Itulah yang sebaiknya. Biar bagaimanapun kita sibuk dengan kerjaya, amanah kita pada anak-anak jangan dilupakan. Sebolehnya cubalah usahakan untuk membawa anak beriadah di hujung minggu kerana inilah yang dimahukan mereka di waktu kecil.
Sudah lumrah kehidupan anak-anak suka bermain dan sukakan binatang. Jadi usahakanlah untuk membawa anak-anak bermain terutama di waktu hujung minggu. Inilah yang cuba dikongsikan oleh blogger dan juga selebriti instagram, Dr Fatin Liyana.
Berkongsi mengenai hal ini di instagram miliknya, kata doktor muda ini, biarpun dihimpit tugasan yang sarat, dia dan suami akan berusaha untuk membawa dua anaknya, Ajda dan Nolan untuk keluar. Bukan sahaja badan sihat, malah baik untuk perkembangan anak-anak. Begitu kongsinya.
“Semenjak Ajda dah besar sikit & mendengar kata (Nolan is exceptional 🙃) my husband & I akan cuba usahakan juga untuk buat outdoor activities during weekend.
Tak jauh pun. Kadang-kadang bawak pergi playground, pergi nearby park untuk berlari-lari or pergi tengok haiwan (termasuk perhati anjing liar),” katanya.
Ads
Tidak perlu mencari waktu yang lama, sebaliknya cukup hanya beberapa jam untuk anak. Kata Dr Fatin lagi, dia hanya membawanya anak-anaknya ke taman atau melihat binatang disekitarnya sudah cukup membuatkan dua anaknya gembira.
“Lepas 1-2 jam outing, baliklah. Tu pun dah happy sangat dah tengok Ajda & Nolan tu,” kata lagi.
Biasakan Aktiviti Luar
Malah kata doktor cantik ini lagi, mendedahkan anak kepada aktiviti luar sememangnya cukup baik dan banyak kelebihannya pada perkembangan anak kita.
Bukan hanya emosi yang sihat dan postif bahkan kesihatan dalaman anak juga makin baik. Barulah anak semakin baik. Begitu katanya.
Ads
“Nature kanak-kanak, dorang suka bermain..suka animal..suka bersosial dengan kids of their age. Thats why outdoor play is important in childhood development. It enhances mental & health performance ❤️,” katanya lagi.
Dr Fatin Liyana Asri merupakan isteri kepada Dr Anwar Fazal yang juga merupakan sepupu kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof. Selepas berkahwin 13 Jun 2015, pasangan ini dikurniakan sepasang cahayamata, Ajda dan Nolan.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Mendidik anak mempunyai sikap positif sudah pastinya bermula di rumah. Anak yang diasuh dengan baik akan mempunyai jiwa yang halus iaitu jiwa yang peka akan perasaan orang lain dan persekitaran.
Justeru, Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan kesabaran tanpa memerlukan kekerasan.
Ikuti perkongsian, Pakar Motivasi, Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai cara didikan positif kepada anak-anak.
Dalam mendidik anak-anak, perkara paling utama dalam Islam ialah pastikan mereka mengenal Allah dan menyembah Allah. Sebab itulah penting ibu bapa memperkukuhkan tauhid anak-anak sejak daripada bayi lagi.
Sejak kecil lagi anak-anak perlu didedahkan bahawa setiap ciptaan itu adalah penciptanya iaitu Allah SWT. Apabila anak bertanya kenapa hujan turun? Ibu bapa perlu terangkan dahulu dari aspek ketuhanan sebelum aspek sains. Jawablah, “Hujan itu turun kerana Allah yang menciptakan hujan. Ia turun sebagai rahmat Allah kepada manusia. Allah boleh turunkan hujan di bumi mana sahaja yang Allah mahukan.
Cuba fikirkan apa yang berlaku sekiranya Allah murka lalu tidak diturunkan hujan? Tiada air untuk diminum, mandi, dan sebagainya.” Bukan setakat faham sahaja, apabila anak sudah tahu dan faham maka Allah sahajanya tempat untuk dia meminta dan menyembah. Allahlah yang patut sentiasa dipuji melalui fikir dan zikir. Oleh itu jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab memperkukuhkan tauhid anak-anak sebelum mereka diserahkan kepada guru-guru di sekolah.
Anak-anak yang terbentuk akhlak dan sikap positif juga akan lebih berjaya apabila masuk alam persekolahan dan pekerjaan. Sikap dan akhlak ini akan mudah terbentuk apabila ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
IQ yang tinggi dan cerdik tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan hikmah dan kebijaksaanan. Ilmu yang tinggi tidak bermakna jika tidak seiring dengan adab. Sebab itulah membentuk adab dan akhlak perlu diberikan keutamaan dalam mendidik anak-anak.
Disamping menggalakkan anak-anak menghidupkan sunnah, didik juga mereka dengan adat orang Melayu dulu-dulu yang penuh dengan sopan dan santun. Misalnya, bongkokkan badan meminta izin ketika melintas depan orang, tidak duduk sekali dalam kelompok orang-orang tua yang sedang bercakap, ringankan mulut dengan ucapan salam dan terima kasih, dan banyak lagi. Ia membina rasa hormat dalam diri anak terhadap orang lain.
Dengar percakapan anak-anak dengan teliti. Ada ketikanya mereka bercakap secara kasar atau menggunakan intonasi suara yang tidak sesuai. Didik anak untuk bercakap dengan nada yang lembut terutamanya dengan orang yang lebih dewasa. Anak-anak seawal usia tiga tahun sudah mula pandai bercakap bohong bagi mengelakkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu bapanya.
Sebab itulah apabila kita tahu bahawa anak telah melakukan kesalahan maka usah bertanya saya ada dia lakukan atau tidak, sebab ia akan mendorong anak berbohong. Misalnya, kita tahu yang adik telah mengambil mainan abangnya laku disorokkan. Kita pula bertanya, “Adik ada ambil barang abang ker?”. Agaknya apa jawapan adik? secara logiknya dia tidak akan mengaku lantar menjawab, “Tidak”.
Secara tidak langsung ibu bapa telah mendorong anaknya untuk berbohong. Sepatutnya, ibu terus sahaja mendekati anaknya lalu berkata, “Adik, mak tahu adik ambil barang abang. Sekarang mak cuma nak tahu kenapa adik ambil?”.
Tiada ibadah yang lebih penting daripada ibadah solat. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat. Adalah satu kesilapan apabila masuk sahaja bulan Ramadan ibu bapa lebih utamakan puasa berbanding solat anak-anak mereka.
Dalam satu hadis, daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.” Jelas sekali Allah mahukan ibu bapa menjadi contoh dalam bab solat ini dan mesti bertegas apabila usianya masuk 10 tahun.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengajak anak bersolat bersama mereka meski pun anak sekadar main-main.
Malah jika anak duduk di tepi memerhati pun sudah memadai. Anak-anak perlu dipaksa untuk solat dan usah ragu-ragu untuk bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak pada usia ini.
Dalam mendidik anak-anak bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bercakaplah dengan anak dengan nada yang sederhana dan tidak meninggikan suara tanpa sebab. Dalam percakapan itu pula lebihkan kata-kata positif, fokus kepada kebaikan dan kekuatan anak dan bukannya menyebut akan kelemahan dan kekurangan mereka.
Sebahagian besar daripada didikan dan pengajaran dalam al-quran disampaikan dalam bentuk cerita-cerita. Maka ambillah iktibar dari al-quran ini dengan mendidik anak-anak melalui cerita.
Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah para nabi dan para sahabat. Ceritakan juga tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat, para huffaz dan ulamak.
Ceritakan juga kisah-kisah kejayaan orang lain untuk anak-anak jadikan ikutan. Dengan selalu bercerita, jiwa anak-anak terbentuk secara positif. Tanpa disedari cerita-cerita ini membentuk watak, karakter dan mindset anak-anak dan menjadi panduan hidup mereka dalam menjalani setiap ujian dan cabaran.
Tiada perkara yang lebih utama kepada anak-anak selain daripada mereka sedar bahawa ibu bapa memang menyayangi mereka tanpa syarat. Oleh itu usah membanding-banding anak-anak sebab setiap anak itu punya rezekinya masing-masing.
Keupayaan dan bakat mereka juga berbeza. Jika ada anak yang kurang menyerlah dalam pelajaran maka tidak mengapa. Ingatkan anak itu untuk berikan yang terbaik dalam hidupnya. Yang penting dia menjadi anak yang baik, beriman dan sentiasa doakan kita sebagai ibu bapa. Sebab, semasa hidup anak-anak perlukan doa ibu bapanya untuk berjaya dan setelah kita meninggalkan dunia ini kita perlukan pula doa anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Ustaz selebriti pernah viral apabila tergamak menceraikan isteri yang sarat hamil anak pertama mereka. PU Abu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini seorang janda yang juga merupakan kenalan lamanya.
Isu ini mencetuskan kemarahan ramai kerana perbuatan PU Abu menceraikan isteri yang sarat hamil demi janda anak satu tidak dapat diterima akal. PU Abu menceraikan isterinya melalui aplikasi Whatsapp.
Menerusi Harian Metro harini, PU Abu berkata di hadapan Hakim bahawa dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya.
“SUDAH jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.
“Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik,” kata Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Beliau berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini ketika mensabitkan talak dilafazkan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.
Tidak Berniat Menceraikan Isteri
Mohd Nurulazhar membuat keputusan itu selepas Muhammad Abu Sufyan atau PU Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa tidak berniat untuk bercerai ketika menghantar mesej berkenaan.
Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos tahun lalu berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.
Menerima Sekali Lagi Lafaz Cerai
Bagaimanapun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.
“Saya turut menerima mesej daripada dia yang meminta supaya memudahkan semuanya dan mengisi borang perceraian,” katanya.
PU Abu Tidak Beniat Untuk Menceraikan Isteri
PU Abu kemudian memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan faktor keadaan memaksanya berbuat demikian.
“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.
Masih Sayangkan Isteri & Ingin Hidup Bersamanya
“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya.
Dalam prosiding sama, Mohd Nurulazhar turut memerintahkan pasangan itu mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz berkenaan adalah sah.
PU Abu Minta Buat Permohonan Orang Awam & Media Tidak Mendengar Kes
Beliau sebelum itu turut menolak permohonan PU Abu yang meminta media dan orang awam di dalam mahkamah supaya tidak mendengar kes perbicaraan berkenaan kerana isu sensitif dan mengaibkan.
Diceraikan Kerana Tak Setuju Berpoligami
Bulan lalu, Harian Metro melaporkan dalam perkongsian menerusi Instagram (IG), Ain yang kini sarat hamil memaklumkan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu kerana tidak bersetuju dengan permintaan untuk berpoligami.
Abu kemudian membuat permohonan maaf menerusi IG atas tindakannya itu untuk berkahwin dengan janda.
Beliau yang juga pendakwah dan penceramah bebas itu turut memohon maaf kepada keluarga mentuanya.
Menerusi Instagram PU Abu yang terkini, dia menafikan telah berkahwin dengan janda tersebut yang bernama Hana di Thailand akan tetapi perkahwinannya dengan janda itu diketahui oleh ahli keluarga.
Ini adalah berita palsu!
Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya. Saya mohon @mstaronlineofficial perbetulkan kenyataan tersebut.
Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.
Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk.
Semoga pertelingkahan antara PU Abu, Ain & Hana menemui jalan penyelesaian di bulan yang mulia ini.
Biasanya ubi kentang yang disimpan terlalu lama bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Bagaimanapun kerana tak mahu membazir, ada sesetengah orang tetap menggunakannya untuk memasak..
Biasanya kebanyakan kita akan memotong bahagian hijau atau tunas tersebut. Namun sebenarnya, ubi kentang yang bertunas sebaiknya dibuang sahaja. Berikut tip penyimpanan untuk melambatkan kentang bertunas seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.
TIPS PENYIMPANAN KENTANG
Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok dan hanya sebiji 2 sahaja baru nak bertunas. Sebelum-sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.
Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan share sikit tip kentang.
Kentang ini kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah atau bawang putih kerana bawang ini akan menghasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul atau jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas atau tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan menyebabkan kelembapan udara tinggi dan menjadikan kentang mudah berkulat dan busuk.
4. Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari atau lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas dan berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.
5. Jika tempat simpanan kentang anda agak terang dan kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni atau kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
6. Sesekali periksa keadaan kentang dan gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
Peringatan jangan simpan kentang mentah dalam peti sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya:
– Rasa kentang akan jadi lebih manis.
– Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.
– Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM.
– Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi).
Saya simpan kentang dalam bakul dan anyam sendiri sahaja penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong . Boleh cover sikit kentang dengan kain guni atau kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.