Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail berangkat menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal petang khamis lalu.
Neelofa berkata dia sudah membuat persediaan dari segi ubat vaksin yang lengkap untuk cahaya mata sulungnya.
“Teruja dan dalam masa sama gementar, sebagai ibu bapa, anak kita masih kecil baru setahun lebih. Apa-apa pun kita kena pastikan dia punya vaksin dan suntikan lengkap untuk umur dia.”
“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia.. batuk, selsema, demam semua tu la kita dah minta doktor sediakan. Selain itu, doa banyak-banyak,”
Ads
Haris mengakui dia dan isterinya sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.
“Doa la sebab anak kan, biasa bila situasi di luar negara ni ramai orang masuk, berjuta orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik la.”
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka pada Selasa.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu sebelum ini dibesarkan oleh ibu angkat yang juga ibu saudaranya dan tinggal di Melaka selepas kanak-kanak terbabit diserahkan ibu bapa kandung yang menetap di Klang, Selangor.
Bagaimanapun, sejak akhir Julai lalu, kanak-kanak yang dipercayai turut mengalami masalah lembam dan mesra dipanggil Lina dalam kalangan ahli keluarga itu kemudian diserahkan kepada pengasuh berkenaan yang turut mempunyai hubungan saudara dengan ibu angkat terbabit.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Malangnya, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam hari kejadian.
Menurutnya, setakat ini polis sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Jenazah kanak-kanak itu dituntut keluarganya di Bilik Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 9.50 pagi selepas selesai proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Serkam, Merlimau pada jam 11 pagi Khamis. turut hadir kira-kira 30 ahli keluarga terdekat ibu bapa kandung kanak-kanak itu.
Sementara itu, bapa angkat mangsa yang memelihara kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lepas tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hanya cukup-cukup makan dan mengharapkan ihsan jiran untuk menampung hidupnya sekeluarga.
Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, wanita yang dikenali sebagai Marsyila Zakaria memberitahu bahawa terpaksa berkongsi nasi berlauk air garam bersama 7 lagi anaknya selepas suaminya ditahan di Pusat Pemulihan. Tambahnya lagi, dia terpaksa menebalkan muka meminta beberapa biji telur ayam daripada jiran bagi mengisi perut anak-anak.
Sehubungan dengan itu, kisah duka keluarga Marsyila telah mendapat perhatian daripada pengasas kosmetik produk kesihatan terkemuka negara, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menerusi Instagramnya, Aliff memberitahu bahawa ramai yang memintanya untuk membantu keluarga tersebut.
Niat beri sumbangan hari raya
Dalam pada itu, Aliff dengan rendah hatinya meminta pertolongan daripada netizen untuk membolehkan bertemu keluarga Marsyila. Menurut Aliff Syukri lagi, dia ingin memberikan sedikit sumbangan berbentuk duit, baju raya dan segala keperluan raya kepada mereka.
Sebelum ini kisah keluarga ini telah mendapat perhatian ramai apabila laporan dari Malaysia Gazette melaporkan ibu yang menyara tujuh anaknya ini hanya berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Wanita berusia 35 tahun itu berkata, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Mereka sekeluarga pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
BAGI DIRINYA, BIAR SEORANG IBU TIDAK MAKAN NAMUN JANGAN SAMPAI ANAK-ANAK KEBULURAN.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Marsyila mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun. Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Sumber: MalaysiaGazette & ig Aliff Syukri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. Menurut Atta, usia kandungan isterinya sudah mencecah 4 bulan.
Pasangan tersebut berkongsi momen teruja ini di sosial media masing-masing. “Alhamdulillah ya Allah… Dari berdua jadi bertiga, dan sekarang akan jadi berempat. Doain ibu dan bainya sehat terus ya… (kandunganya menuju 4 bulan)”- Atta halilintar luah rasa syukur dia ruangan kaspyen instagram miliknya.
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan pertama bersama Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang Youtuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Dikhabarkan juga, sebelum ini Aurel pernah mengalami keguguran. Pasangan berkenaan dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada Februari 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!