Doktor, apa tompok-tompok berwarna putih pada gigi anak saya ni? Tak ada hitam pun, tak nampak lubang pun. Tapi gigi pecah-pecah macam kapur.

Pada gambar pertama ada warna putih, yang putihnya lain dari warna asal gigi. Ianya dekat permukaan gigi berdekatan gusi.

Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!

Tahu tak warna putih atau rapuh seperti kapur adalah “detect early caries lesion”. Yes, early caries lesion. Itu tanda awal karies ya. Walaupun warna putih, tidak coklat, tidak hitam.

Bila mulai naik tanda awal ni, ini petanda untuk anda bertindak dengan lebih aktif jaga gigi anak anda!

YANG MANA SATU GIGI ANAK ANDA ?

Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!
Peringkat pertama

1️⃣ Gigi yang sihat berwarna putih susu.
Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.

Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!
Peringkat kedua

2️⃣ Tompok putih tanda awal gigi susu nak rosak.
Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.

Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!
Peringkat ketiga

3️⃣ Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang.
Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.

IKLAN
Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!
Peringkat keempat

4️⃣ Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak.
Gusi dan muka akan bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.

Risau! Ya ramai ibubapa risau lepas tengok gambar white spot pada gigi. Baru perasan yang anak masing-masing ada white spot tu.

Dah tu nak buat apa ni doktor? Takut dibiarkan jadi lubang nanti! Jawapan: Cari punca.

PUNCA KENAPA GIGI SUSU MULA ROSAK :

1. Gosok gigi sekurangnya 2 kali sehari tak?
Ini wajib ya. Paling penting SEBELUM TIDUR.

IKLAN

2. Guna Ubat gigi kanak-kanak yang berfluorida?
Kalau sudah naik “white spot” tu jangan bertangguh, terus guna ubat gigi berfluorida ya.

3. Pemakanan anak macam mana? Kerap bagi gula-gula? Kerap makan manis?
Ala.. nenek / pengasuh dia yang bagi saya memang tak bagi sebab saya kerja. Tak kan nak suruh doktor gigi yang bagitahu nenek dia.. Awak kan mak ayah dia. Kalau nak jaga hati pun, balik rumah..sorokkan semua bekal yang manis-manis tu daripada anak.

4. Bersihkan mulut anak selepas menyusu?
Lepas menyusu kena lap gigi tu, atau minta anak berkumur. Kebiasaan untuk membersihkan mulut bayi iaitu gusi, bahagian dalam pipi serta lidah bayi, guna kain bersih yang lembut dan lembap.Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.

5. Mengempeng susu.
Alahai doktor, anak saya menyusu badan sahaja..Tahukah anda bahawa terdapat kandungan gula pada susu badan dan susu botol.

Jika anak suka menyusu sampai tertidur. Sisa susu yang terlalu lama melekat pada gigi susu anak dan akan menyebabkan gigi susu cepat rosak terutamanya di bahagian depan.
Sebaiknya cabut puting susu, angkat bibir anak dan lap sisa susu pada gigi mereka.

IKLAN

6. Bawa jumpa doktor gigi.
Untuk periksa kesihatan mulut keseluruhan. Ini bagus kalau ada kerosakan yang kita tak perasan, doktor gigi akan bagitahu.

7. Sapuan fluorida
Sapuan Flourida adalah pencegahan. Ia hanya boleh dikelolakan oleh dental professional.
Walaupun sudah sapu Flourida atau nak sapu Flourida..ibubapa tetap kena jaga gigi anak.

Sudahkah anda bawa anak jumpa doktor gigi? Mintalah nasihat yang terbaik untuk jaga gigi anak anda.

Bantu saya kongsikan ilmu kesihatan pergigian ini. Sayangi anak, jagalah gigi anak.

Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI