Comelnya gelagat Aafiyah dengan Datuk Sri Siti Nurhaliza di belakang pentas. Dalam kesibukan penyusuan susu ibu tetap diteruskan.
Video yang mempunyai kapsyen pendek “Anak ibu sayang #sitinurhalizaontour” yang dimuatnaik di Instagram beliau telah mendapat tontonan lebih dari 1.4juta. Ia menunjukkan gelagat dua anak beranak ini semasa tour konsert berlangsung di Indonesia.
Dalam video berkenaan, Datuk Sri Siti Nurhaliza mendukung si kecil itu sambil berbual dengan Aafiyah. Aafiyah tertarik dengan hiasan pakaian ibunya. Dia juga memegang untaian aksesori kepala yang dipakai ibunya.
Para peminat teruja melihat telatah Aafiyah dan Datuk Sri Siti. Seperti ibu-ibu lain memahami situasi ibu sedang bekerja tetapi tetap ingin melengkapkan penyusuan susu ibu kepada anak. Sentuhan dan ciuman buat Aafiyah membuatkan sisi keibuan beliau amat terserlah.
“Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, tiba-tiba saya mendengar anak saya menangis.
“Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
Itu yang dikongsikan oleh seorang bapa yang juga pelakon, Meor Mohd apabila berdepan saat cemas setelah anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, baru-baru ini.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.
Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.
Katanya lagi, selepas di bawa ke hospital untuk rawatan, pihak hospital memintanya untuk memaklumkan jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.
“Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.
“Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan,” ujarnya yang turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram.
Menerusi perkongsiannya itu, Meor turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penat uruskan rumahtangga, anak-anak dan suami, sampai waktunya mak-mak tumbang jua dek kepenatan melampau. Badan perlukan rehat!
Sekali tumbang dengan demam dan migrain, remedi dari dapur perkongsian Pn Mastura Rashid dengan air rebusan lemon dan cengkih ini mama kena cuba.
Dah 3 hari saya demam dengan batuk selesema teruk. Tidur malam dengan sakit dadanya, kepala yang rasa nak pecah, dan bila berdiri pula rasa bergoyang-goyang pandangan.
Dahlah saya memang tak suka makan ubat demam. Sebab masa muda dulu dah banyak sangat bergantung dengan ubat demam bila sakit. Jadi bila makin tua ni, saya cuba elakkan. Maka ubat demam biasanya akan jadi pilihan terakhir jika rawatan awal tak jalan.
In fact kalau anak-anak demam, saya prefer bagi mereka minum air barli atau lemon untuk redakan suhu badan. Untuk batuk dan selesema, jika tak ke klinik, saya bagi mereka makan madu dan hisap manuka honey drops yang ada di farmasi. Jika saya migrain, teh cengkih pun dah cukup melegakan.
Jadi disebabkan hari pertama saya diserang migrain yang teruk, dan demam panas, saya pun buatlah remedi dari dapur. Iaitu air lemon cengkih.
Alhamdulillah surut terus demam dan migrain. Cuma badan masih lembik dan goyang-goyang gitu. Nak buat remedi ni mudah sangat tau.
InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.
Untuk blocked sinus, kita kena minum remedi yang boleh kurangkan keradangan, kurangkan bengkak dan cairkan lendir yang dah berkumpul di rongga sinus. Yang ini saya pernah kongsikan remedi air susu kunyit lada hitam.
Migrain disebabkan cuaca panas, demam, silau cahaya insyaAllah boleh lega dengan air lemon cengkih ni. Bawah ni saya kongsikan bahan dan cara buat air lemon cengkih.
Bahan:
1 biji lemon
10-15 kuntum bunga cengkih
Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)
Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sampai air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air). Tutup api dan periuk. Biarkan sampai dia jadi suam-suam panas.
Tuang lemon dalam cawan. Tambah madu asli. Minum je macam biasa okeh. Bila-bila masa. Takde pantang larang ke apa ke takde. Dont worry.
Tak lama lepas minum, kita akan mula rasa lega. Sakit kepala makin lega, panas badan makin surut dan dada yang sebelum ni sakit sedikit lapang dah.
Oh ya. Lemon tu boleh je kunyah-kunyah. Madu tu nak tambah lebih sikit pun boleh je sebab madu kan energy booster. Tau jelah demam ni macamana lembiknya badan tu. Longlai rasa. Semoga bermanfaat!
Siapa yang tak nak kembali cantik dan langsing selepas bersalin. Pun begitu selepas bersalin bukanlah masa yang sesuai untuk mak-mak berdiet kerana ibu perlu menyusukan bayi malah perlu makan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk menyusu.
Jika perlu berdiet, pilihkan diet dengan cara yang sihat dan paling penting elakkan jenis diet ekstrem ini.
Ikuti panduan dan perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar mengenai jenis-jenis diet ini.
Dalam proses nak turunkan berat lebih-lebih lagi selepas berpantang, fokus kepada penurunan berat yang sihat dan tak bahayakan kesihatan tubuh. Diet yang diamalkan perlu sesuai untuk jangka masa panjang.
Perlu anda tahu, wanita dewasa perlu:
1,500 – 1,800 kalori sehari
Jumlah kalori diambil bergantung kepada tahap aktif individu, jika anda aktif bersenam, maka jumlah kalori diambil akan lebih tinggi daripada biasa. Semua ini untuk pastikan tubuh tidak kehilangan jisim penting seperti jisim otot.
Ini senarai 4 jenis diet ekstrem perlu dielakkan:
1. Diet Jus
Diet dengan ambil jus daripada buah & sayur sahaja. Tubuh kehilangan sumber tenaga daripada zat penting seperti, Karbohidrat, Protein, Essential fats, Mineral seperti Calcium, Zinc.
2. Diet Makanan Mentah
Diet makanan mentah atau ‘raw foodism’, iaitu ambil makanan berasaskan daging haiwan sahaja. Senang kata, pengamal diet ini TIDAK MAKAN MAKANAN DIMASAK.
Mereka juga singkirkan sumber karbohidrat dan tumbuhan seperti sayur, buah, kekacang dan tenusu seperti susu. Bahaya diet ini ialah risiko Osteoporosis akibat kekurangan mineral penting seperti Calcium serta kehilangan sumber Vitamin B & Fiber.
3. Diet ‘Single Food’
Diet ini cukup popular dalam kalangan artis Korea Selatan.
Dalam satu hari dianggarkan mereka hanya ambil 1 jenis makanan sahaja contohnya, makan 1-2 biji keledek & minum air kosong. Risiko terkena Anemia & Osteoporosis akibat tubuh kehilangan air dan otot. Tubuh juga alami ketidakseimbangan hormon seperti haid tak teratur, keletihan dan sembelit.
4. Diet 500 Kalori
Diet ini sangat memudaratkan kerana pengamal perlu mengurangkan jumlah kalori secara mendadak. Tubuh berisiko alami malnutrisi dengan kerosakan organ dalaman. Diet ini biasa dikhaskan untuk mereka yang betul betul obes dan dilakukan di bawah pemeriksaan doktor.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!