Nestum Coklat Bar Paling Senang Nak Buat, 2 Bahan Je. Patutlah Ramai Dah Cuba!

Share

Kenaikan harga barang apatah lagi ditambahkan dengan jumlah bahan yang banyak dan sarat membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk membuat kuih raya tahun ini.

Namun biskut raya yang satu ini wajib anda cuba. Paling senang dan paling ringkas bahannya. Rugi tak cuba perkongsian resipi di akaun Tik Tok, @Juju ini.

Bahan-bahan:
500gm coklat compound
250gm nestum original

Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Kacau sampai cair.

Tuangkan nestum ke dalam coklat cair dan gaul sampai sebati.

Lapikkan baking paper dalam dulang dan tuangkan adunan.

Ratakan dan tekan padat-padat.

Masukkan dalam peti ais. Dah sejuk baru potong.

Siap!

 

@diarijuju Chocolate Nestum Bar 🍫 #MYFoodie #MYFoodie #ramadan ♬ Simply The Best by Billianne – Billianne

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN