“Nanti Ibu Habis Konsert Ibu Bagi Susu.” DS Siti Sibuk Konsert, Tetap Pentingkan Penyusuan Aafiyah

Share

Comelnya gelagat Aafiyah dengan Datuk Sri Siti Nurhaliza di belakang pentas. Dalam kesibukan penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

Video yang mempunyai kapsyen pendek “Anak ibu sayang #sitinurhalizaontour” yang dimuatnaik di Instagram beliau telah mendapat tontonan lebih dari 1.4juta. Ia menunjukkan gelagat dua anak beranak ini semasa tour konsert berlangsung di Indonesia.

Dalam video berkenaan, Datuk Sri Siti Nurhaliza mendukung si kecil itu sambil berbual dengan Aafiyah. Aafiyah tertarik dengan hiasan pakaian ibunya. Dia juga memegang untaian aksesori kepala yang dipakai ibunya.

Para peminat teruja melihat telatah Aafiyah dan Datuk Sri Siti. Seperti ibu-ibu lain memahami situasi ibu sedang bekerja tetapi tetap ingin melengkapkan penyusuan susu ibu kepada anak. Sentuhan dan ciuman buat Aafiyah membuatkan sisi keibuan beliau amat terserlah.

Sumber: ctdk

IKLAN