Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan suami telah pun mempunyai nama untuk bayi perempuan mereka yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.
Elisya berkata, nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly.
“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mentua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami. Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya. Saya dan suami terus bersetuju. Tambahan pula nama itu memang sesuai.
“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsikan nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” kata Elisya.
Bercerita lanjut mengenai proses kelahirannya kelak, Elisya berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara normal.
Ads
“Bagaimanapun, jika perlu melahirkan secara pembedahan, kami tidak kisah. Asalkan anak yang dilahirkan kelak selamat.
“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” katanya lagi.
Ads
Elisya turut berkongsi yang dia bakal melalui proses berpantang di rumah Sheila Rusly.
Bakal melahirkan bayi ketujuhnya sedikit masa lagi, namun isteri kepada angkawasan negera, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina diuji dengan masalah demam denggi.
Menerusi Instagramnya, Dr Muszaphar berkongsi kisah isteri kesayangannya itu yang dimasukkan ke hospital pada malam raya.
Dr Halina yang kini dihujung kehamilannya, 36 minggu berdepan masalah demam denggi dan kini berada di hospital untuk pemantauan rapi.
“Ini adalah kali ke dua Dr Halina kena denggi. Pada 36 minggu kehamilan ia agak membimbangkan. Tak pasti dari mana dia dapat. Darah manis kot,” kata Dr Sheikh Muszaphar berkongsi.
Pun begitu kata bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, isteri dan anaknya berada dalam pemantauan doktor. Apa yang membimbangkan kata Dr Muszaphar lagi, virus itu boleh dipindahkan ke janin dan ia sedikit membimbangkan.
“Isteri saya dalam pemantauan rapi. Ibu dan juga bayi. Virus ini boleh dihantar ke janin, platlet dia masih boleh diterima tapi pada arah aliran menurun. Ni yang tak baiknya. Demam pun masih ada.
“Hang in there my love. Be strong. Semoga dipermudahkan. Ya Rabb,” tulis Dr Sheikh Muszaphar yang sentiasa memberikan semangat buat isterinya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan isteri mendoakan agar Dr Halina kuat untuk melawan virusnya dan cepat-cepat sembuh.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Seorang lagi selebriti dan juga pelakon berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang ditunggu-tunggu. Erynne Erynna, pelakon filem Congkak melalui entry terbarunya di Instagram memuat naik gambar bayi perempuan yang baru dilahirkan kelmarin.
Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah turut juga berkongsi nama bayinya yang dilahirkan pada 9 Ogos pada jam 2.31pagi.
Pelakon ini juga turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah dengan kurniaan yang sangat berharga itu.
Malah dia juga turut memuji kebesaran Allah SWT dengan menyatakan bahawa proses bersalin itu adalah sesuatu yang magis, hebat, menggembirakan dan juga menyakitkan.
Erynne juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa buat dirinya.
“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything.
“Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.
“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life ( that I won’t lie about )
“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed,” tulisnya.
Erynne dan suami, Afify Sazali telah mendirikan rumah tanggap pada April 2019. Erynne sering memuat naik perkembangan kehamilannya di akaun media sosial miliknya.
Sumber: Media Hiburan & IG Erynne Erynna
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju?
APA ITU MABUK HAMIL?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?
Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.
Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.
Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda.
BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?
Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.
Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok?
Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.