Kehamilan

Nampak Muka Segar Tapi Hakikatnya Tak Larat. Makin Dekat Due, Syatilla Asyik Nak Baring

Share

Pelakon Syatilla Melvin akui kandungan yang semakin sarat membuatkan dirinya malas keluar dan nak bersiap. Dia akui lebih selesa berehat di rumah kerana pergerakan pun dah mula terbatas.

Menurut Syatilla, memandangkan tarikh jangkaan bersalin semakin dekat setiap apa yang ingin dilakukan kena fikir banyak kali.

“Nampak muka memang macam fresh ja sentiasa kan, tapi hakikatnya dah hujung-hujung pregnancy ni nak buat apa pun tak larat dah.

“Nak keluaq rumah pun pikiaq 65 kali, nak makeup pun rasa rugi sangat masa (baik baring lagi bagus).

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berkongsi rasa teruja selain mendoakan agar dipermudahkan urusan bersalin.

Sumber: Ig samtilla

IKLAN