Malang tak berbau, walaupun kita mengelakkan anak dari masuk ke dapur, ada waktunya bahaya mengundang anak kita. Minyak panas atau air panas paling penting dijauhkan dari anak. Letaklah di tempat yang tinggi.
Namun jika ia terjadi, jangan cemas dan bertindaklah dengan pantas. Apa yang penting menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan, elakkan meletakkan benda-benda yang tidak masuk akal.
Ikuti langkah yang dikongsikannya jika anak melecur.
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan. Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
Ads
◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Ads
Rawatan kecemasan awal betul adalah: 1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
Ads
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?
Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.
Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan
✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut ✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut ✔️ Kesukaran untuk tidur ✔️ Sakit telinga ✔️ Sakit pada otot muka ✔️ Sakit kepala pada waktu pagi
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.
Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
Bila ibu bersalin, mereka akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tak kisahlah bersalin normal atau melalui pembedahan, letihnya sama saja. Badan penat, minda dan emosi juga mudah terusik. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TAK BOLEH DIPANDANG RINGAN
TANDA PALING BAHAYA!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin kesan sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek seperti selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
Sumber foto: www.shutterstock.com
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...