Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal menimang cahaya mata sulungnya beberapa minggu sahaja lagi.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pertama ini dikongsi olehnya melalui Instastories.
Malah Dr Amalina masih sempat menghadiri majlis ‘baby shower’ yang diadakan oleh sahabat terdekat buat dirinya di salah sebuah restoran di Chelsea, London semalam.
Majlis yang diadakan ringkas dengan kehadiran tetamu terdekat memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.
Dr Amalina sempat menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat yang bersusah payah mengadakan majlis untuk dirinya.
Ads
“What a lovely baby shower! Thank you to all of my friends from various stages of my life (school @cheltladiescoll, university @edinburghuniversity@cambridgeuniversity@imperialcollege, work, and London). Thank you so much to Liza and Stivou for organising such a beautiful day. You all made me feel very special, little bubba 👶🏼, and I thoroughly enjoyed it! 🤰”
Menurut Dr Amalina, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.
“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.
Ads
“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.
“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Dia turut berkongsi, sepanjang cuti bersalin gajinya dibayar penuh oleh pihak hospital.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Perut yang sedang sarat diusap dan diurut ketika tidur, rupanya ia berkaitan dengan unsur mistik. Wanita ini kongsi pengalamannya diganggu jin Ummu Sibyan yang berlarutan sehingga 15 bulan.
Unsur ghaib dan mistik bukanlah sesuatu yang boleh diketepikan begitu sahaja kerana dunia ini bukan sahaja dihuni manusia, malah turut dihuni mahluk ghaib yang dipanggil jin. Ada kalanya mereka mengganggu dan ingin memiliki apa yang ada pada manusia.
Kisah wanita ini, Puan Mcyah Joanjett yang 15 bulan didampingi jin Ummu Sibyan menerima 1,000 perkongsian di Facebook. Menurut perawat yang merawatnya, tugas ummu sibyan adalah menghalang wanita dari mengandung, jika sudah mengandung tugasnya untuk menggugurkan kandungan. Jika kandungan selamat sehingga ke bulan terakhir, tugasnya adalah melemaskan anak itu. Jika anak berjaya dilahirkan, tugasnya untuk mematikan anak itu dengan sawan.
Berikut ialah kisah yang dikongsikannya;
15 BULAN BERDAMPING DENGAN JIN UMMU SIBYAN
Harini saya terbaca post yang viral berkenaan jin ummu sibyan. Ingin saya kongsikan kisah benar yang terjadi pada diri sendiri agar kita boleh jadikan iktibar.
Sejak awal kandungan saya sering berlaku kejadian pelik-pepik tapi ia lebih ketara sejak saya mula berpindah ke kuartes sewaktu usia kandungan 7bulan.
Saya menginap seorang diri kerana suami bekerja di kuala lumpur. Kuartes saya paling atas. Tingkat ke-4 tanpa lift. Tingkat 1 dan 2 sahaja ada penguni. Tingkat 3 kosong dan saya dapat tingkat 4. Saya memelihara 2 ekor anak kucing untuk teman saya kerana dirumah itu terasa sunyi gemersik. Setiap malam angin bersiul seperti seruling dan kucing2 akan mengiau tanpa henti. Saya rasa seram sejuk tapi apakan daya hanya sendirian.
Boleh dikatakan setiap malam saya mimpi perut diusap dan diurut. Terkadang saya mimpi perkara sama 4x berturut2 pada satu malam. Sering juga saya mimpi seekor langsuir (berbaju putih berambut panjang) bertenggek dijendela tempat tidur. Dia xbuat apa2 hanya memandang saya tidur. Saya juga mimpi ramai bayi datang merangkak ke arah saya minta disusukan tetapi bayi2 ini punya gigi tajam2 seperti ikan. Mimpi ini berulang sehingga kandungan saya masuk 8bulan.
Pernah kawan saya Rohayu Yusof tumpang bermalam, keesokan harinya dia bergegas pulang dan saya jumpa dia 2hari selepas itu. Katanya pulang dari rumah saya kaki dia sakit dan lebam. Bila berubat, ustaz kata diganggu polong. Saya fikir itu mainan iblis. Kemudian kawan saya yang lain pula @cikyuyu datang bermalam temankan saya. Keesokannya dia demam. Saya kerumahnya, ibu dia bgtau pulang dari rumah saya, dia demam panas dan bercakap merapu seperti tidak sedar. Setelah berubat ustaz mengatakan diganggu polong.
Allahu. Saya terdiam kerana 2 sahabat berlaku perkara yang sama pada hari berlainan. Saya sungguh tak sedap hati. Saya bgtau suami suruh datang kesini. Saya minta dia carikan rumah sewa. Alasan saya kerana sudah tidak larat nak naik tangga. Saya dah sarat. Akhirnya saya dapat rumah sewa baru di kawasan perumahan. Ada jiran keliling jadi saya tidak rasa sunyi.
Waktu dirumah baru, saya tertidur didepan tv. Kemudian suami datang kejutkan saya untuk masuk tidur kedalam bilik, saya lihat muka suami senyum sambil usap kepala saya. Bila saya bangun, saya lihat suami juga tidur depan tv sebelah saya. Cepat2 saya kejutkan suami. Saya tanya dia, ada kejutkan saya ke td? Katanya tidak. Dia pun tertidur. Saya dah mula rasa lain. Tapi saya pelik. Kan saya dah pindah rumah. Takkan masih ada gangguan.
Sehinggalah saya dah sampai bulan untuk melahirkan. Ariari saya sakit, berjalan pun sudah terkangkang. Ada lendir2 keluar. Bila ke klinik katanya jalan belum terbuka. Baru 1cm. Saya pulang. Mak bawa saya ke rumah bidan. Bidan urut. Kata bidan, saya seperti nak beranak sangat dah ni tapi kenapa jalan tak nak terbuka. Bidan suruh saya cari orang yg boleh buatkan air tawar.
Kemudian suami bawa saya berjumpa nenek nya kerana nenek dia boleh berubat orang juga. Selepas minum air tawar saya menangis. Terasa sedih dan lemah semangat. Nenek bgtau, saya sedih kerana akan berpisah dengan JIN UMMU SIBYAN. Jin ini dah lama berdamping dengan saya. Tugas ummu sibyan adalah menghalang wanita dari mengandung, jika sudah mengandung tugasnya untuk menggugurkan kandungan. Jika kandungan selamat sehingga ke bulan terakhir, tugasnya adalah melemaskan anak itu. Jika anak berjaya dilahirkan, tugasnya untuk mematikan anak itu dengan sawan. Allahuakhbar tersentap saya.
Jadi sekarang ini ummu sibyan menghalang saya dari melahirkan. Dia tutup jalan. Insyalah setelah minum air tawar ini , semuanya dipermudahkan. Saya pulang kerumah jam 11mlm. Pukul 3 pagi air ketuban pecah dan alhamdulillah 9pg keluarlah cahaya mata sulong kami. Bersyukur sangat kerana jin ummu sibyan tewas dalam menghancurkan kandungan saya.
Saya fikir semuanya sudah selesai. Tapi tidak. Setelah anak saya berumur 3 bulan. Saya mengandung kali kedua. Suami saya kembali bekerja di kuala lumpur. Jadi saya tinggal bersama anak yang berusia 3 bulan dan kandungan berusia 1bulan. Anak saya tidak boleh tinggal sendirian. Dia akan menangis melalak seperti ketakutan. Kalau nak berak pun saya terpaksa bawa dia sekali ke tandas. Kalau tak, dia menangis sehingga matanya naik keatas dan badannya melengkung.
Keadaan ini berterusan sehingga umurnya 6 bulan. Ia menjadi parah apabila dia menangis setiap kali senja pukul 6.30 ptg sehingga 8mlm. Dan tangisan itu akan bermula semula waktu dinihari pukul 4-5pg. Sehingga pada suatu hari dia demam panas dan menangis mata naik keatas dan badan melengkung seperti sawan. Sewaktu itu usia kandungan kedua saya 4bulan. Saya bawa anak saya balik ke kampung drive kereta seorang diri pukul 10 mlam. Saya sampai di kampung jam 1pagi.
Saya tak boleh lagi duduk dirumah sewa itu. Saya diselubungi rasa takut. Kemudian saya naik bas dan ke KL untuk berjumpa suami. Sesungguhnya allah tahu bebanan saya. Semasa di rumah sewa suami di KL, Diwaktu maghrib anak saya sekali lagi menangis tanpa henti lebih kurang 2jam diiringi keadaannya seperti nak sawan. Kemudian kawan suami saya bawa kami ke rumah ustaz di damansara damai.
Ustaz tu beritahu, ini angkara JIN UMMU SIBYAN. Allahu sekali lagi saya terkejut mendengar nama jin ini buat kali kedua. Kemudian saya cerita semuanya kepada ustaz tu sejak saya mengandung anak pertama. Ustaz itu bgtau, ummu sibyan ini dah lama benar berdamping dengan saya. Lari lah kemana pun tidak akan senang kerana bukan rumah itu punca nya tetapi jin ini berada bersama saya. JIN UMMU SIBYAN ini benar benar inginkan anak pertama saya sejak dia tahu benih itu tersemai. Dan sehingga anak saya berusia 6 bulan ummu sibyan masih berdamping.
Saya menangis ketakutan. Sejak kejadian itu, suami saya Vanillas Vanillas berhenti kerja dan pulang kekampung tinggal bersama saya. Sungguh perit memikul bebanan ini seorang diri. Sehingga sekarang anak saya sudah 3 orang alhamdulillah tiada lagi gangguan JIN UMMU SIBYAN. Tetapi saya selalu beringat kerana jin dan iblis itu sentiasa mencari ruang. Wallahualam.
Sentiasa buat antenatal checkup dengan baik, ikut nasihat doktor dan sentiasa jaga pemakanan dan kekalkan kenaikan berat badan semasa mengandung yang ideal.
Jika dapat kesan darah tinggi semasa mengandung, jangan stress, ikut nasihat doktor dan makan ubat secara konsistent. Sekiranya ada masalah dengan ubat yang dimakan, segera berjumpa doktor untuk berbincang dan ubat tersebut boleh ditukar kepada ubat lain yang lebih sesuai.
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.