Bila anak orang lain dah petah menyanyi, petah bercakap, kita pula hanya mampu tengok anak sendiri yang masih pelat atau diam tanpa banyak reaksi. Rasa risau tu memang ada, tapi kadang-kadang kita pujuk hati sendiri dengan ayat, “Ala, nanti pandailah dia cakap sendiri.”
Masalahnya… kalau kita terlalu selesa dengan ayat tu, kita mungkin sedang abaikan satu isyarat awal yang sangat penting anak perlukan bantuan dan rangsangan sekarang, bukan nanti.
Setiap anak membesar mengikut rentak sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk kita tunggu dan lihat saja bila nampak perkembangan anak tak seiring dengan usia. Bila anak sudah mencecah umur 2 tahun tapi belum boleh menyebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan, belum boleh gabungkan ayat seperti “nak susu”, atau tidak meniru langsung bunyi dan perkataan itu adalah tanda-tanda yang perlu diberi perhatian.
5 perkara yang ibu bapa WAJIB lakukan bila anak lambat bercakap:
1. Ubah arahan menjadi perbualan
Ramai ibu bapa hari ini terlalu biasa memberi arahan kepada anak: “Makan!”, “Duduk!”, “Jangan ambil tu!”
Tapi sebenarnya anak lebih memerlukan perbualan yang hidup. Gunakan ayat yang mengajak anak berfikir dan berinteraksi. Contohnya: “Adik tengah makan nasi ya? Sedap tak nasi tu?”
Bila kita rajin bercakap dengan anak menggunakan ayat yang lengkap dan bermakna, anak akan belajar menyusun perkataan dan memahami maksudnya. Ibu bapa ialah guru bahasa pertama anak. Bukan sekadar pemberi arahan.
2. Gunakan ayat mudah dan ulang berkali-kali
Anak kecil belajar melalui pengulangan. Lagi kerap mereka dengar sesuatu perkataan, lagi mudah untuk mereka ingat dan meniru.
Ads
Tak perlu guna ayat panjang dan susah. Cukup guna ayat ringkas tapi konsisten. Contoh: “Ini susu.” “Adik nak susu?” “Sedapnya susu ni.” “Susu ni sejuk!”
Empat ayat mudah, tapi anak belajar empat situasi penggunaan perkataan yang sama. Pengulangan ini akan merangsang bahagian otak yang berkaitan dengan pertuturan dan pemahaman bahasa.
3. Kawal masa skrin (screen time)
Gajet bukan musuh, tetapi bila anak terlalu lama terdedah kepada skrin tanpa interaksi dua hala, mereka akan kurang belajar bercakap. Skrin hanya beri input tapi tiada balasan. Anak hanya tengok dan dengar, tapi tak berpeluang untuk membalas atau berlatih menyebut.
Kalau nak guna gajet juga, pastikan ibu bapa turut serta. Contohnya: “Tengok tu… burung warna apa tu?” “Kenapa kucing tu lari ya?”
Ads
Soalan seperti ini akan bantu anak aktif berfikir dan bercakap.
4. Baca buku setiap hari, walau hanya 5 minit
Buku cerita adalah cara paling mudah dan menyeronokkan untuk bantu anak membina kosa kata. Tak perlu buku yang mahal atau tebal, cukup buku gambar besar dengan cerita mudah.
Semasa membaca, guna suara yang pelbagai nada, tunjuk gambar, dan kaitkan dengan situasi harian. Contoh: “Ini gajah. Besarnya gajah ni! Gajah makan daun. Adik pernah tengok gajah?”
Masa membaca bukan saja masa belajar, tapi juga masa bonding yang sangat berharga antara ibu bapa dan anak.
Ads
5. Dapatkan bantuan awal dari pakar
Ramai ibu bapa tunggu terlalu lama sebelum bertindak. Ada yang rasa malu, takut anak dilabel, atau masih berharap anak akan “okay sendiri”.
Hakikatnya, semakin awal anak dirujuk kepada pakar, semakin tinggi peluang anak untuk pulih dan berkembang dengan baik.
Jika anak menunjukkan tanda kelewatan pertuturan seperti:
Tidak bercakap langsung selepas umur 2 tahun
Tidak meniru perkataan atau bunyi
Tidak menunjukkan minat untuk berkomunikasi
Jangan tunggu. Segera berjumpa pakar terapi pertuturan atau pakar kanak-kanak.
Anak lambat bercakap bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan. Tapi jika kita sebagai ibu bapa lambat bertindak, itu yang sepatutnya membuat kita risau.
Pertuturan adalah asas kepada banyak perkara seperti keyakinan diri, kemahiran sosial, perkembangan akademik dan juga emosi anak. Kalau kita ambil tindakan awal, insyaAllah anak boleh kejar semula perkembangan mereka.
Tapi kalau kita masih ulang ayat “nanti pandailah dia cakap sendiri”… mungkin kita sendiri sedang perlahan-lahan menutup peluang terbaik anak untuk bersinar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau ada anak lelaki dan anak perempuan kat rumah, cuba perhati betul-betul. Siapa yang paling rapat dengan ayah? Selalunya, anak perempuan kan? Dia lah yang suka duduk atas riba, ajak gurau, peluk-peluk ayah sebelum tidur.
Bukan ayah tak sayang anak lelaki. Tapi dari dulu lagi, memang naluri seorang ayah tu lebih lembut bila dengan anak perempuan. Anak lelaki pula lebih banyak bonding dengan ibu — tempat dia mengadu dan belajar jadi kuat.
Ayah memang lebih responsif bila anak perempuan perlukan perhatian. Mereka lebih banyak menyanyi, bercerita dan kongsi emosi dengan anak perempuan berbanding anak lelaki. Ini bukan sebab anak perempuan manja sangat, tapi lebih kepada naluri seorang pelindung. Ayah rasa anak perempuan tu lebih perlu dijaga, dilindungi dan diberi perhatian lebih.
Cara ayah bercakap pun berbeza ikut jantina anak
Yang menariknya, ayah juga sebenarnya guna bahasa yang berbeza bila cakap dengan anak ikut jantina. Bila bercakap dengan anak lelaki, ayatnya lebih kepada kejayaan dan kekuatan. “Kena menang!”, “Jangan lemah”, atau “Bagus anak ayah!”.
Tapi bila dengan anak perempuan, nada dan perkataan jadi lebih halus dan terperinci. “Awak nak ayah tolong ke?”, “Semua benda awak buat cantik je”, dan “Banyaknya idea awak ni”. Bahasa ni secara tak langsung bentuk perkembangan emosi dan intelek anak.
Gurauan kecil yang boleh bagi kesan besar
Namun ayah pun kena hati-hati juga. Kadang niat kita nak bergurau je, tapi perkataan macam “buncit”, “tembam”, “gedik” kalau selalu sangat digunakan pada anak perempuan, boleh buat dia rasa insecure bila besar nanti. Anak perempuan ni jenis simpan dalam hati. Lama-lama boleh terkesan pada keyakinan diri mereka.
Cara paling mudah untuk ayah tunjuk sayang pada dua-dua anak
Tak salah pun kalau ayah lebih rapat dengan anak perempuan, tapi cuba beri layanan yang seimbang. Anak lelaki pun perlukan perhatian dan kasih sayang yang sama. Ayah boleh mula dengan benda simple macam main sama-sama tak kira jantina, berikan pujian yang adil, dan ajar anak lelaki untuk luahkan emosi. Jangan tunggu besar baru nak cakap “Abang okay ke hari ni?”. Mulakan dari kecil.
Hakikatnya, kasih sayang ayah tu besar untuk semua anak-anak. Cuma cara dia tunjuk tu berbeza. Ada yang peluk hari-hari, ada yang cuma diam tapi tolong betulkan tayar basikal. Ada yang tepuk belakang dan kata “bangga dengan awak” dalam kereta masa hantar pergi sekolah. Tapi anak tetap rasa. Tetap tahu. Ayah sayang dia, dengan cara dia yang tersendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
“KITA TIDAK BOLEH HANYA MENYALAHKAN PELAJAR ATAU PENDIDIK. KEADAAN DALAM KELUARGA SERTA SIKAP IBU BAPA TURUT MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM MENCORAKKAN TINGKAH LAKU ANAK-ANAK, TERMASUK KECENDERUNGAN KEPADA PERBUATAN MEMBULI YANG AKHIRNYA TERBAWA KE SEKOLAH ATAU ASRAMA,” JELAS BELIAU.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
“Kesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,” ujarnya lagi.
Pesanan Che Ta kepada Aaisyah menarik perhatian warga maya. Kata Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Che Ta kepada Aaisyah, “Hang kalau besaq nanti jangan duk gila dekat laki orang.”
Perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Che Ta baru-baru ini tular dan meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 41.9 ribu dan sebanyak 733 komen.
Pesanan Che Ta Kepada Aaisyah Tarik Perhatian Warga Maya
Video tersebut juga turut dimuatnaik di laman Instagram milik Che Ta.
HANG KALAU LIGAN LAKI ORANG, MOMMY AKAN BENAMKAN HANG TAUUU! WARNING DARI MOMMY SELAKU PENGERUSI UNTUK BAHAGIAN ISTERI ISTERI MELEDAKKKK!! Hang jangan main main yaaaa Aaisyah, heels mommy ni melayang ke highway nanti. – kata Che Ta dalam kapsyennya.
“Hang Kalau Besaq Nanti Jangan Duk Gila Dekat Laki Orang”
Dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok dan Instagram itu juga memaparkan Che Ta yang memberi pesanan kepada Aaisyah untuk mencari bakal suami yang tidak mencetuskan masalah dikemudian hari.
“Ni Aaisyah, Mummy nak bagitahu ni, Hang kalau besaq nanti jangan duk gila dekat laki orang. Hang nak cari laki ahli gusti ke, ahli sukan ke, ahli muzik ke takde masalah. Jangan duk gila dekat laki orang saja”-Kata Che Ta.
Video tersebut berjaya meraih perhatian warga maya. Mereka juga mengatakan perkara yang sama bahawa jangan pernah sesekali untuk cuba mengambil suami orang. Tambah mereka lagi, Che Ta pun tidak ambil suami orang malah lebih memilih yang bujang untuk dikahwini.
Che Ta kini sememangnya aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat anak dara kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana. Gelagat Aaisyah sering mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana dia merupakan anak kepada selebriti tetapi yang paling utama rupa parasnya yang menawan.
Isteri Koperal Amiruddin Zabri reda suami 'pergi' - "Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun enanti...." Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namumn kebahagiaan itu tidak bertahan lama.