Datin Sri Shahida sering menjadi idola wanita-wanita muda. Kecantikan, kelembutan, taatnya pada suami, disayangi ibu mertua dan kasih sayang yang tak berpenghujung buat anak-anak termasuk anak angkatnya membuatkan dirinya sempurna.
Isteri tercinta Dato’ Sri Aliff Shukri baru-baru ini berkongsi cerita tentang kisah ini di posting Instagramnya. Paparan fotonya bersama Yusoff dan berkapsyen berikut;
Mama dah start kerja lah @yusoffalqardawi ikut mama pi ofis hari ni.
Yusoff pun dah genap 1 bulan. Tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang (kes takut kena kecam jadi I explain awal-awal)
Sebab saya memang dari anak sulung memang jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil-manggil saya kat ofis tu.
Sindrom mak-mak sangat pakai nursing cover ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka
Jadi benarlah, di belakang seorang lelaki yang hebat pasti ada wanita yang kuat sebagai tulang belakangnya. Bertuahlah Dato’ Sri Aliff, tentunya Datin Sri Shahida orang kuat sehingga terbinanya empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit.
Netizen melahirkan rasa kagum, malah tidak kurang berkongsi kisah berpantang masing-masing yang lebih kurang sama iaitu selama 30 hari kerana tuntutan komitmen kepada keluarga atau perniagaan.
Menyentuh bab poligami, kebanyakan lelaki sama ada dalam situasi serius atau sekadar gurauan, masing-masing ada hujah tersendiri. Bukan apa ia antara isu yang paling hangat diperkatakan.
Namun bagi isteri, isu ini cukup sensitif buat mereka. Jika boleh memang tak mahu dengar walaupun selalu diperkatakan akan dapat payung emas jika izinkan suami berpoligami.
Bagi suami, jika niat poligami itu ada, fikirlah sebaiknya. Bukan mudah tanggungjawab itu kerana ia sangat berat. Sekadar cakap memang boleh, tapi nak berlaku adil ia sesuatu yang sukar jika kurang ilmu dan boleh melukakan hati pasangan.
Seperti perkongsian dari Peguam Syarie Kedah, Pulau Pinang, Perlis & Perak, Khairul Fahmi Ramli, untuk berpoligami bukan sekadar kemampuan kewangan semata-mata tetapi ada lagi beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Poligami bukan mudah
Sekarang ni trending drama 7 Hari Mencintaiku 2 di TV3. Baru ni saya layan la online bila kelapangan sebab ramai yang menyumpah Mak Leha dan Nurul Ain sebab beria-ia nak suruh Khuzairi poligami. Saya pun tertanya, hebat betul ke Khuzairi ni? Layak ke?
Bila dah sampai episod yang paling terkini, baru la faham. Ohh rupanya Mak Leha ini yang beriya sakan nak menantukan Nurul ni. Si Nurul ni pun boleh tahan gediknya juga la nak dekat suami orang. Cumanya persoalan penting, kenapa yang Khuzairi tak tolak? Mampu ke dia tu?
Sebenarnya, memang ada situasi yang mana mertua mula tidak berkenan dengan menantu sedia ada. Berharapkan pula calon idaman untuk menjadi surihati anak lelakinya. Tengok-tengok, menantu idaman pun tidaklah sehebat mana selepas nikah.
Ramai orang akan ingat, nak poligami ni perkara paling utama adalah kemampuan Kewangan. Salah tu tuan-tuan dan puan-puan.
Di dalam Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008, ada menyatakan tentang perkara yang perlu dinilai sebelum dibenarkan oleh Mahkamah untuk seseorang lelaki berpoligami. Antaranya :
👉🏻 Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu
maksud yang dinyatakan di dalam perkara ini adalah sekiranya isteri sedia ada tidak mampu melahirkan anak atau uzur untuk bersetubuh atau gila.
👉🏻 Kemampuan kewangan
Lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan mengikut Hukum Syarak bagi semua tanggungan sedia ada.
👉🏻 Boleh berlaku adil
Mesti mampu untuk berlaku adil dari sudut layanan dan bermalam. Setiap isteri dan tanggungan perlu dilayan dengan baik dan tidak diabaikan.
👉🏻 Tidak menyebabkan darar syarie pada isteri sedia ada
Maksudnya perkahwinan poligami ini tidak akan menjejaskan kebajikan isteri sedia ada. Bahkan mungkin dengan poligami ini akan menyebabkan isteri tersebut menderita.
Daripada alasan-alasan yang diberikan ini, jelas menunjukkan, perkara mengenai poligami ini bukan dilihat kepada satu sudut sahaja iaitu kemampuan kewangan. Ada orang yang dia mungkin mampu untuk menafkahi isteri dan anak-anak sedia ada, tapi dia mungkin sukar untuk berlaku adil.
Apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman kes di mahkamah, orang yang benar-benar mampu berpoligami ini dengan baik adalah lelaki yang mampu menguasai dan melayani isteri sedia ada dengan baik dan mampu untuk berlaku adil.
Cuma banyak yang ada sekarang ini, hanya mampu cakap boleh tanggung kewangan dan boleh berlaku adil, tapi selepas kahwin, macam-macam isu rumah tangga yang timbul. Jika dilihat situasi Khuzairi, saya berpandangan dia tidak layak untuk berpoligami kerana ia hanya mahu ikut kehendak ibunya sahaja bukan kerana dia mampu atau Mia ada kemudaratan sebagai isteri.
Ingatlah, kalau tak mampu nak pergi masjid lima kali sehari, tak payah mimpilah nak berlaku adil poligami macam Nabi.
Pernah tak kita sebagai wanita yang bergelar ibu terfikir kenapa emosi kita kadang kala tak stabil. Mudah marah, mudah tinggikan suara, dan sesekali cepat naik tangan dengan anak.
Biasanya jawapan yang selalu diberikan kerana ibu atau isteri terlalu penat. Memang betul ia salah satu puncanya.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin yang juga seorang suami dan bapa serta gemar menulis ilmu keibubapaan dan perkongsian rumah tangga, keadaan ini ibu atau isteri boleh kawal jika suami banyak memahami dan sedia hulur tenaga membantu.
Emosi seorang wanita berkait rapat dengan kehidupan hariannya. Apa yang dia lalui, apa yang dia hadapi, apa yang dia pendam, apa yang dia simpan tak semua wanita mampu untuk menyembunyikan apa yang dia rasa, ada yang dah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan namun masih kelihatan juga pada raut wajahnya.
Dia kelihatan letih, dia kelihatan penat, dia lesu dan lemah…
Mungkin terlalu banyak yang perlu dia lakukan dalam kehidupan hariannya, mungkin terlalu banyak beban yang ditanggung dan digalasnya, mungkin dia tiada tempat untuk meluahkan, mungkin dia juga tidak difahami dan dihargai oleh insan yang sepatutnya memahami dan menghargai dirinya.
Kita nampak dia macam ok, walhal tidak…tanya diri kita yang lelaki ni, yang dah jadi suami ni, sejauh mana keyakinan kita bahawa isteri kita tu sihat mental dan emosinya.
Kita beranggapan bahawa dia tak pandai mengawal tekanan, kita beranggapan bahawa dia terlalu mengikut perasaan dan kita beranggapan bahawa kita memahami dia luar dalam.
Tapi sebenarnya tak…
Jika mental, emosi dan perasaan seorang wanita itu sihat, maka respon, gerak tubuh, tindakannya lebih terkawal dan teratur. Dia mampu untuk menghadapi apa saja dengan bersemangat dan kuat sekiranya semuanya berada dalam keadaan yang “SIHAT”.
She hurts, but she still smile...Itu yang membuatkan kebanyakan lelaki gagal untuk mengetahui apa yang ada di sebalik senyuman seorang wanita…🙂
Di Sebalik Senyuman Isteri Tu Ada Yang Dia Pendam. Suami
Anak yang berusia antara 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi drama yang mereka buat semata-mata nak dapat perhatian.
Daripada perkongsian Dr. Rozieta Shaary anak-anak kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.
Akhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.
Bagaimana nak lembutkan hati anak?
Berdasarkan perkongsian dari Puan Aminah Hussain, kuasa pelukan adalah ubat paling berkesan untuk anak-anak bermula dari peringkat bayi hinggalah anak yang dah besar.
Jangan pandang rendah pada kuasa pelukan.
Dulu pernah tular kisah seorang ibu yang mempunyai seorang budak 3 tahun yang panas baran. Anak yang tidak boleh kawal rasa marah ini ubat dia ialah pelukan.
Bayangkan umur 3 tahun dah boleh angkat kerusi nak pukul budak lelaki lain. Ibu ini berkongsi seorang pakar psikologi memberi tip, bila anak marah dan mengamuk PELUK lah dia.
Cara memeluk anak ialah kita yang tinggi ni kena melulut biarkan sama paras dengan anak dan memeluk anak dengan kedua tangan kita selama 15- 20 saat. Bacakan surah alfatihah dan tiupkan pada ubun- ubun anak.
Ini kerana 2 ayat terakhir surah al fatihah adalah ubat pada salah laku anak tadi.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Menurut 1 laman web yang saya baca, memeluk anak sebanyak 18 kali sehari menjadikan anak lebih cerdik dan pandai. Senang menerima pembelajaran di sekolah.
Memeluk anak 8 kali sehari pula dapat mengembangkan sikap kreatif dalam diri anak. Memeluk sebenarnya lebih berkesan daripada memuji. Peluk anak jika mereka melakukan sikap yang terpuji daripada hanya memuji “yeay, adik dah pandai”
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.