Tahniah diucapkan buat usahawan dan pengacara, Neelofa yang selamat bersalin seorang bayi lelaki pada 11 Julai (Selasa) lalu.
Menerusi Insta Story, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada jam 10.45 malam kelmarin.
“Alhamdulillahi rabbbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa.
Bahkan isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya ini dipermudahkan.
Ads
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna pada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas., diberi kesihatan dan umur panjang. Amin.
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insyaallah,” tulis Neelofa menerusi Insta Storynya sejam yang lalu.
Ads
Bahkan menerusi satu lagi entri berlainan, ujar Neelofa yang kini sedang berpantang bakal berkongsi nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahirannya kelak.
“Nama hari ketujuh kita umum insyaallah,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, Neelofa turut dimasukkan ke hospital sebelum ini atas nasihat doktor sebelum melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu.
Pelakon, Datin Anne Ngasri turun 10kg sebulan lepas bersalinkan anak kelima. Dia mendedahkan amalannya dalam pantang iaitu berurut, bersauna & bertangas.
Anne melahirkan anak kelimanya yang merupakan perempuan seberat 3.22kg pada 28 November 2018 lalu. Bayi ini merupakan anak keenam dalam keluarga besarnya dengan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
DAH HAMPIR HABIS PANTANG, TURUN 10KG
Dalam posting Instagram, Anne juga mengakui melakukan berurut, bersauna & bertangas sepanjang proses berpantang. Perkhidmatan perawatan pantang yang digunakan oleh Anne dalam pantang kali ini ialah makciknya sendiri.
annengasri_official Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…??
So mummy mama ibu mak diluar sana yang nak berpantang sambil “menguruskan” badan boleh lah call atau whatsap @bidan.anum.vouge & the team @zarraznannyscare . Memang saya sangat berpuas hati dengan “penjagaan” yang diberikan. Thank you aunty! ??
Bersama pengacara Pa&Ma Musim Ketiga, Shera dan Zahiri Selasa, 1 Januari 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil, pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda. Kadangkala, anda semestinya bingung melihat bayi menggigil, tersentak ketika tidur dan sebagainya.
Usah bingung lagi, artikel ini akan merungkai perbezaan di antara pergerakan normal dan abnormal bayi anda, serta punca di sebalik setiap pergerakan mereka.
Ia bergantung kepada situasi yang dialami oleh bayi pada masa tersebut dan juga tempoh menggigil.
Sesetengah bayi menggigil atau menggeletar ketika tidur, dan kembali normal sesudah bangun tidur. Ada juga yang menggigil ketika menukar lampin, bermain, menyusu dan sebagainya.
Bayi tidak menggigil kerana berasa sejuk ya! Bayi hanya berupaya untuk bertindak balas ketika sejuk selepas berumur enam bulan.
Sebelum itu, bayi mempunyai sejenis tisu lemak perang di dalam badan mereka yang membantu untuk mengawal suhu badan.
Terdapat beberapa penjelasan normal mengenai pergerakan bayi menggigil atau menggeletar.
Dr Evan Lewis, Pakar Neurologi Pediatrik dan Pengarah Institut Neurologi Toronto mendedahkan semasa dua tahun pertama kehidupan bayi, sistem saraf dan otak bayi masih pramatang dan sedang berkembang.
Beliau juga menyatakan dua bulan pertama bayi sangat dipengaruhi oleh perubahan ini kerana refleks normalnya belum matang sehingga menyebabkan refleks tubuh bayi terlalu aktif.
Refleks yang terlalu aktif boleh menyebabkan dagu dan bibir bayi bergetar, sekali gus seluruh badan menggigil berkali-kali dalam sehari.
Semasa sistem saraf berkembang dan lebih matang, pergerakan menggigil dan menggeletar ini akan hilang sepenuhnya.
Bayi sepatutnya tidak menggigil selepas tempoh masa ini. Jika masih menggigil lagi, anda perlu mendapatkan rundingan selanjutnya.
Refleks Moro ialah sejenis refleks yang normal dilihat dalam kalangan bayi sehingga tempoh 3-6 bulan. Ia bermula semasa kehamilan, di antara 28-32 minggu dan hilang sepenuhnya selepas enam bulan kelahiran.
Ia merupakan tindak balas perlindungan motor bayi terhadap ketidakseimbangan badan atau rangsangan secara mendadak.
Di Malaysia, refleks Moro selalunya diperiksa oleh doktor selepas kelahiran bayi. Bayi yang normal akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Namun, bayi pramatang atau yang mempunyai kecederaan semasa kelahiran tidak akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Jika refleks Moro masih dilihat pada bayi anda selepas tempoh enam bulan, sila berjumpa dengan doktor.
Semasa lahir, bayi mempunyai jumlah norepinephrine yang lebih tinggi. Fungsi hormon ini adalah lebih kurang sama dengan adrenalin. Ia membantu bayi dalam pengawalan haba untuk tubuh mereka.
Ia dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap persekitaran baru semasa lahir. Norepinephrine mempunyai daya rangsangan terhadap anggota badan dan itulah yang menyebabkan bayi menggigil.
Seiring waktu, tahap hormon ini akan berkurangan dalam badan, dan pergerakan tersebut akan berhenti.
Selain itu, hormon ini juga membantu metabolisme tisu lemak perang dalam bayi jika perubahan suhu mendadak dikesan oleh tubuh.
Eh, takkan bayi pun boleh mendapat hipoglisemia? Sudah tentu boleh ya!
Hipoglisemia ialah keadaan di mana paras gula dalam darah bayi lebih rendah daripada normal.
Ia selalunya berlaku jika ibu mempunyai kencing manis ketika hamil, bayi ada jangkitan kuman atau enggan menyusu.
Salah satu tanda hipoglisemia ialah bayi akan menggigil atau menggeletar. Terdapat juga simptom lain seperti tangisan bernada tinggi, masalah menyusu, lemah, dan sebagainya.
Bayi yang mengalami hipoglisemia seharusnya diberikan rawatan secepatnya.
Hati-hatilah jika bayi anda kerap menggigil dan sukar untuk dileraikan kerana kemungkinan dia mengalami sawan.
Lagi-lagi jika terdapat simptom lain seperti kekejangan otot yang keterlaluan, demam, mata terbeliak ke atas, mulut berbuih dan sebagainya.
Selalunya sawan akan terhenti sendiri kurang daripada tiga minit, tetapi jika lebih sila dapatkan rawatan selanjutnya.
Menggigil ialah reaksi normal bagi si manja anda. Namun, jika anda was-was akan pergerakannya, sila rakamkan pergerakan mereka sebelum membawa bayi anda ke hospital.
Ini akan membantu para doktor untuk membuat diagnosis dan memberikan rawatan yang lebih lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersyukur punya rezeki untuk menyusukan anaknya, Ana Nayla sehingga kini usia anaknya sembilan bulan.
Jarang-jarang berkongsi cerita, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil menjawab beberapa soalan yang diutarakan peminatnya di Insta Story.
Menjawab persoalan menyusukan anaknya kata Ayda dia bersyukur sehingga kini masih terus diberikan rezeki untuk menyusukan Ana Nayla.
“Alhamdulillah masih. Dah 9 bulan guys,” tulisnya ringkas.
Mengulas mengenai tip penyusuannya kata Ayda, dia tidak mengamalkan sebarang booster atau penggalak susu tetapi kini menambah pemakanan sihat dalam diet hariannya.
Jika dulu kurang makan sayur, kini sayur menjadi makanan wajibnya demi anak. Paling penting kata Ayda, jangan stress.
“Saya dah lama tak minum booster. Buat daripada tak makan sayur dulu, sekarang saya makan and just enjoy the food la.
“Paling penting jangan stress, sebab stress nanti susu tak banyak.
“And mommies dont worry kalau your boobs size comel, sebab susu tak bergantung pada size boobs..haha. Ada yang selambak tapi takde susu. Tu kira rezeki Allah nak bagi.
“Sebab dulu saya ingat lagi ada makcik ni cakap ala kecik t*t*k awak ni nanti mesti takde susu itu MITOS.
“Doa kat Allah nak banyak susu for baby! Insyallah ada,” kongsinya lagi.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.