Bagi anda yang baru menimang cahaya mata, sekiranya anda terlihat bibir bayi comel anda kelihatan sedikit membengkak dan bergelembung seperti dalam gambar di bawah, jangan terus panik ya.
Walaupun gelembung atau “blister” ini kelihatan mengerikan, tetapi sebenarnya ia adalah normal dan tidak berbahaya sama sekali.
Ada dua penyebab
Gelembung ini biasanya berwarna sedikit pucat dan sering terjadi di bahagian tengah bibir, mengandungi cecair serta tidak sakit.
Keadaan ini disebut sebagai “suction pads” ataupun “sucking calluses”. Ianya boleh terjadi kepada mana-mana bayi, dan merupakan suatu keadaan normal yang berlaku akibat daripada proses adaptasi terhadap bibir bayi yang baru belajar menyusu.
Ads
Secara ringkas, gelembung ini terjadi disebabkan adanya geseran (friction) yang berlaku pada bahagian bibir bayi secara terus-menerus ketika sedang menyusu badan (breastfeeding).
Bagi bayi yang tidak menyusu badan juga masih boleh mengalami gelembung ini melalui geseran yang timbul terhadap bibir ketika bottle-feeding.
Ibu tak perlu risau
Ads
Suction pads ini tidak memerlukan sebarang rawatan kerana biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala kesakitan atau ketidakselesaan terhadap bayi.
Malah, keadaan ini juga biasanya akan sembuh dan beransur-ansur hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu.
Walaubagaimanapun, jika bayi anda mengalami sebarang gejala ketidakselesaan atau kesukaran untuk menyusu, segeralah bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran ya. Semoga bermanfaat!
Teruskan “Follow” FB saya dan set “Favourite” supaya anda tidak terlepas info yang menarik dan sangat berguna tentang kesihatan pergigian.
#DakwahGigi
Kredit foto: IG dentistbyheart & Google
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan selesema sering menyerang bayi. Biasanya selesema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.
Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan ibu bapa. Bayi yang selesema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.
Apabila bayi yang selesema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut. Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selesema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi yang selesema berhenti dan berisiko meninggal dunia.
Ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba atau pernah dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan masalah selesema pada bayi. Tak salah nak ikhtiar. Mana tau salah satu dari petua ini sesuai.
2. Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
4. Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
5. Boleh pakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
6. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
7. Sapukan balm yang sesuai dengan usia anak di bahagian dada, belakang dan hidung.
8. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.
Tip Elakkan Jangkitan Selesema
Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.
Sumber: wom magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak kerap demam dengan suhu yang tinggi, selalu sakit tekak mungkin ada masalah tonsil. Nampak macam tak bahaya tapi jika terlalu kerap sakit kena ada tindakan susulan.
Perkongsian dari seorang ibu, Nurul Shazalina Zainudin mengenai anaknya yang menjalani pembedahan membuang tonsil memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa supaya tidak mengambil ringan mengenai masalah ini dan tonsil juga sebenarnya boleh berjangkit.
Tonsil..Bahaya Atau Tidak
Kelmarin, anak saya Alexander Akil menjalani satu prosedur membuang tonsilnya.. Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.
Akil dah lama ada tonsil.. Dari kecil. Dalam umur 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ent, tapi doktor pakar kata tunggu dia besar sikit.
Semenjak dua menjak ni, hampir setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39 darjah celcius. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.
Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod Akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ent.
Saya pun bawa Akil ke Hospital Pakar An Nur, Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul-betul clear dari demam dan sakit.
Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah.
Pkl 1045 mula, tamat dalam 1130 pagi. Alhamdulillah semua selamat
Oh ya, dr juga buang adenoid di belakang hidung akil. Masa pembedahan tu dr dapati ada adenoid, dr pun buang sekali
Lepas bedah, akil tidur je,tapi akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Keja-kejap je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk-batuk.. Maknanya dia tak selesa di tekak
Muntah Darah Lepas Operate
Saya ingatkan perkara biasa lepas operate. Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya.
Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah.. Penuh sekatil.. Memang banyak.. Bukan darah sikit-sikit.. Seperti dicurahkan darahnya..
Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi.
Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia taknak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi
Kali ketiga, akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi…
Tak lama tu kebetulan dr datang, nurse pun maklumkan perkara ni.. Dr check.. Memang sangat pucat dah masa tu akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga.
Saya berdebar dah. Ni kan prosedur buang tonsil je. Kenapa jadi macam ni.
Sementara mereka siapkan bilik bedah, dr menerangkan, jarang sangat komplikasi seleas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, akil ni kes kedua yang ada komplikasi macam ni.
Dr perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, akil muntah darah lagi sekali. Depan dr sendiri. Jadi dr dapat tengok darahnya macam mana. Next time kena ambil gambar darah muntah akil tu supaya senang nak explain dr. Sebab dr nak tahu warna darah fresh arau kehitaman.
Sebabkan akil asyik muntah darah, dr pakar bius tak boleh bagi bius melalui gas, kena melalui iv kali ni.. Katanya sakit sikit.
Tapi akil memang tak larat sungguh.. Kena panggil berkali kali untuk dia buka mata.. Saya dah risau sangat
Alhamdulillah tak lama lepas tu, dr dah jumpa punca pendarahan di mana.. Dan berjaya hentikan.
Sampai sekarang akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan.
Sekarang dia makin sembuh, tapi agak lemah sebab banyak hilang darah. Masih di wad untuk pantauan.. Insyaallah harini discaj.
Jangan takut pula untuk bedah buang tonsil, selalunya takde masalah. Nasib akil je kurang baik. Komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok.
Mengenai Tonsil
Tonsil ni sebenarnya bagus untuk badan kita. Dialah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kadang-kadang dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Antara tanda-tandanya ialah: -demam panas (melebihi 39 darjah celcius selalunya) -tonsil membengkak, merah dan kadang2 ada putih2 atau nanah -sakit telinga -sakit tekak -susah menelan -sukar tidur sebab tonsil menghalang laluan pernafasan -nafas berbau
Kalau selalu sangat dapat tonsilitis, tonsil tersebut berkemungkinan tidak akan mengecil.. Akan statik besarnya walaupun dalam keadaan normal. Bila sakit, bertambah besar dan merah.
Dan rupanya penyakit ni boleh berjangkit. Ramai tak tahu. Dan saya pun baru tahu. Selama ni saya fikir, maybe ada kena mengena dengan keturunan. Sebab kalau kita ada tonsil, biasanya anak, adik beradik, mak ayah ada jugak tonsil.
Rupanya sebab kita dekat, tak elak diri dari terjangkit dan menjangkiti, sebab tu kena.
Sepatutnya, siapa yang tengah kena jangkitan dan tonsilnya sedang sakit, kena mc. Kalau tak pun , kena tutup mulut bila bersin atau batuk. Jangan berkongsi makanan atau minuman. Cuci tangan. Jangan cium anak. Semua ni punca jangkitan. Sekarang dah tahu, siapa tengah sakit tonsil, elakkan jumpa orang lain. Sampai tonsil tu sembuh. Sekarang saya rasa, sayalah punca akil dapat tonsil dari kecil sebab sampai sekarang saya masih ada masalah ni. Saya pun patut remove nanti
Ini serius. Orang pandang remeh je penyakit tonsil ni, tapi sebenarnya senang sangat berjangkit kalau tak jaga diri. Dan sakit kalau kena. Lagi-lagi kalau kes berulang, hampir setiap bulan kena. Seksa sangat
Ok, kalau siapa yang selalu ada masalah tonsil tu, anak ada tonsil, boleh pantau. Kalau kerap sangat, maklumkan dr. Jika perlu, jumpa pakar. Jangan sampai melarat.
Ps: saya sertakan gambar tonsil akil yang dibuang. Besar ya.. Lebih besar dari guli. Kesian dia..
Memilih nama Aslan yang paling ringkas dan maksud elok. Itu yang dipilih oleh Kaka Azraff dan suaminya Adam Azriff untuk diberikan pada anak sulung mereka yang dilahirkan pada 11 Oktober lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh Adam menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
Walaupun kehidupan mereka dah bertiga, nyata pengalaman ini sesuatu yang cukup mengembirakannya dan suami.
“Memang rasa kekok lagi nak urus baby tapi disebabkan tak mahu menyusahkan sesiapa Kaka nampaknya memilih pakej berpantang yang lengkap dengan penjagaan dirinya dan bayi.
“Ambil pakej pantang bukan bermakna kita nak dimanjakan sangat tetapi ia untuk memudahkan saya belajar dan urus bayi dengan baik. Bila bayi dengan kita dan asasnya dah ada senang untuk diuruskan,” jelasnya.
“Ketika di awal mengandungkan Aslan, memang lansung tak boleh bau asap rokok. Disebabkan masalah ini Adam mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.
“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan tersebut dan kini dengan hadirnya Aslan dalam hidup kami. terasa dah lengkap dan fokus sekarang untuk besarkannya dan berharap menjadi anak yang soleh dan membanggakan kami,” katanya.
Kaka Azraff dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.
Sumber: ig Adam Azriff & Kaka Azraff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!