“Nampak Anak-Anak Selesa” Shuib Mohon Doa Yang Baik-Baik, Akui Dalam Fasa Berkawan!

Share

Doakan yang baik-baik. Begitu kata usahawan dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita. Semuanya demi empat cahaya matanya yang tersayang.

Enggan terus menafikan, Shuib mengakui sedang berkawan dengan seseorang namun masih belum punya apa-apa perancangan dan semuanya masih di peringkat awal.

“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.

“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok- sorok.

“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya berkongsi.

Akui ayah kepada empat cahaya mata ini juga, apa yang lebih penting adalah anak-anaknya. Namun kata Shuib lagi, dia nampak anak-anak selesa bersama teman barunya itu.

Malah Shuib turut meminta untuk mendoakan yang baik-baik jika sudah tertulis jodohnya pada masa akan datang.

“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampak anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia.

“Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik- baik. Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya lagi.

MENARIK:

Cara Buat Kiub Ayam Homemade Tanpa MSG, Semudah ABC, Lagi Selamat Anak Makan!

Tak Perlu Cakap Jangan Atau Paksa Turun, Ni Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun Bawah!

Muka Tak Bersalah, Comel. Berkarya Guna Lipstick Mummy, Gelagat Anak Yana Samsudin Curi Perhatian!

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.

Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN