Kehamilan

Nama Aya Soffya Pilihan Aeril Untuk Anak Ketiganya Nanti. Wawa Berdebar Tunggu Masa

Share

Selepas berteka-teki mengenai jantina anak ketiga, akhirnya pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan awal bulan depan.

Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan pada  majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk terbaharu Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, baru-baru ini.“Insya Allah kami bakal dikurniakan anak perempuan dan berharap cahaya mata ketiga kami ini dilahirkan dengan selamat.

“Saya sekarang hanya menunggu waktu saja. Kalau ikut jadual saya dijangka lahirkan anak pada awal Disember ini.

“Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bekerja meski detik kelahiran boleh dikatakan bila-bila masa saja dari sekarang,” kata Wawa kepada MH.

Pilih nama Aya Soffya

Menurut Aeril, dia dan Wawa juga sudah mempunyai nama anak perempuannya itu.

“Kami memilih nama Aya Soffya untuk nama anak kami nanti, insyaAllah. Nama tersebut dipilih ketika kami ke Turki baru-baru ini.

“Ketika itu kami ke sebuah masjid yang dinamakan Aya Soffya (Masjid Biru) lantas kami bercadang untuk memberikan nama berkenaan dan Aeril turut bersetuju,” katanya.

Setelah berkahwin pada 2013, pasangan ini telah dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber: MH Online

IKLAN