuk akal, cuba dulu.
Serat bertindak untuk membuat perut berasa kenyang lebih lama kerana tempoh masa yang di ambil untuk proses penghadamannya juga lama. Bukan banyakkan sumber karbohidrat dengan alasan baru kejap perut. Ini yang kerap buat ibu menjadi tak mudah turun berat badan apabila menyusu.
Apabila berasa lapar boleh minum air terlebih dahulu. Lalu boleh kudap makanan seperti kekacang. Bukan kuih raya sebalang. Kalori pengambilan makanan untuk ibu menyusu secara ekslusif boleh tambah sebanyak 500 kalori. Kira-kira 1 hidangan utama (suku-suku separuh) dan 1 kali kudapan.
2. Jangan berlebihan mengepam ketika bersama bayi dalam tempoh berpantang.
Dalam tempoh cuti berpantang, kerapkan menyusuan langsung. Kalau nak pam, cukup sekali dua setelah selesai proses penyusuan. Utamakan direct feeding apabia bersama bayi.
3. Jangan berlebihan buat stock susu.
Ya stock susu memang perlu untuk ibu yang akan kembali bekerja. Namun itu bukan alasan untuk berlebihan mengepam demi menjaga stock. Stock yang yang banyak tidak menjamin berapa lama penyusuan akan berlangsung.
Tepuk dada tanya selera.
4. Jangan berlebihan membuat sesuatu perkara. Tuhan juga menyarankan kita melakukan sesuatu dalam penuh kesederhanaan.
Tubuh badan ibu juga punya hak untuk mendapat rehat yang berkualiti, makanan yang bernutrisi tinggi, minda perlu istirahat dan emosi juga perlu asupannya.
Walaupun penyusuan itu penting bukan bermakna 24 jam kena fikir nak makan apa bagi jadi susu banyak, kemudian power pumping pula, diikuti direct feeding dan sebagainya.
Niat menyusu itu sudah bagus, tapi berlebihan itu tidak bagus
Dr Nurhaya Yacob
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qada’ puasa sahaja atau
2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau
3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja
Saya masih menyusukan anak sekarang. Yang mana satu yang perlu saya ikut nya sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar. Saya tidak tahu mana yang patut ikot.
Terima kasih ustaz
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari. Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha. Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) : “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
Puan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
Jika puan melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadhan yang baharu, maka hendaklah puan ganti puasa, dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Jika puan meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadhan yang baharu, maka puan tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.
Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.