Setiap ibu ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anak, lebih-lebih lagi bila melibatkan kesihatan. Bila anak meragam, susah membuang, atau nampak tak selesa naluri seorang ibu memang akan cari jalan paling cepat untuk bantu.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian seorang ibu yang menggunakan “constipation patch” untuk mengatasi masalah sembelit bayinya. Menerusi gambar yang dikongsikan, patch tersebut dilekatkan pada perut bayi, dan menurut ibu tersebut, kesannya sangat cepat.
“Lepas tampal patch ni, terus selambak anak i membuang Tak sangka ada jual patch untuk sembelit baby, senang kerja mommy tampal je kalau nampak anak susah membuang ”
Perkongsian itu menarik perhatian ramai ibu bapa lain yang melihatnya sebagai solusi mudah dan cepat. Namun, di sebalik kemudahan itu, muncul kebimbangan daripada pakar perubatan.
Doktor Tegur: Jangan Jadikan Patch Sebagai Rawatan Pertama
Seorang pakar kanak-kanak, Dr Deenish, tampil memberi penjelasan tegas namun berhemah. Menurut beliau, walaupun niat ibu tersebut baik, penggunaan patch seperti ini tidak sepatutnya menjadi rawatan pertama untuk bayi yang mengalami sembelit.
Ads
“Saya faham niat puan nak bantu baby lain. Tapi ini melibatkan keselamatan bayi, jadi perlu lebih berhati-hati.”
“ I don’t think this patch should be “first treatment” untuk baby yg sembelit.”
Fakta Penting Yang Ramai Tak Tahu
1️⃣ Kulit bayi sangat sensitif
Kulit bayi sebenarnya 5 kali lebih nipis berbanding orang dewasa. Patch yang mengandungi bahan herba seperti Angelica sinensis, Safflower dan Cistanche belum pernah diuji secara klinikal ke atas bayi.
👉 Risiko: boleh sebabkan iritasi, alergi atau penyerapan bahan yang tak diketahui kesannya.
2️⃣ Tiada bukti patch berfungsi melalui kulit
Semua kajian berkaitan bahan herba ini dilakukan melalui pengambilan oral (makan) bukan melalui tampalan pada kulit.
👉 Maksudnya: tiada bukti saintifik bahawa bahan ini boleh meresap ke dalam badan dan sampai ke usus untuk bantu sembelit.
3️⃣ Sembelit bayi bukan perkara kecil
Bagi bayi bawah 6 bulan, sembelit bukan sekadar masalah biasa. Ia boleh jadi tanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti:
Organisasi seperti American Academy of Pediatrics (AAP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menasihatkan supaya bayi dengan masalah ini dirujuk kepada doktor, bukan dirawat sendiri tanpa pemeriksaan.
Bila “Senang” Tak Semestinya Selamat
Dalam dunia parenting hari ini, memang banyak produk nampak “magical” tampal je, selesai masalah. Tapi realitinya, tubuh bayi masih sangat fragile.
Apa yang nampak berkesan pada luaran, belum tentu selamat di dalam.
Nasihat Untuk Ibu Ayah
Kalau anak mengalami sembelit:
Ads
* Perhatikan corak buang air besar (kekerapan, tekstur)
* Elakkan terus cuba produk tanpa nasihat doktor
* Dapatkan pemeriksaan jika bayi nampak sakit, menangis kuat, atau perut keras
Kadang-kadang, yang paling selamat bukan yang paling cepat tapi yang paling betul.
Niat nak mudahkan urusan anak memang mulia. Tapi bila melibatkan bayi, setiap keputusan kecil boleh beri kesan besar.
Sebelum ikut trend atau “hack” parenting di media sosial, pastikan ia disokong oleh ilmu dan nasihat pakar.
Sebab untuk anak, “try and error” bukan pilihan. Semoga jadi panduan buat ibu ayah semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.
Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi nota lengkap yang disampaikam oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM & Naib Presiden I-Medik. Malah catatan lengkap puan Zatil mendapat pujian oleh doktor berkenaan.
Ikuti catatan ilmu keibubapaan ini.
Catatan nota saya dari FB Live Psikologi Abi Ummi oleh Dr. Rozanizam malam tadi:
Hanya satu jam setengah tapi rasa macam pergi seminar 2 hari.
KAEDAH 5R UNTUK MEMBENTUK KECERDASAN EMOSI ANAK
🔘Prinsip Asas Psikologi Ibubapa:
1. Tidak ada ibubapa yang sempurna, yang ada hanyalah ibubapa yang sentiasa memperbaiki diri (No perfect parents, only improved parents).
2. Ibubapa lah model kpd emotional intelligence anak-anak (Model it out).
3. Bina ikatan dgn anak-anak (Bonding 3X!).
4. Ia adalah proses yg perlahan tetapi berterusan (Slow & steady process).
🔸Sentiasa deposit emosi kepada anak-anak, itu pelaburan kita.
-yang kita akan tuai kemudian.
🔸Mempelajari psikologi anak-anak adalah 1 tuntutan.
-agar setiap yang kita buat itu dengan ilmu.
🔘Kestabilan: Anak-anak perlu stabil untuk membolehkan dia berkembang.
4S untuk bina kestabilan anak:
1. SAFE (fizikal)
-anak perlu rasa selamat
2. SECURED (hubungan)
-anak perlu rasa dilindungi oleh ‘attachment figure’ eg: ibu, ayah dll
3. SOOTH (emosi)
-anak perlu rasa tenang
4. SEEN (emosi)
-anak perlu rasa dihargai dan dipandang.
🔸Hasil daripada 4S ini, anak akan dapat berkembang secara normal dari segi fizikal, kognitif dan emosi.
4 jenis ibubapa:
1. Ignore- tak peduli emosi anak
2. Disapproved- nafi emosi anak
3. Leisure spare- ambil mudah emosi anak
4. Ultra parents- ambil berat emosi anak
▪️Ibubapa jenis ignore, disapproved dan leisure spare menghasilkan anak yang bermasalah.
▪️Ibubapa jenis ultra akan menunjukkan bimbingan emosi:
-mereka terima emosi anak
-mereka pandu anak untuk ekspres emosi
-mereka bantu anak mengurus emosi
🔘 Emotional Quotient lebih penting daripada Intellectual Quotient.
🔸EQ:
-tahu dan mampu mengendali serta mengurus perhubungan.
-tahu mengurus emosi diri
-tahu cara untuk berhubung
🔸IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak.
🔸Kenapa perlu bina EQ?
1. EQ berkadar langsung dengan kejayaan.
2. EQ tidak boleh terbentuk sendiri.
🔸EQ hanya boleh dibentuk melalui bimbingan emosi oleh ibubapa (emotional coaching by parents).
-tapi berita baiknya, otak anak kita ini seperti plastik;
-boleh dibentuk (mould)
-bahkan sehingga anak berumur 27-28 tahun
-makin kita bentuk, makin cantik
-makin kita buat, makin mahir
-eg: dari seorang anak yang tak pandai kawal marah kepada anak yg tahu cara mengawal dan melepaskan kemarahannya dengan betul.
🔸EQ anak kita bergantung kepada kita sebenarnya!
🔘 Kaedah 5R untuk bentuk EQ anak.
1. REFLECTION
2. RELAXATION
3. REGULATION of emotion
4. RELATIONSHIP building
5. RESCPECT
1. REFLECTION
▪️self-reflection/self-awareness
▪️kemampuan untuk muhasabah diri dia
▪️Mampu lihat diri dia dari luar
▪️eg: “Aku marah sangat ni.. Aku kasar sangat ni..”
▪️Dia sedar diri
▪️Tahu setiap kesan emosi kpd tindakannya dan kesan tindakannya kpd emosinya.
▪️Ramai generasi muda hari ini tidak sedar akan dirinya (clueless generation).
▪️Dalil muhasabah:
“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk hari esok (akhirat).. ”
(Surah Al-Hasyr, 59: 18)
🔸Tips 10R untuk galakkan anak muhasabah diri (encourage self-reflection) :
1. Jadi teladan kepada anak (role model)
-anak belajar cara marah daripada kita
2. Berikan masa lapang
-allow free time
-supaya anak ada masa untuk fikir tentang diri dia
3. Ambil masa untuk keluarga bermuhasabah
-buat usrah keluarga
-tanya dan bina perbualan
eg: “Apa 3 benda yg buat kakak gembira hari ni?”
4. Galakkan anak ekspres emosi
-bagi anak luah sama ada secara kata-kata atau tulisan atau lukisan
-anak boleh tulis diari
5. Tanya anak soalan yang boleh buat mereka berfikir
-anak akan belajar berfikir
6. Tanya anak apa yang dia syukuri
7. Belajar untuk ‘slow down’
Ajar anak STOP untuk bertenang, baru proceed:
S-Stop dulu
T-Take deep breath
O-Observe
P-Proceed
8. Do it again, do it right
-beri anak peluang untuk betulkan kesilapan dia
-bukan berleter tentang salah dia
-minta dia buat semula dengan cara yang betul
-anak akan belajar dan berkembang
-eg: Ajar anak cara untuk minta tolong dengan tertib.
9. Puji mereka
Syarat puji:
-sebut emosi kita
-sebut kejayaan dia
-eg: “Ummi happy sangat Anas tak kedekut dengan adik.”
10. Galakkan anak untuk selalu self-talk
-ajar dia motivate diri sendiri
-eg: “Kakak boleh buat.”
—————————————————
2. RELAXATION
▪️Ajar anak untuk bertenang
-bayangkan otak kita saat minyak dan air bercampur
-ketika kita tidak tenang, kita tidak dapat berfikir dengan baik
-baik dan buruk bercampur aduk
🔸Tips 8R ajar anak bertenang
1. Deep breathing
-ada banyak teknik untuk buat deep breathing
-sama ada seolah2 tiupan belon, bunga, guna bola kembang kempis
-bole tengok YouTube Dr. Rozanizam tentang deep breathing
2. Progressive muscle relaxation
-cara release stress dengan jadi ‘turtle’
3. Cara imaginasi:
-membayangkan berada di pantai etc
-untuk escape/break otak daripada fikiran tak tenang tu
4. Squeeze ball
-masa kita marah, otak kita tak rasional krn otak luar shut down dan otak emosi activated
-otak emosi yang kawal
-kita kena buat supaya otak luar kawal semula otak emosi
-tonton YouTube Dr. Rozanizam:
Relaxation and mindfulness
5. Buat aktiviti, senaman atau bermain
-bukan melalui gadget
-gadget adalah artificial world
-anak kena tahu bahawa hanya dia sahaja yang boleh tenangkan diri dia sendiri
6. Ajar anak fikir positif
-perbetul cara fikir anak
-eg: “bukan susah, cuma belum pandai.”
-kalau kita fikir susah, emosi yang datang: “aku tak boleh buat ni.”
-ajar anak fikiran alternatif lain untuk bina fikiran positif
-eg: “mesti ummi tak sayang aku.” tukar kepada “mungkin ummi penat dan susah hati, bukan ummi tak sayang.”
7. Role model
-kita yang tunjuk kepada anak cara yang betul untuk bertindak bila marah atau tertekan
-eg: berwuduq, solat, baca Quran, memasak etc
8. Ajar anak untuk ekspres, ceritakan, kongsi apa yang mereka rasa
-bantu dia utk luah perasaan
-ingat, apa yang kita tanam saat anak umur 12 tahun mungkin berguna untuk dia ketika dia umur 20 tahun.
————————————————-
3. REGULATION of emotion
▪️Kemahiran untuk kenalpasti dan kendalikan emosi secara positif
▪️Emosi ni dia ada range dia
-jika sekelip mata boleh berubah terus dari tenang kpd amuk, itu tandanya dia tidak mampu kawal emosi
-kunci kestabilan emosi: resilient
🔸Tips 5R untuk ajari anak kawal emosi (RULER)
1. Recognise
-kita yg perhati dan kenalpasti, bukan tunggu anak yg datang
-pelajari kaedah LOOK
2. Understand
-belajar untuk tahu dan faham apa punca perasaan tu
3.Listen & label
-bagi anak cerita; anak akan belajar label emosi dia
-ada lebih 500 emosi dalam diri seseorang
-‘name it to tame it’
-anak lelaki sebenarnya lebih beremosi daripada anak perempuan cuma dia susah nak cerita.
eg: “oh abang rasa sedih sebab abi tak bawa abang sekali pergi masjid?”
4. Express
-ajar anak ekspres dengan cara yang betul
-eg: bila marah boleh keluar bermain, bukan pukul adik
5. Regulate effectively
-ajar anak bagaimana cara untuk kawal emosi dan bertenang
-eg: minta maaf, melukis etc
4. RELATIONSHIP building
▪️anak mampu bina hubungan yg baik
▪️anak ada hubungan yg bermakna dgn orang lain
▪️anak mampu untuk berkomunikasi dgn orang lain
🔸7 kemahiran yang perlu untuk anak bina perhubungan:
1. Boleh berkongsi
2. Boleh bekerjasama
3. Boleh mendengar dan memberi maklumbalas
4. Boleh mengikut arahan
5. Boleh menghormati ruang privasi orang lain
6. Boleh eye contact
7. Berakhlak dan berbudi bahasa
🔸6 cara untuk anak bina perhubungan:
1. Beri anak bermain
2. Ajar anak urus emosi
3. Ajar anak empati
4. Bercerita dengan anak
-social stories
-anak lebih cepat belajar ketimbang hanya kata-kata
-boleh tonton bersama anak filem Inside Out.
5. Modelkan pada anak cara berkawan
6. Set rules dalam keluarga
-eg: jumpa orang, salam.
—————————————————
5. RESPECT
▪️Anak boleh menghargai orang lain, dan anak tahu bahawa orang lain ada nilai
🔸13 cara ajar anak untuk hormat:
1. Tunjuk kpd mereka yg kita hormat mereka
-bila anak bercakap, kita tengok dia
2. Biasakan pandang mata anak bila anak bercakap dengan kita
3. Puji dia bila perbuatan dia menunjukkan dia hormat orang lain.
4. Hukum dia bila dia menunjukkan perbuatan tidak hormat orang lain.
5. Ajar anak untuk ambil tahu pandangan orang lain
-anak perlu tahu bahawa pandangan orang lain matters
6. Ajar anak kenalpasti pandangan orang lain
-identify other people viewpoints
7. Ajar anak kenal perihal orang lain
8. Ajar anak berkongsi
9. Ajar anak bersyukur
10. Fahamkan anak kenapa dia jadi tidak hormat
11. Ajar anak minta maaf
12. Ajar anak ucap terima kasih
13. Ajar anak empati
Ikuti FB Live Dr. Rozanizam seterusnya tentang ‘Bila anak buat perangai’ Isnin ini 9 malam.
Dewan penuh sorakan, gelak tawa kanak-kanak dan semangat ibu bapa yang luar biasa, itulah gambaran kemeriahan AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang berlangsung dengan cukup meriah dan penuh warna-warni. Menggabungkan elemen sukan, kesihatan dan edutainment, acara ini berjaya mencipta pengalaman bermakna buat ribuan keluarga yang hadir.
Bukan sekadar hari sukan biasa, AKE Olympic kali ini tampil dengan konsep lebih segar dan bertaraf antarabangsa menerusi tema Olimpik yang benar-benar menghidupkan suasana dewan sejak dari awal acara.
Zumba Energetik Buka Tirai Hari Sukan
Sebelum acara rasmi bermula, pentas AKE Olympic terlebih dahulu dipanaskan dengan sesi Zumba penuh bertenaga daripada Nas Adila Dance Crew yang dikendalikan oleh Zin Yana.
Irama muzik rancak dan gerakan ceria berjaya membuatkan ibu bapa serta anak-anak turut sama bangun menari dan mengikut rentak. Dewan yang pada awalnya dipenuhi rasa teruja terus bertukar menjadi lautan energi positif.
Tidak cukup dengan itu, acara turut diserikan dengan gimik pemecahan belon oleh pengusaha cawangan senior AKE yang menjadi simbolik pembukaan rasmi temasya sukan tersebut ternyata menambahkan lagi debaran dan kemeriahan suasana.
Gimik Olimpik Curi Tumpuan
Antara momen paling mencuri perhatian pastinya upacara perasmian bertemakan Olimpik yang dibuat penuh gah dan simbolik. Seramai 20 pengusaha cawangan AKE tampil memasuki dewan sebagai delegasi kontinjen, lengkap dengan semangat kesukanan yang membangkitkan aura temasya sukan dunia.
Lebih dramatik, salah seorang pengusaha cawangan AKE, Sir Kamal Faridz tampil membawa obor sebagai simbolik perasmian acara, sekali gus menyalakan semangat perpaduan, kerjasama dan gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak serta ibu bapa. Obor tersebut kemudiannya bertukar tangan antara kesemua penguasaha cawangan sebelum akhirnya diletakkan di tapak khas oleh Sir Khairul Azmi.
Sorakan demi sorakan daripada para hadirin menjadikan suasana ketika itu benar-benar terasa seperti berada di stadium Olimpik sebenar.
Dua Sesi Perasmian, Raikan Lebih Banyak Keluarga
Menariknya, upacara perasmian AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 diadakan sebanyak dua kali bagi meraikan dua kumpulan ibu bapa dan kanak-kanak yang berbeza. Langkah itu bukan sahaja memberi peluang kepada lebih ramai keluarga untuk merasai pengalaman acara secara eksklusif, malah membuktikan komitmen pihak penganjur dalam memastikan setiap peserta dapat menikmati perjalanan program dengan lebih selesa dan tersusun.
Majlis perasmian sesi pagi turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim manakala untuk sesi petang, kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon sama-sama memeriahkan acara dan memberikan sokongan terhadap penganjuran program berteraskan pembangunan kanak-kanak secara holistik.
Sebagai penutup upacara perasmian, persembahan bertenaga dari murid-murid SK TUDM Subang iaitu Forces Crew, membuatkan ramai yang terpukau dengan kelincahan persembahan Aerodance yang mereka lakukan.
Slot Kesihatan Jadi Perhatian Ibu Bapa
Selain aktiviti sukan dan hiburan, AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 turut memberi penekanan terhadap aspek kesihatan kanak-kanak menerusi perkongsian bermanfaat daripada barisan pakar jemputan.
Antara yang mencuri perhatian ialah slot bersama Pakar Pergigian dan Dr. Ain Syuhada dari Redha Dental yang berkongsi pelbagai tip penjagaan kesihatan gigi anak-anak dengan cara santai dan mudah difahami. Turut berbercerita tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata anak adalah Pakar Oftalmologi, Dr. Norwazilah yang mewakili Avisena Specialist Hospital.
Bukan itu sahaja, Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Nisa Khalil juga turut hadir bagi berkongsi ilmu berkaitan penjagaan kesihatan anak-anak secara menyeluruh. Perkongsian yang padat tetapi santai itu nyata memberi banyak manfaat kepada ibu bapa yang hadir, malah ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk bertanya secara langsung kepada pakar jemputan.
Persembahan Pentas Buat Pengunjung Tak Lekang Dari Duduk
Kemeriahan acara diteruskan lagi dengan pelbagai persembahan pentas yang berjaya mencuri perhatian pengunjung dari awal hingga ke penghujung acara. Antara yang paling memukau pastinya persembahan roti canai terbang oleh Adik Amsyar yang membuatkan ramai kagum melihat kemahirannya mengendalikan aksi tersebut dengan penuh yakin dan bersahaja.
Tambah menarik, persembahan magik daripada Fakhrul Illusionz benar-benar menghidupkan suasana apabila pengunjung, khususnya kanak-kanak, tidak berhenti bersorak setiap kali helah magik dipersembahkan di pentas utama.
Pentas Meriah Dengan Kehadiran Maskot Adam & Ayra
Bertepatan dengan hari sukan yang meraikan kesemua para pengusaha, guru-guru, ibu bapa dan kanak-kanak, antara acara pentas yang mendapat perhatian ramai adalah ketika maskot AKE. Adam dan Ayra membuat penampilan khas bersama barisan tenaga pengajar dengan tarian comel diiringi lagu rasmi Ake iaitu Baby Khalifah.
Bukan itu saja, kehadiran maskot Didi & Friends turut menggamatkan suasana dan membuatkan pentas ‘penuh’ dengan gelak tawa dan sorakan mereka memanggil kesemua watak maskot kartun kegemaran ramai itu.
Kehadiran Catfluencer Buat Anak-Anak Teruja
Suasana bertambah gamat dengan penampilan istimewa Katnis bersama kucing-kucing comel peliharaannya, Elex dan Evian yang menjadi perhatian ramai sepanjang acara berlangsung.
Kanak-kanak dilihat begitu teruja untuk mendekati dan bergambar bersama catfluencer terkenal itu, malah ada yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu bertemu dengan ‘si bulus’ kesayangan ramai tersebut.
Momen santai dan mesra itu secara tidak langsung menjadi antara tarikan paling manis sepanjang acara berlangsung.
Aksi Muay Thai Bertenaga Pukau Pengunjung
Tidak hanya dipenuhi aktiviti santai dan hiburan keluarga, AKE Olympic turut menampilkan persembahan Muay Thai penuh bertenaga daripada Raff Teras Gym. Lebih istimewa, persembahan tersebut turut menampilkan bekas Hero Remaja 2017/2018, Alif Muhaimin yang berjaya mencuri perhatian ramai dengan aksi lincah dan penuh karisma di atas pentas.
Sorakan penonton jelas kedengaran setiap kali gerakan dan aksi dipamerkan, menjadikan persembahan itu antara segmen paling mendebarkan sepanjang hari.
Konsert Pa&Ma Serlahkan Bakat Kanak-Kanak
Dalam pada itu, Konsert Pa&Ma turut menjadi salah satu segmen yang paling dinanti-nantikan pengunjung. Pentas konsert dipenuhi dengan persembahan istimewa daripada kanak-kanak berbakat yang tampil menyerlah menerusi nyanyian, tarian, permainan alat muzik dan pelbagai lagi persembahan kreatif. Dazrin Kamarudin berjaya membuatkan suasana ceria dan meriah bersama-sama kanak-kanak yang melakukan persembahan pada hari tersebut.
Melihat keberanian dan keyakinan anak-anak membuat persembahan di hadapan khalayak ramai nyata menjadi momen membanggakan buat ibu bapa yang hadir.
Turut memeriahkan konsert tersebut ialah pemenang tempat ketiga Talk To My Manager 2025, Oddah, yang tampil dengan persembahan penuh bertenaga dan berjaya menghiburkan seluruh dewan.
Gabungan Sukan, Kesihatan & Edutainment Dalam Satu Acara
AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 bukan sahaja mengangkat elemen keseronokan dalam bersukan, tetapi turut memberi penekanan terhadap perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak.
Pelbagai aktiviti interaktif disediakan sepanjang acara bagi menggalakkan anak-anak bergerak aktif sambil belajar berkomunikasi, bekerjasama dan membina keyakinan diri. Dalam masa sama, ibu bapa juga diberi ruang untuk bersama-sama mencipta memori manis bersama anak-anak.
Semangat Kesukanan Jadi Penghubung Keluarga
Lebih daripada sekadar acara tahunan, AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 berjaya membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan keluarga.
Melihat anak-anak berlari penuh semangat, ibu bapa bersorak dan memberi sokongan serta kerjasama semua pihak bagi menjayakan acara, semuanya menjadi momen indah yang sukar dilupakan. AKE sekali lagi membuktikan bahawa dunia pendidikan awal kanak-kanak juga boleh diraikan dengan penuh kreatif, aktif dan menyeronokkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keselamatan anak ketika menaiki kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Ramai ibu bapa masih beranggapan mendukung anak di riba lebih mudah dan praktikal, sedangkan hakikatnya ia berbahaya. Seorang ibu berkongsi pengalaman hidup yang mengubah cara fikirnya tentang penggunaan car seat bayi dan kanak-kanak, apabila suaminya sendiri pernah tercampak keluar dari kereta sewaktu kecil kerana beriba.
Menurut ibu ini, pengalaman pahit suaminya ketika berusia dua tahun menjadi pengajaran terbesar. Suaminya ketika itu duduk di atas riba nenek dalam sebuah kereta. Tiba-tiba tayar meletup, kereta terbabas lalu berpusing tiga kali sebelum suaminya tercampak keluar melalui tingkap.
“Syukur sangat masa tu tiada kereta lain lalu. Suami jatuh di tengah jalan dengan luka teruk di muka, kaki dan lengan hingga terpaksa dijahit. Parut masih jelas sampai sekarang,” kongsinya.
Pengalaman ini membuatkan pasangan tersebut berazam untuk tidak lagi mengambil mudah isu keselamatan anak. Mereka sepakat mendidik tiga cahaya mata mereka menggunakan car seat sejak bayi lagi, tidak kira perjalanan jauh atau dekat.
Si ibu mengakui cabaran utama pada awalnya ialah tangisan anak-anak yang tidak selesa bila diletakkan di dalam car seat. Namun, bagi mereka keselamatan jauh lebih utama.
“Anak kedua paling champion menangis, sejam non-stop masa bawah setahun. Saya biarkan saja, teruskan perjalanan sambil pujuk-pujuk. Prinsip kami jelas: biar anak menangis, asalkan nyawa mereka selamat,” jelasnya.
Kini, hasil kesabaran itu mula menampakkan hasil. Anak-anaknya sudah terbiasa dan malah berasa selesa duduk dalam car seat masing-masing. Perjalanan jauh kini lebih aman dengan nyanyian, gurauan dan interaksi adik-beradik yang saling menghiburkan.
Pakar keselamatan jalan raya menegaskan bahawa penggunaan car seat mampu mengurangkan risiko kecederaan serius sehingga 70% dalam kemalangan membabitkan bayi dan kanak-kanak. Walaupun masih ada ibu bapa yang beralasan anak menangis atau perjalanan dekat sahaja, hakikatnya kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.
Pengalaman keluarga ini menjadi bukti bahawa car seat bukan sekadar aksesori, tetapi keperluan asas keselamatan anak-anak. Tangisan boleh dipujuk, tetapi nyawa anak-anak tidak boleh diganti.
👉 Bayi baru lahir hingga 2 tahun – gunakan rear-facing car seat kerana lebih selamat untuk tulang belakang dan leher. 👉 Kanak-kanak 2 – 4 tahun – boleh beralih ke forward-facing car seat dengan tali pinggang keselamatan. 👉 Kanak-kanak 4 – 8 tahun – gunakan booster seat sehingga cukup ketinggian untuk memakai tali pinggang kereta dengan selamat.
Kesedaran awal dan disiplin ibu bapa mampu menyelamatkan nyawa si kecil. Jangan tunggu tragedi berlaku baru kita mahu bertindak. Mulakan sejak bayi, kerana keselamatan anak adalah tanggungjawab paling besar seorang ibu dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebakaran Jalan Kampung Cina di Kota Bharu memusnahkan 10 rumah apabila beberapa mangsa berkongsi detik cemas kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kejadian tengah hari tersebut.