Biasanya kek coklat antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Ada yang menggunakan cara kukus dan bakar. Cuma bagi yang ingin mendapatkan tekstur yang lebih moist, kukus sebenarnya lagi mudah.
Bagi ibu yang ingin cuba buat sendiri kek coklat, boleh cuba resepi Puan Habsah Ngah. Semua sukatannya menggunakan cawan dan langkah nak buatnya pun tersangat mudah. Hasilnya pun memang menjadi!
Satukan semua bahan.. Masak api paling slow sampai sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.
Dalam bekas lain.
Satukan tepung gandum 1 cawan setengah
Baking Powder 1 sudu kecil
Ads
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Ayak bahan di atas
Telur 3 biji, satukan dalam mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.
Curah tepung yang diayak tadi selang seli dengan telur.. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.
Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati, tapis adunan tadi. Supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.
Ok.. Boleh lah kukus. Kalau bekas kecil macam saya buat tu letak dalam 2 sudu besar je.. Jangan letak banyak-banyak nanti tak muat nak letak topping.
Ads
Kukus dalam 10 minit. Api kuat ok. Ok, siap. Dah sejuk bolehlah topping..Siap. Selamat mencuba.
TOPPING COKLAT
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
1. Satukan semua bahan dan masak dgn menggunakan teknik double boiler atau atas dapur jer.. Api paling slow ok kalau direct atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit.. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tak ada ketul serbuk koko.
Ads
3. Tabur coklat rice untuk hiasan.
4. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
Buat kek dalam dalam bekas kecil-kecil macam ini lagi mudah untuk anak makan dan tak comot. Nak buat jual pun boleh.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Cara masak ketam kam heong resipi pelakon dan produser hebat Sheila Rusly ni nampak menyelerakan betul. Pelakon senior yang juga ibu kepada dua orang anak bujang ini sememangnya terkenal dengan kehebatan air tangan masakannya.
Isteri kepada pengarah tersohor, Jinggo ini sering berkongsi pelbagai resipi di laman Instagram dan channel Youtube nya. Cara masakan menu harian yang dikongsi nampak mudah untuk dicuba dan ramai yang komen hasilnya sangat memuaskan hati.
Bahkan ramai juga followers yang sebelum ini tak pandai memasak langsung mengakui semakin mahir memasak selepas mengikuti segala resipi di Youtube dan Instagram Sheila Rusly.
Cara masak ketam kam heong
Ada macam-macam cara masak resipi kam heong yang ramai orang kongsi tapi cara yang ditunjukkan oleh Sheila dalam Youtube nya ni sangat mudah.
Bahan-bahan
3 ekor ketam dipotong kecil
udang kering
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
daun kari
8 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu besar tepung jagung
Cara memasak:
Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.
Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.
Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.
Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.
Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sayang anak ketat-ketat bukan sekadar pada teori. Cabaran mendidik anak zaman millennial bukan biasa-biasa. Jadi ibu ayah kena ada ilmu keibubapaan yang betul daripada mereka yang mahir dan berpengalaman.
Sertai Webinar keibubapaan PERCUMA, Sayang Anak Ketat-Ketat bersama barisan panel berkredibiliti seperti Ibu Rose, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy, Prof Dr Nik Salida dan selebriti jemputan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Nak join kelas penyediaan makanan anak?
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir sebulan tidak menikmati aiskrim Baskin Robbin pastinya buat hati terasa rindu. Terbayang-bayang keenakkan dan rasa aiskrimnya yang super premium, padat dan enak. Apa lagi rasa lemak-lemak manis yang unik dan cukup menyelerakan.
Tak perlu menahan diri sebaliknya cuba buat aiskrim persis Baskin Robbin ini sendiri di rumah. Paling menarik bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim ini hanyalah tiga bahan sahaja. Resipi perkongsian Pn Ameera ini serius sedap malah rasanya hampir sama. Tak percaya? Apa kata anda cuba!
Sesekali di hari cuti perayaan kali ini apa kata kita sediakan hidangan istimewa untuk anak-anak dan keluarga. Nak buat resipi apa? Jom cuba resipi Apricot Custard Tart yang lain dari yang lain.
Resipi simple dan sedap ini buat keluarga kekenyangan. Jom cuba resipi perkongsian Julita Binti Salleh.
Bahan Kastard:
500 ml susu fresh
50gm gula
35gm tepung kastard
200 gram cream cheese
Kacau sebati serbuk almond kemudian masukkan butter. Kalau lagi.
Masukkan telur dan gaul lagi sampai lembut. Kalau lembut, masukkan tepung sikit-sikit.
Lepas tu bolehlah diterap dalam acuan 10 inci dan bakar suhu 190 selama 10 atau 15 minit.
Untuk kastardnya, ambil 4 sudu besar susu asingkan yang 4 sudu ni letak dalam gula dan kacau sebati.
Masukkan tepung kastard dan kacau lagi sampai sebati.
Lebihan susu tadi dipanaskan, kacau dan masukkan tepung kastard tadi. Kacau sentiasa sampai pekat dan biarkan sejuk.
Satukan Cream cheese atau sour cream dan gula, gula kacau sebati dan masukkan dalam pudding kastard tadi. Kacau lagi sampai sebati dan bolehlah diletakkan di atas Crust Tart tadi.
Susun buah apricot dan bakar suhu 190 selama 20 atau 30 minit.
Untuk bahagian atas nak bagi berkilat glazer tu ambil 3 sudu air apricot tu 1 sudu besar apricot jam atau orange jam masak dan kacau nak bagi berkilat. Sapu kat atas buah dan seluruh permukaan tart tu.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.