Sebak melihat kejutan yang diberikan kepada Yusuf ini. Netizen juga rasa terharu dan sebak. Comel pula melihat aksi Yusuf menerima kejutan.
Sempena hari lahir Yusuf kedua, keluarga Hanis telah membuat kejutan dengan datang beramai-ramai tanpa pengetahuan Yusuf sambil membawa sebiji kek hari jadi. Reaksinya menunjukkan dia sangat gembira dan melompat keriangan.
Ternyata instafamous cilik ini sudah tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada kejutan dan elemen surprise. Dia sudah pandai menghargai. Hubungan kekeluargaan yang erat ini memberikan kesan positif kepada diri anak kecil seperti Yusuf.
Memang kalau kita tengok anak orang lain duduk diam je, mudah dengar arahan, kita pula rasa seronok dan beruntung mak ayah dia kan? Sedangkan anak kita bukan main ligat. Sampaikan kena berkejar ke hulu hilir nak mengawalnya.
Tak perlu fikir bukan-bukan kenapa anak kita susah fokus dan duduk diam seperti yang kita nak. Ini kerana menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya anak kecil fitrahnya memang tak boleh duduk diam. Jika kita nak anak duduk diam dan berikan macam-macam atau paling mudah gajet bermakna kita dah gagal. Ikuti perkongsiannya:
Ramai yang cakap:
‘Anak saya susah fokus’. Tiada istilah anak tidak fokus! TIADA!
Ada yang expect anak 2 tahun untuk fokus! Fokus apa?
Yelah… fokus duduk diam,main elok-elok… ni asyik nak lariiiiii aje!
Betul la tu… dia lari sebab dia fokus kat berlari bukan duduk!
Kita dok cakap anak susah fokus,takleh dok diam——> kalau boleh kita nak anak kita ni sepanjang masa ikut cakap kita. Habis,anak kita yang nak keperluan bergerak dan berlari dipenuhi oleh kita….kita tak kesian ke kat dia?
‘Masa kecil ni la nak ajar anak al-Quran,ngaji elok2…pandai2….’ ——->>>>> apakah fitrah anak itu berlari dan bergerak tidak terkandung dlm al-Quran sebagai satu sifat manusia???
Tuan/Puan, Yang sebenarnya kanak-kanak memerlukan ruang untuk mereka bergerak. Fokus mereka sepatutnya adalah kepada pergerakan bukan duduk! Jika kita banyak dudukkan anak… bagi telefon untuk duduk diam,bagi kerusi untuk anak duduk diam…. bagi stroller duduk diam-diam…..fitrah si anak ini sudah hilang!
Apabila anak banyak duduk,otak tidak mendapat rangsangan yang secukupnya. Otak kita pun terbahagi kepada banyak bahagian—->kiri,kanan,depan,belakang,bahagian atas,bahagian bawah…. semua bahagian ada!
Macam mana nak rangsang semua bahagian otak ni…. senang saja.
PERGERAKAN.
Anak-anak yang masuk sekolah tapi masih tak duduk diam itu menunjukkan yang dia tak mendapat kepuasan bergerak yang secukupnya semasa kecil. Mereka ini belum puas bergerak menyebabkan mereka sukar nak terima pelajaran.
Tapi kita ni pun selalu salah anggap. Kita selalu lihat anak yang bergerak itu sebenarnya adalah mereka yang susah nak fokus.
Tidak. Anak yang bergerak, mereka sedang fokus. Ada sesetengah kanak-kanak juga memerlukan pergerakan untuk mendapatkan fokus.
Seeloknya apabila mereka bergerak,kita layan. Waktu mereka bergerak,waktu itulah adalah waktu yang paling bagus untuk mereka belajar.
Anak dalam mall suka lari sana sini? Ikut anak. Dia nak masuk dalam kedai apa? Kedai mainan. Dukung sekejap. Tahan daripada dia main mainan yang ada sampai rosak. Waktu ni elok kita ajar anak kira mainan yang ada. Rujuk kotak mainan walaupun tak beli. Kalau ada mainan yang display macam dlm Toys R Us tu,bagi anak tekan-tekan sambil pegang tangannya.
Kalau anak lari bawa kita masuk kedai cadar sebab dia nampak cadar comel-comel. ‘Oooohhh Mickey Mouse! M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E…. it’s the mickey mouse clubhouse… come inside it’s fun inside!’ Nyanyi dan layankan. Sebab kita pandai layan,anak tak jadi nak beli.
Jika kita malas nak layan,itu yg buat anak rasa nak beli. Kadang-kadang acah-acah main je ngan benda tu (make sure jangan sampai rosak la)…. kita pun org dewasa takkan tak boleh fikir mcm mana nak main sesuatu tanpa bagi rosak barang dekat kedai. Tunjuk-tunjuk tak sentuh pun takpe. Buat-buat macam kita main kira-kira lepas tu cabut la dari kedai tu.
Kenapa kena layan? Sebab bila anak dah puas dilayan, dia tak susah dah nak fokus kepada apa yang kita minta dia buatkan.
Point yang penting dalam nak bagi anak fokus adalah ubah persepsi bahawa time fokus kena duduk diam. Padahal anak tu time bergeraklah dia nak fokus! Kita? Layan sama! Time panjat kita boleh ajar kira. Time berlari kita boleh ajar lari lompat batu-batu kecil. Masa tulah otak anak-anak berkembang!
Kelasnya adalah rumah dan gurunya adalah ibu-bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menguasai dua karektor sebagai ibu bapa dan sebagai guru bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Ibu bapa perlu banyak menguasai ilmu pendidikan dan ilmu keibubapaan bagi menjamin homeschooling yang dijalankan memberi kejayaan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu tahu apa sebenarnya keperluan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai terhadap anak-anak. Setiap anak-anak ada karektor dan keistimewaan yang tersendiri. Memilih aktiviti amat penting bagi kesesuaian dan kecenderungan anak-anak.
Para ibu bapa juga perlu mempunyai pembahagian masa yang cukup untuk anak bagi memenuhi jadual yang telah dirangka lebih awal.
Untuk anak saya, alat bantuan mengajar perlulah kreatif dan bersifat DIY lebih menarik dan memberi impak jangka masa panjang dalam konteks pembentukan kreativiti dan merangsang otak berfikir. Saya lebih gemar alat bantu mengajar yang multifungsi dibuat sendiri tidak dibeli terus di kedai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap kencing malam? Ibu ayah jangan ambil mudah. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu. Bukan terus menghukum sebaliknya cari penyelesaian yang baik untuk anak.
Memang tak dinafikan rasa geram itu ada, tapi jika terus menghukum sampai bila perkara ini akan selesai. Dalam hal ini, kesabaran ibu ayah penting dan jangan terburu-buru ambil tindakan ikut emosi.
Berikut perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli berkaitan isu anak kencing malam.
TOLONG JANGAN HUKUM, ROTAN ANAK YANG KENCING MALAM! JANGAN! JANGAN! JANGAN!
Saya terbaca komen ni di 1 page confession yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh: Adult Baby Diaper Lover (ABDL).
Ex-husband dia ada minat pakai diaper sampai dah kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak research dah mat salleh buat pasal ABDL ni. Boleh Google. Benda ni agak rare sebenarnya.
Tapi… kat ruang komen…Allahu akbar….
Puan ni komen menyalahkan ibu ayah ex-husband tu yang tak hukum anak. Sebab lelaki tersebut ada history terkencing malam semasa kecil.
Saya tak nafikan ada benda yang tak sepatutnya parents lelaki tu buat, yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL tu normal.
TAPI!!!
Perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah!
KESAN KEPADA ANAK YANG DIHUKUM & DIROTAN KERANA KENCING MALAM!
1. Hukum-hukum ini lah sebenarnya yang boleh lead anak berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL!
2. Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan anak, boleh buat anak stress sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya.
3. Menghukum anak kencing malam begitu boleh buat anak jadi penipu. Sorok masalah dari ibu bapa.
4. Anak boleh benci ibu ayah.
Lagi scary…
5. Anak boleh BENCI DIRI SENDIRI!!!
Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula.
RAWATAN BUAT ANAK YANG KENCING MALAM
Kencing malam ini perlukan rawatan. Nama saintifiknya Nocturnal Enuresis.
Involuntary urination that happens during sleeping (Luar kawalan yang berlaku ketika tidur). Involuntary = luar kawalan.
Ianya perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Takde anak saja-saja kencing malam suka-suka dia…
BAWALAH JUMPA PAKAR JIKA ANAK MASIH KENCING MALAM…
Jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur 6 tahun. Biar doktor periksa kenapa.
Ada jangkitan kat salur kencing ke. Anak jenis heavy sleeper ke. Anak ada trauma yang kita tak tahu ke.
Setiap tu, ada rawatan yang berbeza. Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan.
Tolonglah jangan ada mentaliti macam ni. Tolong sangat-sangat. Kasihanilah anak tu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!