Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kelincahannya.
Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hairul di Instagram yang memaparkan Alisa sedang memancing dengan pakaian berwana merah jambu.
“First time memancing. Ada gaya. Ready for deep sea fishing.” tulis Hairul di ruangan kapsyen.
Terbaik Alisa ni! Memang penuh gaya bila memancing walaupun masih kecil. Dengan beraninya dia pegang joran sambil pakai baju pink yang comel, memang mencuri perhatian!
Walaupun ramai ingat budak kecil tak pandai memancing, Alisa buktikan sebaliknya. Paling best, dia berjaya ‘tawan’ seekor ikan besar, buat semua orang kagum.
Ads
Nampak je kecil, tapi semangat Alisa memang luar biasa! Memang idol kecil yang penuh keyakinan.
NETIZEN KAGUM SEMANGAT KUAT- ‘KUAT TU PEGANG JORAN’
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibu melihat gelagatnya seakan kaki pancing.
Bila dah jadi suami isteri, hari-hari duduk bersama, lama-lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan. Nampak macam adik-beradik, sedangkan suami isteri. Kata orang, pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tangganya bahagia.
Kalau wajah nampak lebih kurang sama, rasa macam sweet sangat. Nampak sepadan dan elok bila bersama. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa wajah seseorang itu kelihatan mirip seperti pasangan mereka.
Kajian psikologi mengatakan apabila sesebuah pasangan itu kerap menghabiskan masa bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, rupa mereka akan semakin mirip antara satu sama lain. Patutlah wajah nampak seakan sama, kerana mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama dan berkongsi minat dengan orang yang dicintainya.
Semasa kita mencari pasangan, kita tak sedar yang sebenarnya kita mencari yang boleh serasi dengan kita. Apabila kita mencari pasangan, kita cenderung memilih seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga akan memainkan peranan untuk kita membuat pilihan kepada orang yang seakan sama dengan personaliti kita.
Ada kajian yang menunjukkan apabila terlalu lama seseorang menghabiskan masa bersama dengan pasangannya, wajah akan kelihatan seiras. Seseorang itu cenderung untuk mempunyai rupa yang tampak sama dengan orang yang selalu bersama dengan mereka.
Dalam banyak kajian, keputusan yang diperolehi menunjukkan telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Semakin bahagia dan gembira sesebuah pasangan, mereka akan menjadi lebih seiras dan banyak persamaan pada wajah.
Memandangkan manusia mempunyai empati, emosi dan reaksi yang ditunjukkan akan mengikut kesesuaian dengan orang yang berada dekat dengannya. Otot-otot tubuh manusia akan berkembang mengikut kegunaannya.
Contoh paling mudah, jika pasangan sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.
Betullah kata orang, kalau wajah seiras tu bahagia. Sebenarnya kalau setiap isteri atau suami itu selalu merasa bahagia dan gembira bersama orang yang mereka sayangi, sudah tentu rumah tangga akan ‘manis’ saja. Seiras atau tidak, selagi saling menggembirakan sudah cukup bagus.
Bila kita selalu bahagia dan kurang tertekan sudah pasti tahap kesihatan kita juga lebih mantap. Kurang jatuh sakit membuatkan kita merasa lebih sihat. Hidup yang dikelilingi aura positif akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan panjang umur.
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
MK K-Clique dan isteri adakan majlis akikah bayi sulung, “Tengok pipi Aya Rayana pun dah tahu comel. Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 Ogos yang lalu.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri. Sebulan selepas kelahiran bayinya itu, MK berkongsi pula nama anaknya. Aya Rayana, nama yang menjadi pilihan pasangan ini.
Terbaharu, MK dan isterinya telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulungnya itu. Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Zalleysahar85 menarik perhatian ramai. Video itu memaparkan sekitar majlis aqiqah berlangsung.
Majlis Aqiqah & Doa Kesyukuran buat Aya Rayana, anak kepada pasangan MK K-Clique serta isteri Siti Hajar 🥰🤲🏻 #majlisaqiqah#mkkclique#tawau#sabah
Majlis aqiqah itu diadakan di kampung MK. Warna merah jambu menjadi tema untuk majlis tersebut. Menerusi hantaran itu juga dapat dilihat pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis tersebut.
Jelas terbayang kegembiraan pada ajah MK dan juga isterinya, Hajaar. Perkongsian video tersebut meraih perhatian ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, MK dan Hajaar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.