Nampak Mewah & Wow! Deko Dinding Ruang Tamu Guna Cermin RM2.10 Dengan Lidi

Share

Pasti ramai yang teringin untuk mendekorasi rumah. Cuma kekangannya adalah bajet. Sebab tak semua perhiasan dijual pada harga yang mampu milik. Ada yang harganya boleh cecah nilai ratus untuk satu barang.

Mungkin bagi orang berduit tak ada masalah, cuma golongan sederhana anda tak perlu nak risau. Sekarang ni banyak idea untuk mendekorasi rumah dengan bajet minima tetapi hasilnya wow!

Seperti perkongsian video di TikTok @merraco29, idea menggunakan cermin RM2.10 dan lidi seterusnya di spray dengan warna gold memang cantik sangat. Sesuai bagi anda yang nak hias dinding ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur.

Jika dipasaran, harga cermin yang dihias seperti ini agak mahal juga, kini dengan bajet dalam RM10 dah dapat satu. Nak tahu macam mana caranya boleh tengok video ini.

Video yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian orang ramai apabila meraih 2.3 juta tontonan.

@merraco29hi isnin..Cermin bulat rm2.10,lidi rm 2.10..tampal2 dan spray dah siap!.. semoga bmanfaat ya..nantikan diy seterusnya ok😊 ##diy ##esekeli ##foryou♬ Caught In The Middle – Marknunag02 ⍟ 🌈

Lebih menarik, bahan yang digunakan ini boleh dibeli di kedai Eco yang bernilai RM2.10 sahaja.

Antara yang anda perlukan ialah cermin bulat, lidi dan spray.

Jadi kepada anda yang menyukai dekorasi minimalis tetapi nampak mewah, boleh cuba idea ini. Memang berbaloi sangat-sangat.

Kredit: TikTok @merraco29

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN